Monday, May 19, 2014

Fajar Aiman Full Episodes


Drama ini mengisahkan Erma telah terlanjur dengan Suffian, kira-kira 20 tahun yang lalu. Namun, atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.
Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.
Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.
Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.
Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.
Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka? Jangan lupa saksikan Fajar Aiman di slot Azalea TV3 yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang.
Drama Fajar Aiman adalah terbitan Suhan Movies, hasil nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salim membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Faralyna Idris(Nur Fajar), Syarul Ridzwan(Aiman), Farah Ahmad(Erma), Fauzi Nawawi(Suffian), Watie Sadali(Najwa) dan Azhan Rani(Shafie) dan ramai lagi.
Lagu : Seperti Yang Lain
Penyanyi : Hans Anwar
(akan di update)


Who doesn't have Tonton account, here how to register - CLICK HERE
              

1 comment:

  1. akak sekarang minat sangat dengan syarul ridzwan tu.. ada iras iras aaron aziz pulak akak tgk die tu...

    ReplyDelete