Wednesday, July 31, 2013

Mialiana.com Follow Blog Solehah

Assalamualaikum.


Follower ke-96. Pertama sekali, Solehah cukup teruja sangat bila tengok kak Mia Liana follow blog Solehah. Rasanya dah lama kak Mia Liana follow blog Solehah, tapi Solehah baru berkesempatan untuk buka blog ni dan jenguk bahagian follower. Yang lagi terharu sebab kak Mialiana sudi follow blog Solehah yang biasa-biasa ni. Terima kasih kak Mialiana. Jom kita lawat blog kak Mia Liana di SINI.

* Tq kak Mia. Sebagai ganjaran, Solehah akan masukkan blog akak ke dalam bloglist "AWESOME BLOG".

Beli Bedak Sejuk Tanaka 110gram


Alhamdulillah, akhirnya impian untuk memiliki bedak Tanaka tercapai.
Beli ketika promosi dijalankan tapi sekarang promosi dah tamat.
Promosi daripada kak Ros Heliza.
Terima kasih akak.

Saya beli dua jenis bedak yang berlainan.
Ini kerana saya ada dua jenis masalah kulit muka.
Jumlah harga untuk kedua-dua bedak Tanaka ni ialah RM 29.00.
Ditambah pula dengan RM 6 postage (Semenanjung Malaysia).
Jumlah kesemuanya hanya RM 35.00.
Murahkan? :)

Jom like page Dzar Beauty Cosmetic.

Wednesday, July 24, 2013

Pencinta Warna Pink

Assalamualaikum.

Adakah korang pernah terfikir sejak azali lagi korang akan dilahirkan sebagai minah pink? Opsss tu bagi pinkaholic la. Macam saya. Sejujurnya saya tak pernah terfikir, sebab saya masih kecik lagi masa tu. Macamna mau fikir lagi. A B C pun tak lepas lagi. hehe sekarang ni baru saya sedar yang saya sememangnya minah pink. Bukan sikit-sikit, tapi ni ketara sangat. Sebagai contoh ; warna blog saya ni. hehe

Sejak dari kecik sehinggalah sekarang, warna pink tak pernah berjauhan dari saya. Sejujurnya dalam bilik tidur saya mesti warna pink. Termasuklah perabotnya sekali. Barang-barang harian saya, tak usah ditanya lagi. Pink diutamakan. "Minah pink sungguh kakak ni" Ayat yang selalu saya dapat dari adik-adik saya. Taulah diorang jeles saya suka warna pink. Tapi saya langsung tak ambil hati. hehe

Jika korang sedar, sebenarnya emel saya pun terlibat dengan pink juga. Maksudnya setiap emel Yahoo, MSN & Gmail saya, wajib bermula dengan "pink". Bila difikirkan rupa-rupanya saya memang dah parah. Parah sebab fanatik pink. haha Jika kita sudah suka secara sesuatu, ia akan menjadi kesukaan dalam hidup kita dan ia datang secara spontan. Betul tak? Dan saya tak pernah terfikir untuk cuba berhenti mencintai warna pink. Biarkan ia sebati dalam hidup saya selamanya.

Bercakap mengenai warna pink, saya nak tanya dua soalan kat korang ni. Korang suka warna pink? & Adakah korang rasa pink hanya sesuai untuk anak gadis saje? Tolong beri pendapat ye. Terima kasih.

Tuesday, July 23, 2013

Kisah Saya Bersama Seorang Doktor

Assalamualaikum.

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya bermimpi mengenai doktor yang saya tak kenalpasti siapa. Mana tidaknya, tiap kali bermimpi mesti saya tak nampak muka doktor tu. Ni lagi lah buat saya pelik. Semalam, nak dijadikan cerita saya bermimpi lagi mengenai seorang doktor. Seperti biasalah saya konfim tak nampak muka doktor tu. Kesian saya kan. Okay, sekarang saya nak ceritakan mimpi saya semalam.

