Tarikh : 14 Jun 2014
Tempat : Perkarangan Presint 4, Putrajaya
Baru kali ini saya berkesempatan untuk post gambar ini ketika di Floria Putrajaya pada tahun ini. Bukan apa, sebelum ini gambar travel saya dan famili masih berderet untuk diupload. Maklumlah musim cuti sekolah katakan. Berbalik pada Floria Putrajaya, yuran masuk ke sini yang dikenakan pada tahun ini adalah RM 3 (dewasa) dan RM 1 (kanak-kanak). Walaupun berbayar, ianya berbaloi bagi saya kerana apa yang disediakan pada tahun ini lebih hebat berbanding pada tahun lepas. Terima kasih kepada pihak Floria kerana menambahbaik mutu Floria pada tahun ini. Jom tengok gambar-gambar di bawah yang sempat dirakam oleh lensa Sony Cybershot saya ini.
Sebenarnya bukan ini sahaja gambar yang saya rakam, tetapi masih ada banyak lagi. Boleh tengok di album Floria 2014. Semoga tahun depan, saya dapat pergi lagi ke sini. Biiznillah. Siapa yang datang ke sini juga? Komenlah sini ye :)
No comments:
Post a Comment