Monday, January 23, 2017

Donut Hipster Viral Di Kuala Kangsar, Perak

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang saya belajar di Kuala Kangsar dan sebelum saya menamatkan semester akhir pada tahun ini, maka sekarang ni saya sedang mencari semua tempat makan yang best di sini. Bukan apa, nanti bila dah balik Teluk Intan tak adalah kempunan memacam di sini. Nak dijadikan cerita, dah lama saya kempunan nak makan donut hipster ni. Bukan apa, tengok warnanya tu dah bagi saya tergoda. Dan inilah bentuk donutnya ...



Roomate balik bilik. Sekali nah dia belikan donut viral ni haa. Ni surprise ke apa ntahla. Akhirnya hilang kempunan saya harini. Donut ni korang boleh rasa di Kuala Kangsar saja tau. Rugi sesapa yang tak rasa lagi. Meh cepat beli! <3 #donut🍩#donutviral #kualakangsar #perak


Tengok ni, roomate saya tersangat sweet. Dia belikan donut banyak cenggini haa. Allahu, rasa terharu sesangat. Macam tau saja akaknya ni tengah kempunan. Adik Baiah, tenkiu ye sebab bagi akak rasa donut-donut ni. Saya cuma makan donut perasa pandan dan blueberry saja. Perasa hat lain, saya bagi orang lain makan. Satu donut ni dijual dengan harga standard, RM0.50 sahaja. Murah kan? Apa kata jomla beli bebanyak. Lokasi jualan di gerai niaga Mini Area Chandan Puteri. Sapa yang tak tahu kedudukan lokasi donut ni dijual, meh pm Facebook saya.

6 comments:

  1. pewarna je lebih kot? huhu..takut gak nak makan warna warni tu..hehe

    ReplyDelete
  2. sedap tak dik? kat jb tak jumpe lagi nie..

    ReplyDelete
  3. Macam banyak pewarna ja ni hehe.
    singgah sini dan follow ya.
    jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  4. comelnye donut dia. Murah pulak tu.

    ReplyDelete