Saturday, May 31, 2014

Beli Losyen Pencerah & Berkolagen Putih Susu D'Herbs Secara Online

Assalamualaikum.

Sebenarnya sudah lama saya teringin nak beli losyen putih susu keluaran D'Herbs ini. Akhirnya tercapai juga impian ini. Saya beli dengan menggunakan duit hasil jualan Clinicell dan duit lebihan order barang Zalora kak Yumida (kak Yumida sedekah). Terima kasih kak Yumida. Tidak disangka, duit hasil kedua ini, saya dapat beli dua botol losyen putih susu ini. Alhamdulillah.

 




Pasti korang masih teringat dengan iklan Losyen Pencerah & Berkolagen Putih Susu D'Herbs di TV. Iklan "muka putih tetapi tangan hitam". Akhirnya, saya tergoda juga dengan iklan ini. Dan dalam bulan ini juga, saya beli losyen putih susu ini. Tidak salah untuk seseorang perempuan memiliki losyen putih susu ini kerana selepas dua hari penggunaan saya terasa perubahan yang ketara pada kulit saya. Kulit saya semakin cerah. Kemungkinan kerana kulit saya yang hampir ke putih menyebabkan kesannya begitu cepat sekali. Kepada sesiapa yang teringin beli losyen putih susu ini, boleh beli losyen ini di Facebook D'Herbs Online ataupun Whatsapp / SMS / Wechat ( 0123645944 / 013-8405852 ).

Friday, May 30, 2014

Program Hijabista Bersama Penyanyi Aishah Di Teluk Intan, Perak

Penampilan istimewa bersama Aishah. Masuk percuma.

• Program Hijabista [Talkshow | Tutorial Shawl | Cabutan Bertuah] 
• Masjid Al-Maidah, Taman Melor, Teluk Intan, Perak 
• 3.00 petang - 5.00 petang 
• 24 Mei 2014 (Sabtu) 























Subhanallah, sejak saya berusaha untuk meningkatkan perubahan saya ke lebih baik saya dikurniakan dengan insan yang baik. Alhamdulillah baru-baru ini saya dipertemukan oleh seorang penyanyi lama zaman dulu iaitu Aishah di Masjid Al-Maidah, Taman Melor, Teluk Intan, Perak. Dapat aura baik daripada beliau untuk terus berubah menjadi yang lebih baik. Dan saya kagum dengan beliau kerana beliau sememangnya lebih baik dari yang disangka. Perubahan yang ditunjukkan beliau membuatkan saya berusaha untuk menjadi lebih baik. Terima kasih kak Aishah sebab sudi datang ke Teluk Intan, Perak. Lain kali, kita bertemu lagi.

Thursday, May 29, 2014

Kemangkatan Al-Marhum DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

Terasa hiba hati ini pabila mengetahui kemangkatan Sultan Perak pada 28 Mei 2014. Kali terakhir saya jumpa Sultan Perak di Majlis Perasmian KUISAS, Perak. Al-Fatihah.



Saya seperti tidak percaya bahawa Sultan Azlan sudah pergi meninggalkan kita semua. Seorang Sultan yg dikasihi rakyat kerana bersifat berhati rakyat. Ya Allah, semoga Engkau tempatkan roh Almarhum Sultan Perak di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Ameen...


(19.4.1928 - 28.5.2014)

Tuesday, May 27, 2014

Selamat Hari Lahir Yang Ke-24 Buat Saya

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik dah genap umur saya yang ke-24 untuk hari ini. Sekejap saje masa berlalu, semakin bertambah umur saya setahun lagi. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberi saya peluang untuk terus menyambut hari lahir saya pada tahun ini. Apa yang saya sedar sekarang, semakin lama saya merasakan diri saya ini semakin matang. Ya, saya sedar sekarang yang saya semakin matang kerana saya sudah tidak suka kepada aktiviti kebudak-budakan. Paham-paham sajelah aktiviti apa yang saya maksudkan. Syukur kerana saya berjaya mengubah diri saya sendiri dan dibantu dengan nasihat daripada si dia. Terima kasih abang.

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang ada beri ucapan hari lahir saya di Facebook, Wechat, Whatsapp, handphone, blog dan emel. Saya tahu ucapan yang diberikan terlalu banyak dan saya akan berusaha reply semuanya secepat mungkin. Terima kasih buat semua.




Pada tahun ini, saya tiada sebarang harapan tinggi. Hanyalah impian saya ingin berusaha dan tetap teguh istiqamah dalam perubahan saya kepada yang lebih baik. Kawan-kawan, doakan saya supaya saya dapat meningkatkan keimanan saya lagi dan dapat menyebarkan dakwah kepada semua. Insya-Allah. Berusaha dan terus berusaha.