Saya dan keluarga saya keluar untuk bershopping di The Store. Tetapi setelah selesai beli barang dan dalam perjalanan balik, tiba-tiba saya teringat yang saya masih tertinggal satu barang yang belum dibeli. Oleh sebab itu, saya meminta abah saya untuk singgah sebentar di pasaraya Giant. Saya keluar beli barang bersama adik saya. Setelah selesai membayar di kaunter, saya tersedar yang adik saya hilang. Saya mula risau. Disebabkan saya mencari, saya pula yang tersesat. Saya tak jumpa pintu keluar pasaraya. Alahai satu masalah lagi datang. Tapi yang saya pelik, saya ikut kata hati untuk ikut seorang jejaka ni dari belakang, dengan niat jika saya ikut dia, saya akan dapat keluar dari pasaraya ni. Ye Alhamdulillah saya berjaya keluar.

Saya keluar dengan harapan untuk bagitau keluarga saya yang adik saya hilang. Tetapi harapan meleset sekali lagi kerana saya tersesat lagi. Penat saya cari jalan keluar, tapi tak jumpa. Cari punya cari, saya terjumpa jejaka yang saya ikut tadi. Terdetik dalam hati saya untuk ikut dia sekali lagi dengan harapan dapat keluar dari tempat tu. Seperti biasa dia di hadapan, saya ikut dia dari belakang. Jalan dahla berbukit, penat okay. Saya berhenti sekejap kerana tercungap-cungap keletihan. Tiba-tiba laki yang saya ikut ni hulurkan tangan dia pada saya. Alamak, kantoi sudah yang saya ikut dia dari tadi. Saya fikir dia tak sedar yang saya ikut dia. Saya sambut tangan dia dan dia genggam tangan saya. Kami mendaki bukit sampai pimpin tangan. Sweet kan? haha seperti biasa, saya masih tak nampak muka laki tu.

Boleh dikatakan lama juga kami mendaki. Dalam 5 minit camtu. Tiba-tiba, saya sesak nafas. Saya pengsan dan bila tersedar semula, saya sudah ada di atas katil hospital. Masa saya tersedar, saya nampak muka doktor yang rawat saya. Dengan perasaan  ingin tahu, saya terus tanya doktor tu siapa yang hantar saya ke sini. Dengan spontan doktor tu bagitau dialah laki yang pimpin tangan saya tu. Bila saya ingin tengok muka doktor tu sekali lagi, terus muka doktor tu kabur. Pada mulanya saya memang dapat tengok muka doktor tu, tapi saya terlupa mukanya camne. Sebab tu saya nak tengok sekali lagi muka doktor tu, tapi apakan daya. urmmm...

* Korang rasa apa maksud mimpi ni ye? Ke doktor tu bakal suami saya?

Sunday, July 21, 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
Kerinchi | MyKeledek | Fanpage
Alycia | Fanpage
Aida Hanafiah
Amir Rofie | Google+
Chekgu Skolah | Fanpage
Anastasyea | Google+
Sha Dhira | Fanpage
Rafina Mimi | Fanpage
Paly | Fanpage
Dayang Deno | Fanpage
Cikgu Kaca Mata | Fanpage
Ieta | Fanpage
Deq'Nyss | Google+
Keyme Keymo | Google+
Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
1 x Glutaking bernilai RM 150
1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
1 x Teddy Bear bernilai RM 100
2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
1 x Wang Tunai RM 50
1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
3 x Doodle bernilai RM 10
2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
9 x Topup bernilai RM 10
4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Tips : Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
5. Baca Surah An-Nas (1kali)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
7. Baca Selawat atas Rasulullah (3 kali)

Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. Selamat beramal.

Saturday, July 20, 2013

The Lone Ranger Full Movie



SYNOPSIS

Native American warrior Tonto recounts the untold tales that transformed John Reid, a man of the law, into a legend of justice—taking the audience on a runaway train of epic surprises and humorous friction as the two unlikely heroes must learn to work together and fight against greed and corruption.

