Monday, March 17, 2014

Setelah Tok Bomoh Datang Ke KLIA, Destinasi Keduanya Menara Condong Teluk Intan

Malu, kecewa, geram, marah, sakit hati... Semua perasaan ini muncul setelah tok bomoh ini buat hal lagi. Semalam, tok bomoh yang tidak sedar diri ini datang ke Teluk Intan untuk melakukan aktiviti mengarut dia. Setelah tok bomoh ini datang ke KLIA untuk teropong pesawat MH370, sekarang tok bomoh ini buat hal yang sama lagi di hadapan Menara Condong Teluk Intan. Yang peliknya, buat apa lagi dia nak teropong bagai lagi. Setelah satu dunia buat troll mengenai tok bomoh ini, tok bomoh ini masih tidak serik-serik lagi untuk melakukan aktiviti khurafat dia ini. Mencemarkan nama baik Teluk Intan betul!









Walaupun ramai orang tengok aksi dia yang pelik ini, dia langsung tidak pedulikan harga diri dan maruahnya. Lagi dia teropong adalah. Sakit mata saya tengok dia ini. Nak saje saya hantar buaya ketika dia sedang asyik menggunakan teropong dia dan buaya makan dia hidup-hidup. Tak perlu tampar buaya dah...

6 comments:

  1. DOAKAN DIA INSAF..DOAKAN KEBAIKAN BUAT BELIAU

    ReplyDelete
  2. aihhh.. tak sudah sudah pakcik ni.. apelah masalah die.. dah tampo KJ lom?? hihihi

    ReplyDelete
  3. tak serik2 lagi tok moh ni.. nak teropong MH370 kat teluk intan lak ye.. heheh..

    ReplyDelete
  4. pelik betul org camni..moga dia cepat2 sedar lah kan~

    ReplyDelete
  5. awak jumpa dia? Tak sedar perbuatan dia salah di sisi Islam. Haih -_-

    ReplyDelete