Sebelum saya terlupa, saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Israk dan Mikraj 1435H buat semua pembaca blog ini. Semoga Allah memberi sinar kebahagiaan buat kita semua. Aamine.

Monday, May 26, 2014

Malam Cinta Rasul, Arena Square Teluk Intan, Perak


Assalamualaikum.

Kepada semua Muslimin dan Muslimat Teluk Intan, anda dijemput hadir ke Malam Cinta Rasul. Semoga kehadiran semua dapat mengimarahkan majlis. Sila baca tentatif di bawah. Diharapkan dapat share program ini kepada rakan-rakan yang lain. Terima kasih.


Dua Jenis Coklat Cadbury Dikesan Mempunyai DNA Babi

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi DNA babi (porcine). Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine.

Pagi ini buka moment Wechat dan nampak status seperti berikut :

" Fitnah ? Coklat Ada Babi ? Sila Baca. Inilah akibat tidak cukup siasat dan mudah sangat menerima apa di dalam internet. Hasilnya menjadi dosa kerana menuduh barangan orang lain yang halal menjadi haram. Cuba tuan2 perhatikan nama produk "CABBURY" bukan "CADBURY", tetapi pembuat fitnah telah meletakkan gambar coklat Cadbury. Panggilan telah dibuat ke JAKIM, dan kepastian telah didapati bahawa produk TIRUAN berjenama CABBURY yang ada DNA khinzir, manakala produk ori CADBURY tetap halal. Jadi, saya minta pemfitnah dan penyampai fitnah sila minta maaf dan betulkan kesilapan ini, serta bertaubat dan memohon keampunan Allah kerana anda telah menyampaikan fitnah. C/P Yeayyyy. Cadbury still halal. "


* Buat pengetahuan pencipta status copy dan paste berkenaan, kami hanya post berita yang sahih berdasarkan dari TV dan KKM sendiri. Kami bukannya memfitnah. Semalam dua kali berita pasal Cadbury di TV3 dan tunjuk sijil yang sama dengan apa yang kami post. Dalam FB Kementerian Kesihatan Malaysia pun ada post sijil yang sama dengan apa yang kami tonton dalam TV3. Jika pembuat status di atas teringin nak makan coklat Cadbury lagi, silalah makan. Tapi saya, jangan harap nak makan coklat ini lagi. Hmmm (sedih kerana ada yang komen moment saya pasal ini dan menuduh ia fitnah).

Friday, May 23, 2014

Sponsored Posts Nuffnang

Assalamualaikum.

Entri ini bukannya menunjukkan saya dapat sponsored post dari Nuffnang tapi earning saya daripada menjawab survey, Nuffnang kreditkan ke bahagian Sponsored Posts. Sebelum ini saya pernah menjawab survey mengenai Social Media Minds, tetapi tidak sangka pula earning tersebut dimasukkan di bahagian Sponsored Posts. Walaupun saya tidak pernah mendapat apa-apa sponsored posts, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nuffnang kerana menjadi pengiklan setia blog saya. Terima kasih Nuffnang.


Kawan-kawan, doakan supaya suatu hari saya berjaya mendapat Sponsored Posts.

Iklan D'Herbs Versi Panda


Terguling-guling saya tengok gambar ini.
Dialog paling comel di Malaysia.
Salam Jumaat buat semua.
Moga terhibur :)

Thursday, May 22, 2014

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan


Perhatian : Kepada seluruh warga Teluk Intan, Perak 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan yang disiarkan media telah menetapkan tarikh berikut bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan (P76).

19 Mei - Penamaan Calon (Isnin)
27 Mei - Pengundian awal (Selasa)
31 Mei - Hari Pengundian Biasa (Sabtu)

SPR turut memaklumkan bahawa tempoh berkempen adalah selama 11 hari. Kerusi Parlimen Teluk Intan (P76) kosong selepas penyandangnya, Seah Leong Peng daripada DAP meninggal dunia pada 1 Mei lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya akibat kanser.


CALON

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, ditutup pada 10 pagi 19 Mei 2014. Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.



DAP : Dyana Sofya Mohd Daud (27 tahun)
BN : Mah Siew Keong (53 tahun)


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH & LOKASI MENGUNDI


Pusat Mengundi Saya : Sek.Keb. Tebok Banjar, Teluk Intan


Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi pada PRK itu.

Marilah mari.. Kita mengundi..
Tunaikan kewajipan.. Pada negara..

Wednesday, May 21, 2014

Maksud Istidraj

Drama Istidraj - TV AlHijrah banyak memberi pengajaran buat semua. Ya Allah, jauhilah diriku dari Istidraj. Apakah yang dimaksudkan dengan ISTIDRAJ?

ISTIDRAJ bermaksud, apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk seseorang manusia itu supaya dia menjadi lebih jauh dari Allah.

