Saturday, January 14, 2012

Wanita, sila komen pendapat lelaki tentang kita.

Ada seorang lelaki yang mengaku dia dah cukup masak dengan perangai kaum wanita. Entah betul atau tidak, apa kata kita baca bersama-sama dan komen tentang pendapat dia ini.

Betul ke semua ini mengenai wanita?

12 Perkara Yang Orang Perempuan Suka

1. Perempuan suka dibelai – Perempuan ni memang suka dibelai. Ni aku yakin! Tak caya buatlah. Alah tak susah mana sebenarnya nak belai. Contohnya, masa tengok tv tu cuba-cuba urut kaki ker atau belai-belai rambut dia ker. Haa tu la belai namanya. Tapi orang lelaki (terutamanya orang Melayu – aku rasa la) ramai yang tak pandai bab ni (termasuk la aku?….hahahahaha).

2. Perempuan suka dipuji – lagi banyak korang puji, lagi kembang lah hidung dia…haa puji la lebih-lebih yer…muahahaha

3. Perempuan suka makan – terutamanya yang sweet-sweet contohnya aiskrim, cokelat dan lain-lain. Betul ker? Entah aku pun tak pasti. Tapi memang, setiap kali aku bagi hadiah cokelat ker kat awek2 dulu, memang diorang suka giler.

4. Perempuan suka handbag dan kasut – kalau dah tak ada idea hadiah apa nak bagi. Korang beli jer handbag ker atau kasut. Pasti orang perempuan tak pernah menolak punya.

5. Perempuan suka SHOPPING – ni confirm TEPAT! Betul tak orang perempuan? So, aku tak perlu hurai lah point ni yer.

6. Perempuan suka yang cantik-cantik dan comey-comey – Pantang nampak benda cantik…sure diorang akan kata ; “eeiiiyyyy comeynye…geramnye….” . Contohnya baby, kucing dan sebagainya. Terutamanya yang muda remaja dan dewasa la. Kalau golongan makcik dan ke atas tu, mungkin point ni tak tepat sangat kot.

7. Perempuan suka ber’GOSSIP’ dan mengumpat – haaa yang ni aku ‘tak berani’ nak ulas panjang-panjang. Tapi kalau tengok keliling-kelalang korang, aku rasa ramai yang bersetuju dengan point aku yang ni. Jangan marah noo orang perempuan. Cubalah terima kenyataan! hahahahaha

8. Perempuan suka warna pink – aku dah jumpa ramai perempuan yang suka warna ni. Termasuk anak-anak sedara aku. Habis semua dia nak pink. Baju, seluar, beg, kasut…semua nak pink. Mengapa yer? Aku betul-betul tak faham. Orang perempuan boleh bagi reason dak?

9. Perempuan suka kata ; “lelaki semuenye same jer! EGO!” – aku pernah dikata dengan ungkapan ini beberapa kali. Takper lah. Aku terima jer orang kata aku macam tu. Tapi betul ker ‘lelaki semuanya sama?”. Mungkin sama dari beberapa segi, tak sama secara total.

10. Perempuan suka kalau ada orang caring @ ambil berat pasal dia – yer lah, jiwa orang perempuan kan lembut. So, memang suka sangat lah kalau orang ambil berat pasal dia. Tapi tengok jugaklah aku rasa. Kalau orang yang ambil berat tu ialah orang yang dia tak suka, dia menyampah jugak kot. Entahlah. Tapi secara fitrahnya, orang perempuan ni memang suka diambil berat tentangnya. Setuju, orang perempuan??

11. Perempuan suka hiburan – hampir semua perempuan yang aku kenal, diorang suka sangat dengar radio. Radio pulak, bukan IKIM.FM yer…pastinya ERA, HOT FM, MUZIK FM dan sebagainya. Rancangan TV pun sama, kalau korang perhatikan, orang perempuan memang suka tengok rancangan hiburan. Jarang sangatlah perempuan yang minat baca buku lebih dari minat tengok TV. Wahai orang perempuan, janganlah kau sia-siakan masa kamu. Kurangkan sikit hiburan tu, dan cuba cubalah bawak-bawak baca Quran dan buku agama yer. hehehe

12. And last but not least ; Perempuan yang baik memang suka kepada lelaki yang boleh membimbing ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. – Ni pun aku malas nak ulas panjang. Tapi buktinya, tengok imam muda. Ramai perempuan suka ker, atau ramai perempuan tak suka? Aku yakin, yang suka lebih ramai kot? So, betul lah perempuan suka kepada lelaki yang dapat bimbing dia. Kan kan kan???

1 comment:

  1. laki ke ppuan ke, sume same je. masing masing pun nak yg terbaikkk. ;)

    ReplyDelete