Friday, July 19, 2013

Monsters University Full Movie



SYNOPSIS

Michael "Mike" Wazowski, a six-year-old monster, visits Monsters Inc., a scaring company, on a school field trip. During the visit, the class meets Frank McCay, an employee of the company who works as a "scarer", entering the human world to scare children at night and harvesting their screams as energy to power the monster world. Mike, enchanted with the idea of being a scarer, slips through Frank's door before anyone can stop him, where he watches Frank's scare performance, then follows him back through the door to the monster world. Frank scolds Mike, but is impressed with his ability to have followed him unnoticed, and gives him his Monsters University hat as a souvenir. Oblivious to his teacher's later admonishments, Mike dreams of being a scarer when he grows up. Approximately eleven years later, Mike is a scare major at Monsters University. On his first day, he meets his new roommate, Randall "Randy" Boggs, a nerdy monster that can turn invisible. During the first class of the scare program, as Mike is answering a question, he is interrupted by another scare student, an arrogant large blue monster named James P. "Sulley" Sullivan. The class is also informed by Abigail Hardscrabble, the strict Dean of the scare program, that they must pass their final exam of the semester to continue in the program. While Mike is studying one night, Sulley inadvertently barges into his room to hide the pig mascot he stole from their rival college, Fear Tech. While the two bicker, the pig steals Mike's MU hat and escapes. Mike and Sulley give chase, but when Mike finally manages to capture it, Sulley takes credit, and is invited to join Roar Omega Roar, the elite fraternity on campus. Mike wishes to join, but is rejected, magnifying the rivalry between the two. Mike studies hard and repeatedly answers questions in class correctly, while the privileged Sulley, convinced all he needs is his natural scaring ability, begins to falter. At the final exam, Mike and Sulley's rivalry causes Hardscrabble to fail them both and dropping them from the program, which prompts Roar Omega Roar to remove Sulley from the fraternity. Dissatisfied in his boring new major, Mike decides to prove himself by entering the Scare Games, an extracurricular scaring competition. As the games are only for fraternity or sorority members, Mike joins Oozma Kappa, a small fraternity of misfit monsters. When Mike and Oozma Kappa are denied entry as they are one team member short, Sulley offers to join, seeing the competition as his ticket back into the scare program, and Mike eventually reluctantly accepts. Mike also makes a deal with Dean Hardscrabble, who remains skeptical, to re-admit their entire team to the scaring program if they win, whereas if they lose, Mike must leave Monsters University. Sulley expects to carry the team by himself, but Mike believes that with enough training, the whole team can succeed. With the last-placing team in each round of the Games being eliminated from the competition, Oozma Kappa fails the first challenge miserably but miraculously advances when another team is disqualified. They then attend a party at Roar Omega Roar house where initially the other competitors appear to accept them, but the fraternity pranks and humiliates them instead. The group is discouraged as they are now the laughingstock of the entire campus, so Mike arranges a secret visit to Monsters, Inc. to lift their spirits. After that, Oozma Kappa uses their wits and training to advance to the final round against Roar Omega Roar. Even having advanced so far, Sulley does not think that Mike can be a true scarer because of his lack of natural ability. After the team wins the final round, Mike discovers that Sulley manipulated the equipment to improve Mike's score. Mike is heartbroken and wants to prove that he is capable of becoming a scarer, so he breaks into the school's door lab and enters a door to the human world, but discovers that the door leads to a summer camp and he is unable to scare the cabin full of children. Back at the university, Sulley confesses to The Dean, Hardscrabble, that he cheated, just as she is notified of the break-in. Realizing what happened, Sulley enters the door to look for Mike. After finding Mike and reconciling, the pair, now being pursued by human adults, attempt to return, but find themselves trapped in the human world, as Hardscrabble has deactivated the door waiting for the authorities arrive. Mike realizes that the only way to get back into the monster world is to generate enough scream energy to power the door from their side. Working together, Sulley and Mike terrify the adults, generating an overwhelming amount of scream energy and allowing them to return to the lab. Their actions lead to their expulsion from the university, but the other members of Oozma Kappa are accepted into the scare program the next semester as Hardscrabble was impressed with their performance in the games. They share goodbyes and as Sulley and Mike leave, Hardscrabble tells them they are the first to have surprised her, and wishes them luck for the future. Mike and Sulley work at Monsters, Inc. in the company mailroom with the Abominable Snowman as the mailroom's manager. Working their way up through the company, the two eventually become part of the Scarer Team.