Biasanya manusia yang mendapat istidraj ini adalah seseorang yang menjalani kehidupan sehariannya dengan tidak mengamalkan kehidupan Islam yang sebenar. Tidak solat, sering melakukan maksiat dan tidak taat dengan perintah Allah.

Adakah kalian semua pernah mendengar kisah Qarun dan harta-hartanya. Qarun adalah contoh sesorang yang langsung tidak beribadat dan taat kepada Allah, tetapi kekayaannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun pada ketika itu. Perniagaannya menjadi, pelaburannya melimpah ruah, kekayaannya semakin banyak. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya tentang harta kekayaannya itu adalah datang dari Allah, maka Qarun dengan angkuhnya menjawab "Tidak.. Semua ini adalah hasil dari kebijaksanaanku". Dia nyata semakin angkuh dan jauh dari Allah. Saban waktu dia memperlekehkan pengikut-pengikut Nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan papa. Akhirnya Allah memberikan Qarun balasan dengan menenggelamkan dia dan harta-hartanya kedalam perut bumi. Kisah ini terdapat di dalam Al Quran.

Semoga kita tergolong pada golongan yang bersyukur pada Allah.

Tuesday, May 20, 2014

Mamee Chef - Malacca Factory Visit Invitation

Assalamualaikum.

Pasti kebanyakan Nuffnanger yang dapat tawaran seperti di bawah. Alangkah seronoknya kepada sesiapa yang dapat bersama-sama sertai program ini. Tetapi saya agak terkilan kerana setiap kali Nuffnang bagi jemputan untuk program yang dilakukan Nuffnang, pasti saya tidak dapat mengikutinya kerana sejak bermula saya menyertai dunia blogging saya bertekad untuk tidak dikenali oleh sesiapa. Ini kerana saya blogging hanyalah untuk mengisi masa lapang saya dan berkongsi ilmu. Akan tetapi walaupun saya tidak dapat join program Nuffnang, saya akan berusaha untuk terus setia bersama Nuffnang.


Terima kasih Nuffnang kerana menjadi pengiklan setia blog ini. Semoga Nuffnang maju jaya dan juga semakin ramai blogger yang menyertai Nuffnang.

15 Applikasi Untuk Anda Mendapat Pendapatan Sampingan

Telefon pintar sudah menjadi kehendak untuk kita pada zaman ini. Dengan persaingan yang hebat antara pengeluar telefon pintar, harga telefon pintar juga boleh didapati dengan harga yang rendah yang berbaloi dan tidah hairan jika semua orang pada masa ini mampu untuk memiliki telefon pintar. Di sini kami ingin kongsikan 15 applikasi yang membolehkan anda mendapat bayaran setiap kali anda menggunakan fungsi yang disediakan.


Monday, May 19, 2014

Mrs Erry 2nd Giveaway


Jemput join Giveaway ini. Klik banner di atas ini ye.
Semoga saya berjaya menjadi salah satu pemenang.

Fajar Aiman Full Episodes


Drama ini mengisahkan Erma telah terlanjur dengan Suffian, kira-kira 20 tahun yang lalu. Namun, atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.
Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.
Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.
Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.
Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.
Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka? Jangan lupa saksikan Fajar Aiman di slot Azalea TV3 yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang.
Drama Fajar Aiman adalah terbitan Suhan Movies, hasil nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salim membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Faralyna Idris(Nur Fajar), Syarul Ridzwan(Aiman), Farah Ahmad(Erma), Fauzi Nawawi(Suffian), Watie Sadali(Najwa) dan Azhan Rani(Shafie) dan ramai lagi.
Lagu : Seperti Yang Lain
Penyanyi : Hans Anwar
(akan di update)


Who doesn't have Tonton account, here how to register - CLICK HERE
              

Sunday, May 18, 2014

Adakah Peristiwa Feri Karam Di Korea Selatan Jawapan Kepada Mimpi Saya?

Assalamualaikum.

Adakah pembaca sekalian di sini masih ingat dengan entri saya mengenai Mimpi Saya Sebelum Kejadian Pesawat MH370 Hilang. Jika belum baca, silalah baca entri tersebut. Di dalam entri tersebut saya ada bagi nasihat kepada kalian semua supaya jauhkan diri dari laut :

" Saya tidak mahu beritahu apa-apa mimpi lagi yang saya alami, biarkan saya sendiri yang menanggungnya. Cuma saya mahu korang jauhkan diri dari laut selepas ini kerana ada sesuatu yang akan terjadi nanti. Mimpi ini biarlah saya sendiri yang tahu. Ingat pesan saya ini ye. "

Susulan selepas mimpi saya mengenai pesawat MH370, saya telah bermimpi sekali lagi mengenai laut bergelora dan telah menenggelamkan sesuatu. Yang pasti, saya tidak tahu apakah maksudnya. Saya tidak merasakan ia Tsunami kerana lautnya tidak terlalu tinggi. Cuma ada satu suara hanya beritahu saya "Jauhilah laut". Oleh kerana itu, saya beri pesanan itu seawal boleh sebelum ianya terjadi.


