Friday, January 13, 2012

Ciri-ciri Bakal Suami Anda.


Ramai yang menginginkan seorang suami yang bercirikan;


Konsep 5K


a) Kaya
b) Kacak
c) Kerjaya
d) Kedudukan
e) Kenderaan


Wahai sahabatku,pilihlah bakal suamimu bukan kerana sesuatu, tetapi dengan;


Konsep 5S


a) Sederhana-tidak kaya dan tidak miskin, sederhana itu lebih bagus.
b) Senyum-seorang yang murah dengan senyuman, akan tenteramlah jiwa anda.
c) Stabil-pekerjaan yang stabil, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
d) Sekufu-biarlah kedudukan anda sekufu dengan bakal suami.
e) Senang-memiliki kenderaan yang bagi kesenangan kepada anda,bukan untuk
menunjuk.


Antara kriteria lain yang anda harus lihat ialah:


  1. Menjadi pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab
  2. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
  3. Bersikap baik terhadap isteri
  4. Dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberikan pendapat
  5. Dapat menerima kelebihan dan kekurangan isteri
  6. Dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
  7. Dapat menjaga kewibawaan isteri
  8. Dapat membimbimg isteri
  9. Menghormati keluarga dan sanak saudara isteri
  10. Boleh menjadi bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
  11. Boleh menjadi pasangan yang baik, zahir dan batin
Sumber rujukan: Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Sukar Mendapat Jodoh?, Majalah Solusi Isu no 29, muka surat 46-47.

1 comment:

  1. yg penting skali, dpt jadi imam kite. hari hari dpt pahala jemaah. ;)

    ReplyDelete