Monday, July 30, 2012

Bo-Kaap, Cape Town, Afrika Selatan - Perkampungan Melayu Warna-Warni

Pada abad ke-17, ketika Syarikat Hindia Timur menguasai hampir seluruh wilayah Nusantara, pengasingan orang-orang yang menjadi tahanan politik dan hamba dilakukan hingga nun jauh ke benua hitam, Afrika.

Orang-orang buangan tersebut ditempatkan di Bo-Kaap, sebuah kawasan di Cape Town, Afrika Selatan. Dari generasi ke generasi, mereka beranak-pinak dan akhirnya membentuk perkampungan Melayu. Secara tak sengaja pula, pembuangan tersebut akhirnya menjadi penyebab menyebarnya agama Islam di Tanjung Harapan. Menurut data, populasi muslim di Afrika Selatan kini mencapai 1.5% dari keseluruhan 44 juta penduduk di sana.

Rumah-rumah di Bo-Kaap bercorak khas, panduan antara gaya Timur dan neoklasik. Jalan-jalannya masih buatan batu asli dari abad ke-17, ditambah cat rumah yang berwarna-warni sehingga menambah keunikan kota ini. Perkampungan yang unik itu dikenal sebagai Kampung Melayu atau The Malay Quarter.

Penduduknya kebanyakan keturunan pendatang dari Kepulauan Melayu termasuklah dari Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) dan Indonesia, yang tiba di Benua Afrika sejak 300 tahun lalu.

Sekali imbas, mereka tidak kelihatan seperti seseorang yang berketurunan Melayu. Nama panggilan mereka memang nama-nama islam khas Melayu, tetapi nama keluarganya Barat, akibat peraturan dua abad lalu yang mengharuskan mereka memiliki nama yang mudah diucapkan penjajah Belanda. Tambahan pula, mereka tidak berbahasa Melayu, tetapi Inggeris dan Afrikaans, sejenis bahasa Belanda. Hanya beberapa perkataan Melayu sahaja yang masih terselip dalam bahasa mereka.

Menurut ahli-ahli sejarah, orang Kepulauan Melayu pertama yang tiba di Afrika Selatan terdiri terdiri daripada hamba-hamba atau pekerja paksa yang diangkut ke sana oleh pemerintah Hindia Belanda. Menurut data muzium di Bo-Kaap, selama tempoh 1652 sampai 1808 tercatat sebanyak 4890 hamba yang tiba di Cape Town, di antaranya 1033 berasal dari Kepulauan Melayu.

Terdapat sebelas masjid di Bo-Kaap. Masjid tertua ialah Masjid Auwal yang dibangun pada tahun 1798. Masjid ini merupakan simbol pengakuan Islam serta kewujudan Muslim di Afrika Selatan. Dari masjid ini pula ajaran Mazhab Syafiie mulai disebarkan. Seperti halnya majoriti muslim Malaysia, di Afrika Selatan juga  majoriti muslim mempraktikkan Islam sesuai Mazhab Imam Syafiie.

Hal yang menonjol lagi adalah di tempat ini, walaupun bukan negara Muslim, namun kebebasan beragama begitu tinggi. Kaum lelaki Muslim majoriti mengenakan baju jubah dan menyimpan janggut. Sementara kaum wanitanya, mengenakan abaya dan ada juga yang memakai hijab atau burqa sebagai penutup wajah. Mereka dengan bebas bekerja dengan pakaian seperti itu.












14 comments:

  1. Assalamualaikum solehah...

    Thanks sharing....bila agaknya TiranaAduka nak gi sana jalan jalan,,,,,,doakan kesihatan saya agar boleh menikmati keindahan alam semula...

    ReplyDelete
  2. cantik kaler cat umah diorg tu solehah..agak2 cat brand apa diorg guna..mcm tahan je...

    ReplyDelete
  3. wahh,... rajinnya dorang mengecat yerk?

    ReplyDelete
  4. cantiklah..warna warni..! sukeee..!

    ReplyDelete
  5. @TiranaAduka Waalaikumussalam. Insya-Allah Tirana dapat jalan2 ke sana suatu hari nanti. Doa banyak2 ye :)

    ReplyDelete
  6. @Yumida entahla kak.tapi diorang ni mmg rajin.Nampak mcm kaya je dyorg ni yg da kt sana.

    ReplyDelete
  7. waaa..indahnya..warna warni gtu..

    ReplyDelete
  8. ceria la bandar diorang. mesti orang2 kat situ pun ceria2 semua. huhu..

    ReplyDelete
  9. eh woww cantik le tempat ni.warna warnii!!nmpk meriah!

    ReplyDelete