Mengapa Perempuan Merajuk?
Top of the list. Pasangan sering merasa cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya ataupun mendekati anda. Seperti kawan-kawan, keluarga, teman sepejabat dan sebagainya.
2. Yang diingini tidak kesampaian
Anda tidak memberikan apa yang pasangan anda mahukan. Sebagai contoh, si dia berkenan pada gelang tangan di ruang pameran, tetapi anda memilih untuk membelikan cincin. Sudah tentu pasangan anda menarik muka masam.
3. Ada yang lebih hebat dari dia
Merajuk merupakan cara paling mujarab untuk menarik perhatian anda. Kerapkali si dia merajuk disebabkan oleh sesuatu yang membuatkannya marah atau tidak selesa. Si dia memerlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang amat berbeza – merajuk.
Jadi, bagaimana cara untuk memujuk?
Tips yang diberi hanyalah sebagai panduan dan ianya bukanlah langkah-langkah untuk memujuk. Kemungkinan ada cara lain juga kan.
1. Sentiasa memberitahu yang sebenar
Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung. Dengan perlakuan ini, ianya dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang si dia.
2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.
4. Dendangkan lagu untuk si dia
Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana anda menyanyikan khas untuknya. Cubalah di telefon atau semasa hendak tidur di telinganya. Mana tahu si dia berkaraoke bersama – sama anda!
p/s : Perempuan memang suka merajuk. Sifat semulajadi seorang perempuan... :)
pujuk je.. hehe
ReplyDeletenice tips. jgn lupa singgah blog saya.
ReplyDeletehehhee..kalu la hubby akak dendangkan lagu untuk akak...sonok nye la...hahahha
ReplyDeletejgn selalu merajuk..nanti suami dh malas nak pujuk..hehe
ReplyDeletedengdangkan lagu...ermm..xramai kot yg sanggup...
ReplyDeletebgus2.. harap2 laki2 kt luar tu baca lh. ye..hahah
ReplyDeletensb single lg xyh nk pujuk2..haha
ReplyDeletenak merajuk ngan kak solehah lah..huhu..:)
ReplyDeletenice tips kak:)
owh mcm tu yer..akak ni bkn pandai sgt nk pujuk2 ni kihkihkih
ReplyDeletenice tips..kena suh hubby baca ni.. hahaha.. :p
ReplyDeletenice tips...tapi MV pandai pujuk2 ni..wkakaa
ReplyDeletenice tips...tapi MV pandai pujuk2 ni..wkakaa
ReplyDeletesaya dah nyanyikan lagu untuk dia tapi dia masih tak terima saya lagi. macam mana nak selesaikan? aduh
ReplyDeletesaya dah nyanyikan lagu utk dia tapi dia masih tak terima saya semula. apa yg harus dilakukan? aduh
ReplyDeletesuara kau tak sedap kot. haha
ReplyDeletesuara ko tak sedap kot.. haha
ReplyDelete