Keterangan Daripada Pemilik Asal "Puisi Dayana Untuk Suaminya, Ashraf Muslim"

Assalamualaikum.



* Tak pasal-pasal saje post perkara yang tak betul dalam blog ni. Rupanya puisi tu bukan original daripada kak Dayana. Maaf. Malas nak post pasal artis dah lepasni.huhu

Thursday, July 18, 2013

Puisi Dayana Untuk Suaminya, Ashraf Muslim

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

* Saya paham apa yang kak Dayana rasakan. Harap kak Dayana tabah.

Segmen Doodle Peplum Raya !


[Detail Doodle]
Kod Warna : Sila Rujuk Sini

- Corak tudung (No.5)

- Baju & kain (Pink2 #E7A1BO)
- Lapisan peplum & tali pinggang (Light Salmon4 #7F462C)
 - Kasut (Light Salmon4 #7F462C)

Wednesday, July 17, 2013

Soq Itu Sahur Rupanya!

Assalamualaikum.

Orang Kedah jangan gelakkan saya bila baca entri ni tau. Ni gara-gara orang Kedah la ni. Nak marah ni, nak marah ni. haha lawak yang tak sepatutnya terjadi kat saya. Malu tau. Nak tau apa yang lawaknya? Jom baca kat bawah.

Malam tadi ada seorang kakak senior telefon saya. Yang peliknya, bila mula kami sembang, dia cakap bahasa Kedah dengan saya. Tak pernah pun selama ni dia sembang dengan saya guna bahasa Kedah. Nasiblah saya paham pada awalnya. Rupa-rupanya ada udang di sebalik maggie. Dia nak kenakan saya rupanya. Geram woo... Dia kenakan saya bilamana kami nak tamatkan perbualan.

Kakak Senior : Dik, esok "soq" ke?
Saya : Soq? Apa benda tu kak?
Kakak Senior : Soq la dik. Soq.
Saya : (Saya ingat soq tu "socks". Maklumlah kadang-kadang kami "speaking") Kejap kak. Apa kena-mengena stokin dengan esok?
Kakak Senior : (Terus ketawa terbahak-bahak)
Saya : (Blurr) Kenapa akak gelak ni?
Kakak Senior : Adik, soq tu sahur la. Bukannya stokin. Adui... (Ketawa lagi, sampaikan kawan-kawan di sebelahnya pun gelak)
Saya : (Muka tebal) Ish, akak ni!

* Terus letak telefon. Geram sebab malu. Nasib baik saya tak tau cakap bahasa Perak Bota. Kalau tak, mesti best saya kenakan akak tu balik. haha
:D

Monday, July 15, 2013

Review Follower Ke-1100

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, blog saya telah mencecah lebih 1100 follower.
Jadi sekarang saya nak review follower yang ke 1100.
Terima kasih DuaQaseh OnlineShop.



DuaQaseh OnlineShop adalah sponser bagi Giveaway Ramadhan Raya by Emas Putih. Bagi sesiapa yang nak join GA ni, bolehla klik SINI ye. DuaQaseh OnlineShop ada menjual telekung lycra. Ada pelbagai jenis warna yang korang boleh pilih. Jadi amat bertepatan untuk korang dapatkan telekung lycra ini pada bulan Ramadhan ini untuk menunaikan solat harian dan solat terawih. Jadi kepada sesiapa yang ingin beli telekung lycra ni, bolehlah hubungi online shop ni ye. Selamat membeli-belah.

