Tuesday, March 18, 2014

Pergi Pasar Malam Beli Tau Fu Faa & Burger Oblong Daging

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya saya dan famili tidak berkunjung ke pasar malam. Kali terakhir pada dua tahun lepas. Pada hari Ahad yang lepas, abah ajak kami sekeluarga untuk jalan-jalan di pasar malam. Apa yang pasti, suasana pasar malam ini tetap sama seperti dulu. Tiada langsung yang berubah, tetap ramai seperti dulu.


Setelah lama mengidam tau fu faa ini saya dapat juga beli di pasar malam.
Bahannya cukup dan sedap. Pertama kali saya dapat habiskan tau fu faa.


Adik saya yang banyak beli makanan di pasar malam. Saya hanya beli tau fu faa. Setelah penat shopping makanan, kami singgah ke satu gerai burger ini. Lupa pula saya nama gerai ini, yang pasti ia terletak di stesen bas lama Teluk Intan. Hanya dia seorang yang jual burger di sekitar stesen bas lama ini. Sedap betul burger oblong ini, harganya pun berpatutan juga. Hanya RM4.00 sahaja. Yang penting, kenyang.hehe Alhamdulillah.

5 comments: