Friday, January 31, 2014

Happy Chinese New Year, Uncle Benny


Chinese New Year starting today but last Wednesday our family already got a box of oranges from our kind neighbour, Uncle Benny. He sent by his car. How nice is him.


And what I curious, how come he knows I can eat orange starting nowadays? Is him a stalker?haha to those who don't know, before this I can't take even a drop of Vitamin C. Allergic on that. What importand now is, he gives me a smile with this gift. Inilah hidup berjiran. Tiada sombong malahan boleh berkawan lagi dengan mereka. Tq uncle and happy chinese new year to you.

Thursday, January 30, 2014

Hadiah Kalendar Tahun 2014 Dari Blog Eca Dwinky Asha



Terima kasih kak Eca. Salah satu hadiah yang saya kagum. Hanya menggunakan setem 50 sen pos biasa untuk hantar kalendar ini ke Teluk Intan, padahal postage ini dari Sabah. Yang paling penting, tiada denda setem. Tabik 100% dengan kak Eca Dwinky Asha. Jika nak tahu rahsianya, pm kak Eca laju-laju.

Wednesday, January 29, 2014

Jom Install Telegram

Saya " Tiada Whatsapp, Hanya Telegram "




22 Januari 2014 (5.26 pm) : Bermulanya saya daftar Telegram bagi menggantikan Whatsapp saya. Tidak susah untuk menggunakan Telegram ini, setting hampir sama dengan Whatsapp. Yang penting, percuma.

23 Januari 2014 (12.39am) : Saya mengajukan Telegram "Adakah Telegram percuma selamanya". Jawapannya ialah "Ya".

Apa lagi kawan-kawan, jom install Telegram. Sangat mudah digunakan. Perbezaan Telegram dan Whatsapp ialah dari segi setting chatting. Telegram menggunakan setting "New Group" dan "New Secret Chat". "New Group" dan "New Secret Chat" dapat dibandingkan dengan "key lock icon". "New Group" (tiada key lock icon) dan "New Secret Chat" (ada key lock icon). Jika nak tahu apa perbezaan fungsi keduanya, cubalah Telegram. Yang penting, percuma selamanya. Jom install Telegram.

Tuesday, January 28, 2014

Dia Jiran & Rakan Sekolah Menengah Saya Dulu

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat, 24 Januari 2014 saya sengaja tengok bahagian People Nearby dalam Wechat. Saya memang suka add orang di sekitar taman perumahan saya ini tapi berharap bukanlah satu taman sekali dengan orang yang saya add itu. Jadi, saya mulalah operasi mencari. Rupanya di sebalik carian itu, dialah jiran dan rakan sekolah menengah saya dulu.


Gambar ini saya printscreen setelah saya tahu dia adalah jiran saya. Tetapi ketika ini saya masih tidak tahu dia rakan sekolah menengah saya dulu. Memang patutlah dia jiran saya. Jarak kami online pun dalam lingkungan 100 meter sahaja. Orang yang saya maksudkan ialah yang paling atas sekali dalam search People Nearby ini.


Setelah dia approve request Wechat saya, dia yang mulakan chat ini dulu. Dia tanya umur saya. Saya pun reply nombor saje, maklumlah saya ini segan nak mulakan chatting dulu. Lepastu dia bagitahu saya "rasanya kite ni cm jiran je".


Tengok tu, awal-awal chatting dah kenakan saya. Sabar saje dengan dia ni. Sudahla saya ni anti add jiran (sebab segan). Segan lagi.haha tak habis lagi segan saya ni. Dia bagitahu dia setaman dengan saya. Korang nak tahu saya bayangkan siapa? Saya cuma risau jika dia ni anak jiran sebelah rumah saya ini. Memang cuak saya masa itu. Mulalah saya fikir, kalau dia betul-betul anak jiran sebelah rumah saya ini memang saya akan blocked dia (nak blocked sebab segan).

Selidik dan selidik, rupanya dia tinggal jauh sedikit dari rumah saya tapi masih satu taman. Tapi rumahnya memang kena lalu jika nak keluar dari taman ini. Selamat... Ok tak jadi blocked dia.haha lepas itu kami mulalah borak mengenai jiran kami di taman ini. Habis semua nama jiran disebut, tapi kami tak mengumpat tau. Kami baik.hehe saya cuma perkenalkan nama jiran di taman ini, maklumlah dia ni tak kenal langsung jiran yang ada di sekeliling rumah saya ini. Sabar jela...

Malam bermulanya perkenalan itu, saya masih tak tahu dia ini kawan sekolah menengah saya dulu. Malam esoknya, semua terkantoi. Ceritanya begini. Dia minta saya send gambar pada dia. Saya tolak permintaan dia pada mulanya sebab tak pernah kenal dia siapa. Tetapi atas alasan untuk dia kenal saya, saya pun bagi gambar saya. Lepas saya send gambar tu, dia bagitahu saya sepertinya dia kenal saya tapi tak ingat macam siapa. Saya lagilah tak kenal dia langsung, muka dia lain sangat. Bertambah hensem.hehe lepas tu saya minta untuk add facebook dia. Dia bagi emel fb dia, tapi fb orang lain yang keluar. Saya fikir dia ini blogger, rupanya bukan. Fuhh selamat lagi. Lepas itu saya minta dia add saya dalam Facebook. Saya bagi nama fb saya. Selepas add...




Tercengang betul saya bila tahu dia ni kawan sekolah menengah saya dulu. Adui, kenapa situasi ni nampak makin bahaya?! Habisla saya... Opah nak lari duduk planet Pluto.

* Tq Wechat sebab menjadikan persahabatan yang terpisah dulu kembali bercantum. Saya tak sangka dia kawan saya tapi saya berbangga ada kawan yang duduk satu taman dengan saya. Maksudnya, saya dah ada kawan dalam taman ni. Tak adalah saya ni nampak sombong.hehe Dua orang makcik dalam taman ini dah berbesan, jangan kami pula nanti. Minta simpang sejuta kali... Lagipun kami berdua dah ada kekasih hati, jadi tak mungkin. Okay itu saje (jangan gosip saya dengan dia ye... :p).

Monday, January 27, 2014

Permainan Android Pilihan Hati

Assalamualaikum.


Selepas selesai solat dan membaca Al-Quran, kadang-kadang itu saya suka meluangkan masa dalam setengah jam untuk mengadap handphone saya sendiri untuk check emel ataupun sebarang chatting. Jika tiada, pasti saya akan meluangkan masa untuk bermain kesemua game android di dalam handphone saya. Bukan apa, kadang-kadang game pun boleh buat kita gembira. Betul tak? (Rasanya game saya ini banyak bagi saya geram lagi adalah.haha)

Antara permainan Android yang menjadi pilihan hati saya ialah Hotel Story, Happy Mall Story, Candy Crush Saga, Angry Birds, Pou, dan Unblock Me.

Hotel Story
Level : 29


Cantikkan hotel saya?
Permainan online yang paling sempoi.
Walaupun level 29, tetapi saya boleh dapat coin berjuta-juta bila sekali kumpul coin tu.
Sebenarnya hotel saya ini sudah ada 6 level. Yang saya tunjuk ini level 1.

Happy Mall Story
Level : 11


Ini pasaraya saya.
Pasaraya ini pula ada 3 level, yang saya printscreen ini level 1.
Saya baru install game ni minggu lepas.
Cepatkan naik level game ini?

Candy Crush Saga
Level : 147


Bilalah mahu lepas level 147 ini, lebih 2 bulan tak lepas ni.

Siapa boleh tolong saya?


Angry Birds


Ini antara permainan yang menguji kesabaranku setiap hari.
Tetapi tetap best.

Pou
Level : 36


Sudah rupa Pricess Pou pula ni.
Berangan nak jadikan dia seperti Princess Kate Middleton.

Unblock Me
Relax Mode :  Level 309
Challenge Mode : Level 8


Stage yang senang juga saya main sampai pulun.

Mode challenge tu baru saya main sikit.

Game Android apa yang korang suka main dalam handphone? :)

Friday, January 24, 2014

CD Maher Zain (Album Thank You Allah - Platinum Edition) & CD Hafiz Hamidun (Album Zikir Terapi Diri)

Maher Zain - Thank You Allah (Platinum Edition) : RM 29.90





Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri 2 : RM21.90






Alhamdulillah, sekarang saya sudah memiliki dua album Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri vol.1 dan vol 2. Bagi saya, album yang pertama lagi best berbanding album kedua.



Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri 1 : RM19.90

Thursday, January 23, 2014

Tebus Point MySurvey Untuk Kali Ke-3 & Kali Ke-4

Assalamualaikum.

Seperti biasa, saya akan update entri dalam blog ini setiap hari kerana entri yang ingin diupdate belum habis lagi. Kali ini saya ingin update entri mengenai penebusan point MySurvey saya untuk kali ketiga dan keempat.


Point sudah mencecah 500. Akhirnya saya berjaya tebus dua kali lagi.




Saya tebus dengan dua voucher KFC/Pizza Hut/Ayamas.




Point MySurvey saya terus jadi 0.
Selepas ini, entah bila lagi akan dapat kumpul.
Jumlah pendapatan saya bersama MySurvey sudah mencecah 1000 point.
Bila ditukarkan, saya dapat RM40 voucher.
Siapa nak join MySurvey, klik SINI.

Wednesday, January 22, 2014

Hadiah Ephyra (Peringkat Ke-2) : Tempat Ke-5

DARIPADA : BLOG EYRIQAZZ.COM 

RM30 cash +  1 kotak Ephyra bernilai RM197
Pemenang Contest Ephyra (Peringkat Ke-2) : Tempat Kelima

Alhamdulillah syukur masih dikurniakan rezeki sehingga ke hari ini. Masih ingat lagi mengenai entri Review Setelah 1 Bulan Menggunakan Ephyra. Entri itu adalah entri contest Ephyra untuk peringkat ke-2 yang saya masuk melalui blog Eyriqazz.com. Walaupun menang tempat ke-5, tapi ia masih tidak patahkan semangat saya untuk sentiasa maju di arena blogging.


