Pertama sekali, saya nak minta maaf jika apa yang saya akan ceritakan nanti mungkin akan membuatkan sesetengah orang tidak berasa senang hati dengan apa yang akan diceritakan. Penulisan ini bukan untuk memburukkan seseorang tetapi saya ingin membuka mata hati orang yang tidak pernah terfikir akan perasaan seseorang. Harap dengan penulisan ini akan membuatkan seseorang sedar dengan Qada’ dan Qadar Allah serta jangan salahkan takdir Ilahi yang menimpa diri. Terimalah seadanya kerana kemungkinan apa yang ditimpa diri hanyalah sedikit ujian yang diberikan. Masih ramai lagi orang yang ditimpa ujian yang berat dan besar dalam kehidupan peribadinya. Sabarlah dengan ujian yang ditimpa.
" Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…." (Surah Al-Baqarah ayat 286).
Malah Rasulullah S.A.W sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
(Riwayat Imam Tirmizi) - “Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa”.
Saya rasa terpanggil untuk menceritakan apa yang saya lihat di hadapan mata saya sendiri. Kejadian ini berlaku semalam di sebuah restoran, yang mana ketika itu saya sedang menjamu selera makan malam bersama keluarga. Satu keluarga datang ke restoran yang kami makan ketika itu. Di dalam keluarga itu, terdapat dua orang anak yang kelainan upaya. Apa yang membuatkan saya terkilan, si ibu sanggup memarahi si anak yang kelainan upaya itu di hadapan orang lain yang turut makan di sana. Mereka sekeluarga ingin makan di sana, tetapi oleh kerana si anak meragam ketika itu, maka si ibu sanggup memarahi anaknya serta menyuruh si anak untuk masuk ke dalam kereta semula. Pada ketika itu, si anak memang ingin makan di restoran itu. Yang saya tersentuh hati pabila si ibu sanggup memarahinya. Yang paling sedih, si anak bukan kecil lagi. Tetapi umurnya kelihatan sudah meningkat remaja. Kelihatan ketika itu, si anak memberontak kerana apa yang diingininya tidak ditunaikan.
Kenapa semua ini terjadi? Salah siapa? Saya tidak mahu komen lebih-lebih kerana hanya Allah yang tahu apa yang saya tidak ketahui. Saya ini hanya insan biasa yang mempunyai hati nurani, melihat ke atas apa yang terjadi di hadapan mata saya sendiri. Apa yang saya boleh nasihatkan di sini, anak itu amanat Allah. Jagalah mereka sebaik mungkin. Janganlah marah si anak itu kerana dia tidak paham dengan apa yang dipahami oleh orang normal. Jika kita menjaga mereka dengan baik, insya-Allah balasan syurga yang akan kita dapat. Entri ini adalah untuk peringatan bersama.
Maaf jika penulisan ini membuatkan seseorang tersinggung hati. Maafkan saya.
susah nak ulas sbb kita tidak berada di dalam situasi itu..
ReplyDeleteapa2pun kesian anak2..
kita mmg akan cepat tersentuhkan dengan keadaan sekeliling kita..di sini tak tahulah nak salahkan siapa...
ReplyDeletetapi apa yg patut, si ibu rasanya tak perlu kot memarahi anak depan org ramaikan...
kesian...
ReplyDeleteSalam dear,
ReplyDeletetu la, kita pun tk berada dlm situasi ibu tu. untuk menjaga someone kelainan upaya, susah dia berkali2 ganda. tp tu la, peringatan untuk diri kita semua kan... anak2 kurang or lebih upaya, not nice marah2 kat public kan.
tak nak ckp apa..tpi mmg xpatut marah kt tmpt org ramai..
ReplyDeleteErm, susah nak ulas nih.. Tapi pada pandangan MM, Kalau nak marah atau tegur anak2 biarlah dengan berhemah.. Jangan sampai mengguris hati anak2.. Terutama pula anak2 yang kelainan upaya ni.. Mereka pun ada hati dan perasaan.. Jangan sampai anak2 mendendami ibu bapa sendiri.. =)
ReplyDeletemungkin si ibu terlampau mrh smpai x dpt kawal perasaan...sbb tu kena bykkan istigfar.. inshaAllah hati tenang..
ReplyDeletekalau tegur kena ada caranya
ReplyDeletetak kira la ibu mrh ke pukul ke, kita kena ttp syg kat dia... syurga di bawah tapak kaki ibu !
ReplyDeletePeluang untuk tersenarai dalam blog list 2013 blog 3 dalam 1 ! Follow & Komen Banyak2 sekarang !
Klik Sini !
selalunya ibu lebih faham anaknya..marah seorang ibu pn dia x smp membenci..mungkin ada sebab musabab kenapa diorang x mau makan di situ..
ReplyDeleteutk kita pula..jngn cepat mencari salah siapa tau...tapi kalau kita dapat bantu kita bantu hi hi