Tuesday, July 31, 2012

Semua Yang Korang Tak Tahu Mengenai Cik Solehah (Bahagian 2)

Pasal diriku yang korang xpenah tau n xpenah nak ambik tau.
Tapi saya tetap nak bagitau jugak..haha

Ini bahagian kedua pula ye. Kepada yang tak pernah baca lagi entri yang dulu tu, sila baca SINI.

1. Saya memang tak suka dengan asap rokok. Kalau perokok tu apetah lagi kan.huhu

2. Saya ada lesen kereta tapi takut nak bawa kereta.

3. Tahun ni pertama kali saya belajar makan kerang dan siput lala. Sebelum ni tak pernah makan sebab nampak kedua-dua makanan laut ni pelik. Sekarang ia menjadi makananan kegemaran saya.

4. Saya akan letakkan bantal atas badan ketika tidur, jika tidak nanti saya tak boleh tidur.

5. Saya cuma akan makan durian bila saya kempunan. Sebenarnya bila saya makan dan terbau bau durian ni akan membuatkan kepala saya pening.

6. Binatang paling saya suka ialah kucing tapi binatang yang paling saya takut ialah anjing. Fobia kot...

7. Saya mudah diserang sakit perut dan batuk. Kalau kena kedua-dua penyakit ni, akan susah nak baik.

8. Masa kecik-kecik dulu saya suka nyanyi dalam bilik air sampaikan ada orang cakap suara saya macam Dato' Siti Nurhaliza. Terus malu dan tak nak menyanyi dah.huhu

9. Masa kecik-kecik saya memang peminat tegar Dato' Siti Nurhaliza, sampaikan saya sanggup gunting gambar dia dari mana-mana; majalah atau suratkhabar. Kemudian tampal gambar tu di dinding, almari baju dan buku. Semua tu jadi kenangan sebab buku tu dah hilang, dinding sudah dicat semula dan almari baju diganti baru.

10. Saya suka bawa handphone masa mandi. Korang ada yang sama dengan saya tak? haha

11. Saya senang menangis sebab hati saya sangatlah lembut.

12. Saya takut dengan mimpi tidur. Saya lagi seronok kalau tak bermimpi apa-apa.

13. Sebelum tidur, saya akan bermain-main dengan kening saya dulu. Hobi ni dari kecik sampai sekarang.

14. Tangan kiri saya lebih kuat dari tangan kanan saya. Saya sendiri tak tahu kenapa, padahal saya menulis guna tangan kanan.

15. Di dalam GSF, saya dan Shuhada merupakan kawan karib di dunia realiti.

16. Saya tak suka dengan tempat tinggi. Saya pernah pergi ke Bukit Larut, Taiping. Bila saya sampai di puncak bukit dan saya tengok ke bawah, tiba-tiba saya jadi pening dan termuntah.

17. Saya pernah berjumpa dan salam dengan Tuanku Zara (isteri kepada anak Sultan Perak). Tuanku Zara seorang yang peramah.

18. Berketurunan Arab dan Indonesia di sebelah mama saya, manakala abah saya berketurunan Palembang. Bila campur, jadi apa ye.haha Cuba teka...

19. Saya ingin mencari kembali sepupu saya yang lain di luar Malaysia pada suatu hari nanti. Harap impian saya jadi kenyataan. Aamine...

20. My dear bukan orang Malaysia. Siapa yang sudah tahu my dear asal dari mana tu, diam-diam sudah ye... :)

Dah-dah, cukup la sampai sini dulu. Nanti kalau ada lagi, saya akan bagitau lagi. Sayonara :)

Monday, July 30, 2012

Bo-Kaap, Cape Town, Afrika Selatan - Perkampungan Melayu Warna-Warni

Pada abad ke-17, ketika Syarikat Hindia Timur menguasai hampir seluruh wilayah Nusantara, pengasingan orang-orang yang menjadi tahanan politik dan hamba dilakukan hingga nun jauh ke benua hitam, Afrika.

Orang-orang buangan tersebut ditempatkan di Bo-Kaap, sebuah kawasan di Cape Town, Afrika Selatan. Dari generasi ke generasi, mereka beranak-pinak dan akhirnya membentuk perkampungan Melayu. Secara tak sengaja pula, pembuangan tersebut akhirnya menjadi penyebab menyebarnya agama Islam di Tanjung Harapan. Menurut data, populasi muslim di Afrika Selatan kini mencapai 1.5% dari keseluruhan 44 juta penduduk di sana.

Rumah-rumah di Bo-Kaap bercorak khas, panduan antara gaya Timur dan neoklasik. Jalan-jalannya masih buatan batu asli dari abad ke-17, ditambah cat rumah yang berwarna-warni sehingga menambah keunikan kota ini. Perkampungan yang unik itu dikenal sebagai Kampung Melayu atau The Malay Quarter.

Penduduknya kebanyakan keturunan pendatang dari Kepulauan Melayu termasuklah dari Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) dan Indonesia, yang tiba di Benua Afrika sejak 300 tahun lalu.

Sekali imbas, mereka tidak kelihatan seperti seseorang yang berketurunan Melayu. Nama panggilan mereka memang nama-nama islam khas Melayu, tetapi nama keluarganya Barat, akibat peraturan dua abad lalu yang mengharuskan mereka memiliki nama yang mudah diucapkan penjajah Belanda. Tambahan pula, mereka tidak berbahasa Melayu, tetapi Inggeris dan Afrikaans, sejenis bahasa Belanda. Hanya beberapa perkataan Melayu sahaja yang masih terselip dalam bahasa mereka.

