Monday, January 30, 2012

Memori Terindah dengan Zanirah

Assalamualaikum.


Kepada sahabatku yang tersayang, Zanirah.

Zanirah, Solehah tahu apabila Zanirah baca sahaja entry ini, Zanirah akan pulang ke Medan, Indonesia tidak lama lagi. 17 Januari 2012 - 21 Februari 2012. Semalam dan juga hari ini, apabila Zanirah datang berjumpa dengan Solehah, terasa begitu sekejap sahaja masa ini. Solehah bahagia apabila Zanirah jumpa Solehah. Zanirah, Solehah hendak Zanirah tahu yang Solehah sayangkan Zanirah sangat-sangat. Kita cuma dapat berjumpa dua hari satu malam sahaja. Tapi itu tidak cukup bagi Solehah. Sebab dahulu, tiap-tiap hari Solehah jumpa Zanirah, tiap-tiap malam juga kita berjumpa. Solehah pun tidak tahu sama ada kita dapat berjumpa lagi atau tidak nanti. Solehah doakan kita dapat berjumpa kembali suatu hari nanti. Amin.

29 Januari 2012 - Solehah akan ingat tarikh ini sampai bila-bila. Tarikh tersebut membuatkan kita berjumpa kembali. Apabila Zanirah ada di depan mata Solehah, Solehah rasa hendak menangis, bukan sebab sedih tapi sebab gembira orang yang Solehah sayang selama ini ada di depan mata. Ya Allah, terima kasih sebab pertemukan kami kembali. Hambamu berharap kami akan bertemu lagi kembali suatu hari nanti. Malamnya pula, kita tidur sama-sama di satu katil bujang yang sepatutnya kita tidur untuk seorang, tapi kita kongsi berdua. Sungguh indah masa itu kan.

***********************************************
Berikut adalah perbualan saya dan Zanirah sebelum tidur

Saya : Zanirah.

Awak : Ye leha sayang.

Saya : Best tak duk kat indon?

Awak : Hahaha..best jugak la. best dapat naik angkut-angkut (BM:van penumpang).kiranya dari rumah ke institut (BM:kolej) bayarannya 30 sen* sahaja.hahaha.murah kan? Lepas itu, suasana kelas pun guna meja dan kerusi macam kita kat sekolah rendah dulu. Ala, meja kayu masa kita sekolah rendah dulu. hehehe...mula-mula kitorang masuk dan tengok kelas itu, kelakar la juga. Tapi pelajar indon sana cakap, sekarang institut itu sudah dikira maju berbanding dulu.
*aduyai, lupa pulak berapa ribu rupiah yang Zanirah bagitahu tadi. heee sorry.

Saya : (Muka terkejut & tertanya-tanya, itu kira maju ke dengan guna meja dan kerusi yang serupa macam kat sekolah rendah kita dulu?) Apa-apa saje lah kan, janji selesa. Habis itu, mesti tak ada air-cond juga kan?

Awak : Hahaha. Orang kat sana tak suka sejuk apatahlagi dengan air-cond, dalam kelas kitorang cuma ada kipas saje. Kalau waktu tengah hari kan panas, pelajar indon xpasang kipas langsung. Kitorang masuk saje kelas, terus pasang kipas sampai full, kiranya yang paling kuat. Bila saje dosen (BM:pensyarah) kitorang masuk, dia terus perlahankan kipas jadi 1. dahla masa itu panas terik. Bilik pensyarah diorang tak sama dengan kita. Diorang punya bilik macam bilik guru untuk sekolah rendah. Nak kata juga, bilik guru sana pun tak da kipas juga. Rasanya lau bilik rektor, mungkin ada air-cond kot. Kalau kita pergi rumah orang indon kat sane, kebanyakan rumah diorang tak ada kipas. Tapi kalau nak tengok rumah orang indon yang kaya-raya kat sane, pergilah lawat rumah doktor ataupun yang ambik jurusan doktor. Fuhh kaya kot. Setiap bilik rumah diorang ada katil 'queen', sofa, meja, TV dan kerusi yang pusing-pusing macam dalam pejabat tu. Kiranye diorang ini kalau kaya, kaya betul-betul. Kebanyakan cina kat sana la yang kaya.

Saya : (Muka pelik) Kalau ite tinggal kat sana, mesti ite tak boleh hidup tanpa kipas. Boleh tu diorang tahan panas kat sana. Padahal panas diorang lagi tinggi dari suhu Malaysia.aishhh makanan dia pulak macamna, sedap?

Awak : Makanan dia ok la. Tapi tak sesedap kat Malaysia. Ayam kat sane xsedap. Sabtu dan ahad aku masak kat rumah saje. Kalau keluar, selalu makan kat KFC. Kalau makan kat restoran, tak da selera la. Kat sane makanan yang sedap pun cuma ayam penyek dan bakso. Yang lain tu, paham-paham saje lah.

Saya : Kat sana ok tak, air dengan apa-apa la kat sane?

Awak : Kalau kat sane sebelum kitorang mandi, kitorang kena pam air dulu. Kiranye tekan satu suis tu sebelum air dapat naik ke atas, kalau tak, tak ada air la nanti. Kalau kat jamban, mane da paip. yang cuma da paip untuk kolah saje. Jadi, kalau nak pergi jamban, kena isi air dalam timba dulu sebelum guna. Tapi air kat sane tak sebersih macam air kat Malaysia. Walaupun masak air, tapi tetap kotor. Kitorang order air gelen (BM:air mineral botol besar). Kalau kita minum air paip kat sane, boleh kena muntah darah. Kat sana pun selalu banjir, sebab masalah perparitan diorang tak ok. Kesian kitorang tau.