Dan sekali lagi pada 16 April 2014, kejadian feri karam di Korea Selatan telah mengejutkan dunia. Allahu Akbar! Adakah semua ini satu kebetulan? Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai hal ini kerana semuanya telah terjadi. Hanya selalu berdoa pada Allah supaya sentiasa melindungi kita semua. Taati perintah Allah dan jauhilah larangan Allah.


Seperti entri saya dulu iaitu mimpi saya mengenai MH370 yang hilang, saya hanya boleh katakan "Tidak ada seorang pun yang dapat bertindak untuk merubah apa yang telah Allah tetapkan untuknya. Maka tidak ada seorang pun juga yang dapat mengurangi sesuatu dari ketentuan-Nya, juga tidak boleh menambahnya, untuk selamanya. Jangan lupa untuk terus berdoa, semoga Allah beri petunjuk kepada kita semua."

Saturday, May 17, 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100


Assalamualaikum. Sempena Hari Guru saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada mama saya, guru-guru yang pernah mengajar saya di Tadika KEMAS, SK Perempuan Methodist, SMK Seri Setia, SMK Seri Perak dan kesemua pensyarah KUISAS. Juga tidak dilupakan kepada kawan-kawan saya yang bergelar guru, kawan-kawan Blogger saya yang bergelar guru dan kepada semua guru di Malaysia. Selamat Hari Guru 2014. Jasamu dikenang selamanya :)

Temptation Of Wife Full Episodes


‘Temptation of Wife’ mengisahkan Angeline Santos dan Heidi Fernandez yang berkawan rapat sejak Heidi diletak bawah jagaan ibu bapa Angeline selepas ibu bapa Heidi meninggal dunia. Walaupun mereka sangat rapat seperti adik beradik, namun Heidi sentiasa berasa iri hati dengan Angeline.

Angeline terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang jururawat apabila dia mendapati dirinya mengandung kerana terlanjur dengan Marcel Salcedo. Heidi yang turut menyimpan perasaan terhadap Marcel cuba sedaya upaya untuk menggagalkan perkahwinan Angeline dan Marcel tetapi dia tidak berjaya. Jadi, Heidi telah membawa diri ke luar negara.

Selepas berkahwin dengan Marcel, Angeline dilayan seperti orang gaji oleh ibu mertuanya, Stella. Walaupun dirinya tidak disukai oleh ibu mertuanya, Angeline tetap bersabar dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan anak menantu yang baik. Malangnya, Angeline mengalami keguguran dan sukar untuk hamil semula.

Selepas 5 tahun, Angeline masih tidak mengandung untuk kali kedua. Marcel mula tertekan kerana dia inginkan zuriat. Hubungan mereka berdua mula dilanda masalah. Heidi pulang ke Filipina sebagai seorang wanita berkerjaya yang berjaya. Heidi yang masih berdendam dengan Angeline mula menggoda Marcel untuk menghancurkan hidup Angeline.

Angeline mula mengesyaki Marcel telah bercurang. Namun, Angeline tidak menyangka bahawa perempuan simpanan Marcel ialah Heidi yang dilayannya sebagai seorang adik. Marcel yang mahu memutuskan hubungannya dengan Heidi telah berubah fikirannya apabila Heidi memberitahunya dia telah mengandungkan anaknya. Malah, Marcel yang telah diperdayakan oleh Heidi tidak mempedulikan Angeline yang akhirnya mengandungkan anak kedua mereka.

Dalam satu pergelutan dengan Heidi, Angeline telah jatuh ke dalam laut dan disangka mati lemas. Mujur dia telah diselamatkan oleh Nigel. Demi membalas dendam terhadap Marcel dan Heidi, Angeline sanggup berpakat dengan Yolanda untuk menyamar sebagai anak perempuannya iaitu Chantal Gonzales yang menguruskan sebuah syarikat produk kecantikan.

Daripada seorang suri rumah biasa, Angeline kini dikenali sebagai Chantal Gonzales yang penuh pesona. Sebagai permulaan, Angeline telah menggoda Marcel yang kini berkahwin dengan Heidi. Secara perlahan-lahan, Yolanda dan Angeline mahu mengambil alih syarikat keluarga Salcedo.

Dalam masa yang sama, Nigel mula menyayangi Angeline dan sentiasa melindunginya daripada rancangan jahat Heidi dan Stella. Chantal yang telah hilang itu sebenarnya sangat obses dengan abang angkatnya, Nigel dan mahu berkahwin dengannya.



Temptation of Wife Full Episodes - Tonton.com.my

Who doesn't have Tonton account, here how to register - CLICK HERE