Sunday, July 14, 2013

Pemohonan Maaf Alvin dan Vivian (Kontroversi Berbuka Puasa Dengan Bak Kut Teh)


Alvin dan Vivian sebelum ini berlaku biadab mempersendakan umat  Islam dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. Berkenaan dengan gambar di atas, dua pasangan kekasih ini iaitu Alvin & Vivian memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.


* Wah senang betul diorang mintak maaf. Masukkan diorang dalam penjara lagi bagus.

2nd Dating Dengan Si Dia

Assalamualaikum.

9 Julai 2013 (Selasa) - Kisah ini mengenai saya dan si dia. Si dia yang saya maksudkan SINI. Orang yang sama seperti dalam entri yang dulu. Ye, ini kali kedua saya dan si dia berjumpa. Ramai yang tanya, si dia tu pakwe saya ke. Sebenarnya si dia tu bff saya. Tapi bagi saya, si dia adalah teman tapi mesra. Kami baru dua kali jumpa, tapi yang saya pelik kerana saya merasakan seperti terlalu rapat dengannya.

Kali ni kami dating di Kuala Kangsar & Taiping. Si dia sampai di KK dalam tengahari camtu. Berbaju biru, sama dengan saya. Kami tak rancang tau. Hehe secara spontan. Sesampainya dia di KK, kami makan di Roti Segar. Selepas makan, kami pergi ke stesen bas semula untuk naik bas Red & Yellow. Bas ni boleh tahan juga, macam nak roboh pun ada. Lucu okay. Nasib baik bas ni ada aircond, kalau tak memang kepanasan kami dalam bas tu. Tambang dari stesen bas KK ke stesen bas Taiping ialah RM 3.90.

Sampai saje di stesen bas Taiping, kami terus menuju ke stesen teksi Taiping (bersebelahan The Store Taiping). Tempat yang ingin ditujui, Taiping Sentral & Tesco Taiping. Tambang ke sana ialah RM 10.00. Mahalkan? Tapi si dia yang bayar. Hehe tq awak.


 Menyinggah sebentar di Big Apple @ Tesco Taiping.
Beli sebab kempunan. Hehe :)

Comelkan lolipop ni? Dibeli oleh saya untuk kami berdua.
Konon sweet. Haha :)

Selepas tu kami singgah foodcourt Tesco untuk beli dinner. Lepas beli, kami terus balik. Tak sempat nak tengok wayang. Sedih okay. Tapi yang terbaiknya, saya terlupa nak minta nombor pakcik teksi. Haish apalah saya ni. Si dia dah buat muka risau. Haha dengan berkat kerajinan saya bertanya orang, alhamdulillah mereka beritahu teksi ada di hadapan Taiping Sentral. Fuh hilang risau tau tak. Tapi kalau betul-betul tak ada teksi, terpaksalah saya contact Cik Nur. hehe peace Cik Nur! :)

Sekali lagi duit RM 10 si dia melayang untuk bayar teksi. Tapi tak pe, tambang bas saya support. Tambang pergi dan balik untuk teksi RM 20 dan tambang pergi dan balik untuk bas RM 15.60. Sampai saje di stesen bas, konduktor bas Red & Yellow dah terjerit-jerit panggil penumpang. Kami terus naik bas tu. Kira kami bernasib baik sebab masa tak terbuang untuk tunggu bas. Dalam bas tu kami diam saje sebab saya ...... Sebab saya ...... Saya nangis. Ye saya nangis sebab nanti si dia nak balik dah. Dan saya tak tau bila lagi kami akan berjumpa. Yang pasti, tahun hadapan. Lama tu :'(

Kami sampai di stesen bas KK dalam pukul 7.45 malam. Si dia terus beli tiket bas untuk pulang. Masa bertolak balik si dia pukul 8 malam. Masih da 15 minit lagi. Dalam masa tu la saya bagi hadiah kat dia. Nak tau hadiah apa yang saya bagi? Tengok bawah ni ye.



