Assalamualaikum.
Sebenarnya sudah lama saya teringin nak beli losyen putih susu keluaran D'Herbs ini. Akhirnya tercapai juga impian ini. Saya beli dengan menggunakan duit hasil jualan Clinicell dan duit lebihan order barang Zalora kak Yumida (kak Yumida sedekah). Terima kasih kak Yumida. Tidak disangka, duit hasil kedua ini, saya dapat beli dua botol losyen putih susu ini. Alhamdulillah.
Pasti korang masih teringat dengan iklan Losyen Pencerah & Berkolagen Putih Susu D'Herbs di TV. Iklan "muka putih tetapi tangan hitam". Akhirnya, saya tergoda juga dengan iklan ini. Dan dalam bulan ini juga, saya beli losyen putih susu ini. Tidak salah untuk seseorang perempuan memiliki losyen putih susu ini kerana selepas dua hari penggunaan saya terasa perubahan yang ketara pada kulit saya. Kulit saya semakin cerah. Kemungkinan kerana kulit saya yang hampir ke putih menyebabkan kesannya begitu cepat sekali. Kepada sesiapa yang teringin beli losyen putih susu ini, boleh beli losyen ini di Facebook D'Herbs Online ataupun Whatsapp / SMS / Wechat ( 0123645944 / 013-8405852 ).
Sis, untuk muka boleh tak ? Produk ni macam mana nak pakai ? katanya nak kena ada lotion lain ea ?
ReplyDelete