Dihantar oleh abang GDEX, sampaikan abang GDEX sudah terlalu mengenali saya.



Pamplet Ephyra. Terlalu banyak khasiat Ephyra.


Inilah Ephyra. 3 kotak saya dapat. Setiap kotak ada 10 sachet.
Maknanya, saya dapat 30 sachet.
Terima kasih Eyriqazz.com

Tuesday, January 21, 2014

Hadiah Daripada Cikgu Pencen


Dapat sejadah dan kain alas meja. Hadiah ini sebenarnya untuk mama saya. Sengaja saya upload dalam ini. Terima kasih cikgu. Murah rezeki cikgu. Semoga segala jasa cikgu dikenang oleh anak murid. Insya-Allah jika permohonan diterima mama saya pula akan pencen pada tahun 2015. Mesti anak murid mama akan bagi banyak hadiah. Maklumlah, semua guru dan murid di sekolah mama saya ajar tu jenis pemurah orangnya. Korang rasa hadiah apa yang saya boleh bagi pada mama saya nanti ye?

Monday, January 20, 2014

Sijil Microsoft Untuk Mama Saya


Sebelum korang baca entri ini, korang baca entri Selesai Mengisi Tugasan Sistem Analisa Kompetensi ini dulu ye. Dulu mama saya ada minta saya untuk jawab kesemua soalan yang ditanya oleh Microsoft. Pada mulanya saya tolak permintaan mama kerana saya tak boleh balik ke rumah selama sebulan disebabkan ada final exam. Saya juga ada meminta adik bongsu saya untuk jawab kesemua soalan tu tetapi adik saya jawab dia tak pakar seperti saya. Jadi, satu kelebihan berpihak pada mama. Kemudian mama tawarkan untuk datang ke rumah sewa saya dengan abah dan adik bongsu saya. Jadi saya tiada alasan lagi. Saya bukannya tak nak tolong mama, tapi saya risau jika soalan yang diberikan susah.

Saya masih ingat lagi, saya jawab kesemua soalan ini di Pizza Hut. Mula-mula fikir nak jawab di rumah sewa tapi risau jika saya jawab soalan ini dan tiba-tiba line Wifi putus, soalan itu takat mana yang sudah dijawab. Kalau markah sikit, nanti tak dapatlah sijil Microsoft di atas ini.

Apa yang saya boleh simpulkan, kesemua soalan yang ditanya boleh dijawab oleh orang yang betul-betul pakar dalam komputer. Sebab ia melibatkan Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint dan lain-lain soalan mengenai Microsoft. Terus-terang saya bagitahu sebenarnya saya dah lama tak guna Windows, kerana sekarang saya pengguna Macbook. Alhamdulillah walaupun saya sudah lama meninggalkan dunia Windows, saya masih ingat lagi semuanya. Bagi saya, soalan yang ditanya amat mudah untuk dijawab. Yang penting, sijil itu adalah milik mama saya. Terima kasih Microsoft.

Sunday, January 19, 2014

Selamat Pengantin Baru Buat Shuhada Ashirin & Amir Razlan

Assalamualaikum.

Seorang ayah menunaikan janjinya terhadap anaknya dengan menyediakan helikopter pada hari perkahwinan antara Nurushuhada Ashirin Shahrizan, 27 dan pasangannya, Amir Razlan, 28, di Teluk Intan.


Shahrizan Abdul Rahman, 54, berkata walaupun terpaksa membayar harga yang mahal untuk menyewa helikopter namun baginya ia adalah berbaloi serta mendapat kepuasan selepas menunaikan janjinya buat anaknya, Nurushuhada dan menantu, Amir.


18 Januari 2014 - Merupakan hari yang terindah buat pasangan si cantik dan si tampan ini iaitu Shuhada Ashirin dan Amir Razlan. Majlis resepsi perkahwinan ini diadakan di Dewan Bandaran Teluk Intan, Perak. Majlis diserikan dengan kehadian ramai tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis.


Sama cantik dan sama padan.



Cenderahati tetamu.





Turut hadir ke majlis resepsi perkahwinan untuk kedua mempelai adalah saya sendiri. Terima kasih kak Shu sebab jemput Solehah ke majlis perkahwinan. Siap bagi kad lagi. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.

Saturday, January 18, 2014

Hadiah Contest Total Image Apple Stem Cell Dari Blog Erin Kong

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Ini adalah rezeki di bulan ini. Setelah saya menang contest Total Image Apple Stem Cell di Fanpage Total Image, sekali lagi saya menang hadiah Total Image Apple Stem Cell dari Blog Erin Kong. Rezeki blogwalking dan terjumpa blog, terus join contest yang Erin buat.



Sekarang saya ada dua botol Apple Stem Cell ini.
Lepas ini saya nak target hadiah apa pula ye. Nantikan...