Menurut ahli-ahli sejarah, orang Kepulauan Melayu pertama yang tiba di Afrika Selatan terdiri terdiri daripada hamba-hamba atau pekerja paksa yang diangkut ke sana oleh pemerintah Hindia Belanda. Menurut data muzium di Bo-Kaap, selama tempoh 1652 sampai 1808 tercatat sebanyak 4890 hamba yang tiba di Cape Town, di antaranya 1033 berasal dari Kepulauan Melayu.

Terdapat sebelas masjid di Bo-Kaap. Masjid tertua ialah Masjid Auwal yang dibangun pada tahun 1798. Masjid ini merupakan simbol pengakuan Islam serta kewujudan Muslim di Afrika Selatan. Dari masjid ini pula ajaran Mazhab Syafiie mulai disebarkan. Seperti halnya majoriti muslim Malaysia, di Afrika Selatan juga  majoriti muslim mempraktikkan Islam sesuai Mazhab Imam Syafiie.

Hal yang menonjol lagi adalah di tempat ini, walaupun bukan negara Muslim, namun kebebasan beragama begitu tinggi. Kaum lelaki Muslim majoriti mengenakan baju jubah dan menyimpan janggut. Sementara kaum wanitanya, mengenakan abaya dan ada juga yang memakai hijab atau burqa sebagai penutup wajah. Mereka dengan bebas bekerja dengan pakaian seperti itu.












Sunday, July 29, 2012

Tutorial : Cara Mendaftar Fibox Serta Kod Original (Live Chat) Fibox

Assalamualaikum.

Tutorial ini kepada sesiapa yang ingin menjadikan Fibox sebagai chatbox di blog. Sesiapa yang nak tahu bagaimana nak daftar Fibox ni, sila tengok tutorial di bawah ye. 

1. Klik SINI untuk mendaftar fibox.


2. Sila isi emel dan password yang korang nak daftarkan dalam kotak daftar. Kemudian klik "Continue". Kepada sesiapa yang nak daftar guna akaun facebook sendiri pun boleh juga.


3. Selepas selesai daftar, korang boleh "Log In" akaun Fibox.


4. Di bahagian "Dashboard", korang boleh klik "Settings" untuk ubah setting fibox yang korang kehendakkan.


5. Di bahagian "Overview", "Customize", "Smiley" dan "Settings". Korang boleh ubah semua setting ini mengikut apa yang diinginkan. Jangan lupa untuk "Save" jika korang ada ubah mana-mana bahagian tersebut.


6. Jika ingin masukkan fibox ke dalam blog korang, sila copy kod fibox di bahagian "Overview". Kemudian paste kod fibox tadi ke dalam blog korang.


7. Preview dan Siap!


* Kadang-kadang Fibox ni senang error. Tapi kelebihan fibox jika ia ok, kita akan mudah dan cepat dapat chatting yang diberikan oleh kawan-kawan dalam fibox tu. Bagi sesiapa yang nak kod original fibox (live chat), korang boleh copy kod di bawah ni ye...



<center><iframe id="chatframe" src="http://s1.fibox.ws/chat.php?1&quot; frameborder="0" height="500" scrolling="auto" width="80%"></iframe></center>



p/s : Korang cuma boleh tukar height dan weight SAHAJA!. Selamat mencuba.

Saturday, July 28, 2012

JAWAPAN KUIZ 26, KUIZ 27, KUIZ 28, KUIZ 29 & KUIZ 30


'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging KitaSemua, Ya, Giteew :-D'

http://shahriahnovelisresipe.blogspot.com/2012/07/pertandingan-kuiz-bakal-bermula-tidak.html

KUIZ TERKUMPUL YANG KE 26


Blog ini mengisahkan apa yang Shahriah Abdullah suka dan ada juga mengenai apa-apa yang orang lain tak suka tapi Shahriah Abdullah suka. Entri  mengenai apa yang Shahriah Abdullah suka akan dimasukkan perlahan-lahan di dalam blog ini.

KUIZ TERKUMPUL YANG KE 27


Blog ini mengisahkan hasil karya Shahriah Abdullah. Blog ini juga menceritakan hasil pembabitan Shahriah Abdullah dalam bidang penulisan novel. Setelah bertarung di Gelanggang MasterChef Malaysia maka terbitlah sebuah buku resipi masakan beliau iaitu "SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH BUKAN SEKADAR SAJIAN BIASA".

KUIZ TERKUMPUL YANG KE 28


Blog ini mengisahkan pelbagai jenis resepi yang disediakan oleh Shahriah Abdullah, yang merupakan resepi warisan bonda kesayangan beliau serta pelbagai juadah untuk ahli keluarga. Oleh kerana beliau minat dalam bidang masakan, beliau berjaya menjadi salah seorang peserta Masterchef Malaysia dan kini beliau telah memiliki buku resepi sajian istimewa daripada beliau sendiri.

KUIZ TERKUMPUL YANG KE 29



Blog ini merupakan tempat beliau meluah rasa. Blog ini banyak mengisarkan mengenai keluarga beliau serta insan yang beliau sayang.

KUIZ TERKUMPUL YANG KE 30



Blog ini mengisahkan segala percutian Shahriah Abdullah di dalam negara mahupun luar negara. Terdapat banyak tempat menarik yang beliau kongsikan dalam blog ini.