Wednesday, July 3, 2013

Tips : Mengetahui Batu Geliga Yang Original


Untuk mengetahui batu geliga yang original ada caranya. Jadi dengan mengetahui kaedah untuk mengetahui batu geliga yang original, korang tidak akan mudah tertipu oleh si penjual batu geliga. Jom baca tips ni untuk mengetahuinya. Sila ikuti langkah-langkah di bawah :

1. Suruh penjual tu sediakan limau kasturi dan piring.
2. Perah limau kasturi dalam piring.
3. Ambil batu geliga dan letakkan ke dalam perahan limau kasturi tadi.
4. Jika batu geliga tu berpusing secara bulatan atas piring tu, maka ia batu geliga yang original. Batu tu bergerak bukan kerana ada jin atau apa-apa, tapi kerana ia bertindak balas dengan keasidan limau kasturi.

Jika uji kaji ni tidak menjadi, jangan sesekali untuk beli batu geliga tu kerana ia bukan batu geliga yang original. Jadi jangan sesekali tertipu oleh si penjual batu geliga tersebut. Jika ia tidak mahu menyediakan semua kelengkapan untuk menguji batu geliga tersebut, tinggalkan saje penjual batu geliga itu kerana ia takut jika penipuannya terbongkar. Ia kerana batu geliga ni mahal dan sukar dijumpai.

Antara kelebihan batu geliga ialah boleh menyerap bisa ular. Batu ni berwarna putih. Jika seseorang terkena bisa ular, ambil batu geliga dan letakkan ia di tempat yang terkena bisa. Secara automatik, ia akan sedut bisa tu dan batu akan bertukar menjadi hitam. Ini bukan kerana batu tu telah dijampi atau apa-apa tapi kerana sifat semulajadi batu geliga yang boleh sedut bisa ular. Sharing is caring! :)

20 comments:

  1. yeke baru tau.. :D thanx for the info

    ReplyDelete
  2. tak tau pun pasal ni sebab tak pernah beli cincin ngan batu geliga.hehehe

    ReplyDelete
  3. wow..cantik la batu geliga
    nice sharing
    nanti leh uji batu geliga

    ReplyDelete
  4. akak bt geliga pun tak pernah tgk real, hiihh

    ReplyDelete
  5. lagi baik bawak dari rumah piring & limau kasturi tu.. sbb penjual ada ke yg nak sediakan semua tu..? haha..lgpun nnti org tau la yg dia dah tipu pembeli..

    ReplyDelete
  6. wahh... menarik info ni... first time dengar kisah pasal kegunaan batu geliga ni.

    ReplyDelete
  7. Wah! Perkongsian menarik.. Thanks for sharing Solehah.. =)

    ReplyDelete
  8. wahhh nice info...thanks...btw done follow, follow back k ^_^

    ReplyDelete
  9. Tapi klo batu geliga udah jdi cincin macam mana nak buktikan klo dia betul betul original

    ReplyDelete
  10. Kalau nak lihat batu geliga yang ada saya miliki sekarang. Sila lawat FB saya.tapi anda kena teka lah geliga apa..https://www.facebook.com/garbangmaya?ref=tn_tnmn

    ReplyDelete
  11. Kalau kaler hijau,ori ke tuan?

    ReplyDelete
  12. Sy ade batu geliga embun yg asli..sy cube test di piring, memang menjadi..letak limau kasturi die bergerak berpusing pusing ibarat mcm ade sesuatu yg terjadi..wallahualam..

    ReplyDelete
  13. Macam mana nak tahu geliga cenderawasih yg ori dan mcam mana nak mnguji nya

    ReplyDelete
  14. Ni semua geliga lah . Termasuk dengan geliga ular ker?

    ReplyDelete