Assalamualaikum.
Pasti korang tahu yang semalam kucing saya Omey dah mati dan meninggalkan kami sekeluarga. Ya Allah, puas saya tenangkan hati saya semalam untuk tidak menangis tetapi akhirnya mengalir juga airmata saya bila teringat kembali kenangan bersama Omey. Saya rindukan kenangan bersama Omey dulu. Terasa singkat sungguh masa ini sehinggakan tidak menyedari yang Allah telah mengambil nyawa Omey. Terima kasih ya Allah kerana memberikan Omey buat kami sekeluarga ceria selalu setiap hari. Sejujurnya kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kenangan bersama Omey buat selamanya.
Omey
Omey & Teh
Teh & Omey
Omey
Aktiviti Pemberian Makanan - Teh & Omey
Teh & Omey merupakan adik-beradik. Jadi, mereka berkawan sejak mereka dilahirkan lagi. Mereka selalu makan sebekas bersama, bermain bersama, bergaduh bersama dan semuanya bersama-sama. Kini Omey pergi meninggalkan semua kenangan itu.
Sehingga sekarang masih bergenang airmata saya bila mengenangkan semua. Tubuh Omey sudah tidak bergerak sekitar pukul 3 petang semalam dalam suasana hujan yang bagaikan menangisi semuanya. Kami masih tidak pasti apa punca Omey mati tapi saya syak kemungkinan Omey terkena bisa ular kerana hanya bahagian matanya saje yang luka dan air badannya keluar busuk serta Omey hanya mampu bertahan hidup dalam seminggu saje. Allahuakbar, ini kali kedua kucing saya mati terkena bisa ular. Dan pastinya, sekarang hanya Teh saje yang ada bersama kami. Kenangan bersama Omey tetap terpahat dalam ingatan.
No comments:
Post a Comment