Saya peminat setia Zalora.
Sudah semestinya tali pinggang ni dari sana. Hehe :)
 
Balut simple saje.
Nanti dia buang juga pembalut ni. Hehe :)

Lepas bagi hadiah pada dia, saya minta dia untuk temankan saya ke stesen teksi. Maklumlah dah malam, saya pun takut nak jalan seorang diri. Selepas dia hantar, saya naik teksi dan dia pun balik. Sampai saje rumah, saya nangis lagi... :'(

* Si dia ni kawan WeChat saya. Dan saya tak pernah terfikir untuk jumpa dia di awal perkenalan. Apa yang saya kagum, dia sanggup datang jumpa saya. Rumah kami bukannya dekat, jauh pulak tu. Tapi saya teruja sebab dia sanggup bertolak seawal pagi dari rumah untuk jumpa saya dan balik hari juga. Awak, terima kasih sebab sudi jumpa saya dan saya tak akan lupakan kenangan kita ni sampai bila-bila. Pada 11 Julai 2013 (semalam), si dia sudah pulang ke tempat kerja dia semula (Yaman). Jadi perkara ni amat menyeksakan saya. Awak, sanggupkah saya untuk tunggu awak sehingga tahun depan untuk kita berjumpa lagi? Saya rindu awak :'(

Thursday, July 11, 2013

12 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum.

Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.
(Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannyakemudiannya.

Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya :

“Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda.

“Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam.

Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam.
(Awnul Ma’bud, 6/469).

Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW.
(Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar”
(Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya

“Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”.

(Fath al-Bari, no 936).

Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah LEBIH BAIK ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang.

Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

6) TIDAK mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa.

Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan MERIAH

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk MERIAH dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari.

Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”.
(Riwayat al-Bukhari)

Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala.

Justeru, umat Islam sewajarnya mempraktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan TIDUR di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah.
(al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat.

Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja.

Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.

Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).
(As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki.

Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.

Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi”
( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak”

( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Wallahu a'lam

Saturday, July 6, 2013

Pemenang DiGi WWWOW Awards 2013


  • Blogger Of The Year 
- IRINE NADIA
  • Shorty Blogger of The Year 
- JUSTIN TAN WEI JIN

  • Fave Entertainment Blog 
- MOHD IDRIS (kakigosip.com)

  • Fave Tech Head 
- ARIF ISHAK (mrpiratz.com)

  • Online Shop of The Year 
- ARTHUR LOH DIEN LUN

  • Fave Video of The Year 
- MAT LUTFI

  • Most Inspiring Internet For Good Award 
- HEIDY QUAH

  • Top Online Over-Achiever Under 16
 - RUTH KEZIA HOPE a/p MUTHU

  • App of The Year 
- AMOK (The Villain Heroes)

  • Photostory of The Year
 - RONAN TAN

  • Breakthrough Youtube Star
 - AMRITA SOON

  • Social Media Gathering of The Year 
- CYRIL

  • Fave Makan Makan Expert 
- TEO CHEE SENG

  • People’s Choice Award 
- MYHAZMAN.COM

  • Best of the Best 
- MAT LUTFI

# Tahniah kepada para pemenang! :)

Izzue Islam Mesej Saya?

Assalamualaikum.

Mula-mula terkejut juga bila tengok inbox Facebook ada mesej daripada Izzue Islam. Maklumlah bukan senang untuk artis chatting dengan kita. Tapi rupanya dia reply pertanyaan saya la. Hehe. Jangan haraplah seseorang artis akan reply kalau pertanyaan tu tak penting. Jika penting, insya-Allah diorang akan reply. Jom tengok apa yang saya tanya kat Izzue Islam.

 
Saya tanya pasal T-Shirt SSID.
Kalau korang nak order T-Shirt ni jugak, boleh klik SINI.


  •  
    Terima kasih kerana berminat dengan Tshirt SSID yang dicadangkan kepada fans .

    Harga biasa T-shirt sebenar pihak kami jual adalah RM75 dan RM80 ( Sabah & Sarawak ) sehelai .

