
Ramai yang menginginkan seorang suami yang bercirikan;
Konsep 5K
b) Kacak
c) Kerjaya
d) Kedudukan
e) Kenderaan
Wahai sahabatku,pilihlah bakal suamimu bukan kerana sesuatu, tetapi dengan; 
Konsep 5S
a) Sederhana-tidak kaya dan tidak miskin, sederhana itu lebih bagus.
b) Senyum-seorang yang murah dengan senyuman, akan tenteramlah jiwa anda.
c) Stabil-pekerjaan yang stabil, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
d) Sekufu-biarlah kedudukan anda sekufu dengan bakal suami.
e) Senang-memiliki kenderaan yang bagi kesenangan kepada anda,bukan untuk
    menunjuk.
Antara kriteria lain yang anda harus lihat ialah:
- Menjadi pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab
 - Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
 - Bersikap baik terhadap isteri
 - Dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberikan pendapat
 - Dapat menerima kelebihan dan kekurangan isteri
 - Dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
 - Dapat menjaga kewibawaan isteri
 - Dapat membimbimg isteri
 - Menghormati keluarga dan sanak saudara isteri
 - Boleh menjadi bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
 - Boleh menjadi pasangan yang baik, zahir dan batin
 
Sumber rujukan: Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Sukar Mendapat Jodoh?, Majalah Solusi Isu no 29, muka surat 46-47. 
yg penting skali, dpt jadi imam kite. hari hari dpt pahala jemaah. ;)
ReplyDelete