Saya : Oh kira betul la ustaz Fuad bagitahu sal indon ni la ye. Tahan saje lah ye Zanirah. Jangan sampai tak mandi sudah.eheee Zanirah, kat sane orang nye baik-baik tak?

Awak : Baik saje. Kitorang ada dua kawan indon yang tinggal serumah dengan kami. best jugak kawan dengan diorang. Solehah, aku da seorang kawan indon, hang nak kawan dengan dia tak?

Saya : Erkkk tak pe lah. Maaf. Aku xnak la kawan dengan dak indon kat sane. Takut la aku.

Awak : hahahaha...okay2. hehehe

Saya : Zanirah, subjek kat sane ok tak? susah tak?

Awak : Tak la susah sangat. Biasa saje. Tapi ada dosen kitorang bagitahu yang ada sesetengah subjek yang kitorang belajar tak boleh digunakan kat Malaysia. Cuma subjek ilmu falak dan lain-lain* saje boleh digunakan.
*tettt tiba-tiba aku lupa subjek apa lagi.

Saya : Oh yeke. hahahaha. Zanirah, kat sane ada bahasa pelik-pelik tak?

Awak : Ha, ada. Situasi pertama : Macam final, diorang sebut (fi nal). Masa dulu kitorang ada tanya kat seorang pelajar indon ini. (Kitorang tanya : Exam kok bila ya? & Budak itu jawab : Lol, gua gak ngerti kamu bilang. & Kitorang balas : Ujian akhir kok bila ya? & Budak itu baru bagitahu bila.)- Maksudnya BI diorang tak berapa ok. Situasi kedua : Masa mula-mula kitorang belajar bahasa indon, kitorang kena belajar sebut ABC sampai habis. A disebut E (Epal), B disebut BE(Beca), C disebut CE(Cerek) dan seterusnya sebutan yang sama. yang aku pelik, bila sebut X disebut Xe(macam sebutan Zehra, sebut tanpa masukkan h). kalau Z pulak disebut Zi. Apa yang hendak dibagitahu sini ialah, diorang punya bahasa Inggeris ikut gaya belanda. sebab tu lah sebutannya pelik, kita kan asal dari pemerintahan orang Inggeris. sebab tu lah bahasa Inggeris orang indon pelik2.

Saya : hahaha...pelik betul la orang indon ini. aduyai. ha,da satu soalan ite nak tanye lagi. betul ke kat sane boleh kawin campur-campur agama?

Awak : Bisa aja.jawab pensyarah kitorang. dia bilang di sana mengamalkan kebebasan agama. jadi,bila kamu mau nikahin dengan agama lain, bisa aja. Lagipun di sana tak ada pencegah maksiat. Kalau berlaku ape-ape kat diri tu, tanggung sendiri la.

Saya : Oh.. okay2. Zanirah, nanti la kita sembang lagi la eh. Sudah lewat malam ni. Pergilah tidur ye.

Zanirah : Ok Solehah. Selamat malam.

Saya : Selamat malam Zanirah ku sayang.

Kitorang berdua tidur sama-sama masa itu di atas satu katil bujang. Nyenyak jugak kita tidur masa tu.ZZZzzzZzZZzZZzzzzZZz

***********************************************
Pada tarikh 30 Januari tepat pukul 3.35 petang, Zanirah balik. Sebaik sahaja Zanirah balik, tiba-tiba tanpa sengaja Solehah menitiskan air mata. Zanirah, Solehah mintak maaf sebab nangis. Solehah tak kuat kalau jauh dengan Zanirah. Tapi Solehah janji, Solehah akan berdikari kat sini. Solehah tahu, dulu Solehah banyak mengharap dan selalu sahaja mintak tolong kat Zanirah. Tapi sekarang Solehah akan buat sendiri.


Zanirah,
Terima kasih bagi tumpang motor.
Terima kasih sebab bawa Solehah beli makanan.
Terima kasih bawa Solehah pergi jalan-jalan naik motor pusing taman.
Terima kasih bagi tumpang bahu masa Solehah nangis.
Terima kasih sebab bagi Solehah gembira.
Terima kasih sebab teman Solehah shopping barang.
Terima kasih sebab bagi Solehah pinjam barang Zanirah.
Terima kasih kerana belanja Solehah.
Terima kasih sebab pergi ke kelas sama-sama.
Terima kasih sebab jadi peneman Solehah tidur kat asrama dan rumah sewa....
Banyak lagi benda Solehah nak ucap terima kasih sampaikan tak tertulis kat sini.
&
Yang paling penting
Terima kasih sebab jadi kawan rapat Solehah.
Terima kasih, Zanirah.

***********************************************
Ha, sebelum terlupa Solehah hendak ucap terima kasih sebab bagi hadiah ini. TQ



Semuanya berasal dari Indonesia tau gak.

***********************************************
Zanirah, Solehah nak tunjuk sesuatu jugak ini. Jangan terkejut ye.



Sorry Solehah curi-curi 'capture' gambar beg Zanirah masa Zanirah datang.


Jujur masa ini Solehah nangis. Maafkan Solehah sebab menangis.
Itu sahaja. Salam.

No comments:

Post a Comment