    Tetapi, untuk promosi pembukaan jualan T-Shirt terbaru ini hanya berharga RM50 dan RM60 (Sabah & Sarawak) dan pihak kami akan memberi penghantaran percuma bagi seluruh Malaysia . Pilihan saiz yang kami ada ialah S / M / L / XL

    Cara untuk oder ialah dengan membuat pindahan kepada akaun salah satu daripada :

    Maybank : 112268089755 (Rosmiahadura Bt Othman@Basir)
    CIMB : 12050004424207 (Mohd Fikri bin Mohd Shahid)


    Sila nyatakan :
    1. Warna Hitam atau putih
    2. Alamat
    3. No telefon
    4. Saiz


    Selepas buat pindahan sila inboxkan slip bayaran ke ruangan inbox page ini sebagai bukti pembayaran.

    Cepat bertindak ! Dapatkan Sementara Harga Promosi Ini !

    *Sebarang masalah berbangkit hubungi:
    Phone : 0169488890
    Facebook : www.facebook.com/cikgufikrie


    # Ada sesiapa yang sudi belanja saya T-shirt SSID ni? hehe :)

Thursday, July 4, 2013

Selamat Hari Lahir Yang Ke-54, Mama

SELAMAT HARI LAHIR
HAPPY BIRTHDAY, SANAH HELWAH
 
Happy Birthday To You
May You Have A Very Special
Birthday Filled With Everything Your
Hearts Desires, And May All Your
Birthday Wishes Come True!!
Have A Blast
 
Wishing You A Birthday
Filled With Sweet Moments
And Wonderful Memories
To Cherish Always..
Happy Birthday!
 
 
.: Mama :.
 
Halalkan makan dan minum kakak sejak kakak kecil sehingga sekarang.
Diharapkan kita sekeluarga dilimpahkan dengan rezeki yang barakah.
Maafkan salah dan silap kakak sejak kakak kecil sehingga sekarang.
Semoga apa yang mama hajati pada tahun ini akan tertunai.
Doakan kebahagian dan kejayaan untuk kakak.
Selamat Hari Lahir Yang Ke-54, Mama.

Wednesday, July 3, 2013

Tips : Mengetahui Batu Geliga Yang Original


Untuk mengetahui batu geliga yang original ada caranya. Jadi dengan mengetahui kaedah untuk mengetahui batu geliga yang original, korang tidak akan mudah tertipu oleh si penjual batu geliga. Jom baca tips ni untuk mengetahuinya. Sila ikuti langkah-langkah di bawah :

1. Suruh penjual tu sediakan limau kasturi dan piring.
2. Perah limau kasturi dalam piring.
3. Ambil batu geliga dan letakkan ke dalam perahan limau kasturi tadi.
4. Jika batu geliga tu berpusing secara bulatan atas piring tu, maka ia batu geliga yang original. Batu tu bergerak bukan kerana ada jin atau apa-apa, tapi kerana ia bertindak balas dengan keasidan limau kasturi.

Jika uji kaji ni tidak menjadi, jangan sesekali untuk beli batu geliga tu kerana ia bukan batu geliga yang original. Jadi jangan sesekali tertipu oleh si penjual batu geliga tersebut. Jika ia tidak mahu menyediakan semua kelengkapan untuk menguji batu geliga tersebut, tinggalkan saje penjual batu geliga itu kerana ia takut jika penipuannya terbongkar. Ia kerana batu geliga ni mahal dan sukar dijumpai.

Antara kelebihan batu geliga ialah boleh menyerap bisa ular. Batu ni berwarna putih. Jika seseorang terkena bisa ular, ambil batu geliga dan letakkan ia di tempat yang terkena bisa. Secara automatik, ia akan sedut bisa tu dan batu akan bertukar menjadi hitam. Ini bukan kerana batu tu telah dijampi atau apa-apa tapi kerana sifat semulajadi batu geliga yang boleh sedut bisa ular. Sharing is caring! :)