Friday, June 9, 2017

Review Saya Mengenai SGShop Malaysia

Assalamualaikum.

Korang pernah ke dengar ataupun usha laman web SGShop Malaysia ni? Bagi yang pernah, maybe sebab korang dah pernah shopping di sini. Bagi yang tidak pernah dengar pulak, jom baca entri ni sampai habis. Buat pengetahuan semua, SGShop Malaysia ini sebenarnya merupakan ejen Taobao di Malaysia dan ini bukanlah kali pertama saya menjejakkan diri ke laman web SGShop Malaysia ini kerana sebelum ni saya ke sini untuk memborong baju.

Review saya mengenai laman web SGShop Malaysia?

1st review : Soalan pertama saya masuk dalam laman web ni "Oh no, kenapa dalam Bahasa Cina ni?". Rasa terkejut tergamam sebab tak paham sepatah tulisan pun. Hahaha belek punya belek, rupanya ada translation. Fuh, selamat. Ingatkan 100% dalam bahasa cina. Terbaiklah SGShop sediakan translation, maka ini akan memudahkan kami yang tak paham tulisan cina ni untuk shopping.

2nd review : Bila saya masuk laman web ini akan membuatkan saya rambang mata. Mana tak nya, semua barang-barang yang dijual harganya murah dan sangat berpatutan. Terasa macam nak beli semua. Korang bayangkanlah, ada harga barang yang dijual dalam ni berharga bawah RM 1. Jadi, korang2 yang baca ni tak teringin ke nak usha jugak? Heee...

3rd review : Korang pernah terfikir tak, nak rasa "bajet2" jap sebab boleh shopping dari luar negara tapi dalam harga yang sangat murah dan berpatutan. Sesiapa yang teringin tu, apa lagi jomlah masuk ke laman web SGShop Malaysia ini.

4th review : Dalam laman web ini juga, korang akan dapati barang-barang yang dijual adalah sama jenis tapi harga berbeza. Buat pengetahuan korang, dalam SGShop ni terdapat pelbagai ejen atau seller. Jadi korang boleh pilih samada nak yang murah ke, ada free gift ke, tiada cas penghantaran ke dan lain-lain lagi. Bagi saya, ia semua di dalam tangan kita.

5th review : Kita akan dapat "free shipping fee" jika kita beli 1-5 items per order. Jika lebih dari 5 items akan dikenakan shipping fee. Oklah tu kan dapat free shipping fee daripada langsung takda. Jadi bagi sesiapa yang nak shopping kurang dari 6 barang, korang bolehla enjoy free shipping fee tu ye.

6th review : Memang nasib saya kot sebab ada satu item saya ni saya terpaksa tunggu order beberapa hari lagi sebelum dikatakan stok habis. Nasib tak lama tunggu. Takpelah nak buat camna, maybe sebab laku sangat. Yang penting, duit telah di"refund". Maka, saya order barang lain pulak. Makin bertambah lagilah order saya.


7th review : Di dalam laman web SGShop ni kita boleh pilih jenis postage yang kita nak guna. Nak cepat ada, nak lambat ada, nak yang mahal ada, nak yang murah pun ada. Haa, tu semua di hujung jari kita. Nanti saya update / edit entri ni berkaitan "Shipping Method" selepas semua barang saya otw pos ke Malaysia. Ni saya kena tunggu dulu order baru saya sampai ke "warehouse". 


***************************

Inilah barang2 yang saya order. 12 item semuanya berharga lebih RM500. Jubah raya + kipas. Kipas tu saya saja beli sebab raya nanti kan ramai orang kat kg atok. Jadi sebagai langkah berjaga, saya beli. Jubah tu saya melaramlah raya nanti. Thanks SGShop Malaysia atas sponser ni.













Oklah ini saja review saya. Next week saya akan mulakan giveaway ini. Maybe saya akan buat lucky draw giveaway beserta syarat2 yang diberikan. Mudah saja giveaway tu, jangan lupa join tau. Hadiahnya ialah 5 x RM100 shopping credit sponsored by SGShop Malaysia.


Kepada sesiapa yang nak join giveaway, boleh follow blog saya ini @ facebook Solehah Shamsuddin @ instagram Solehah Shamsuddin supaya tak terlepas join. Join jangan tak join!

1 comment:

  1. Akak belum berkesempatan nak shopping kat sgshop lg..bru duk recce2

    ReplyDelete