Monday, January 23, 2017

Donut Hipster Viral Di Kuala Kangsar, Perak

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang saya belajar di Kuala Kangsar dan sebelum saya menamatkan semester akhir pada tahun ini, maka sekarang ni saya sedang mencari semua tempat makan yang best di sini. Bukan apa, nanti bila dah balik Teluk Intan tak adalah kempunan memacam di sini. Nak dijadikan cerita, dah lama saya kempunan nak makan donut hipster ni. Bukan apa, tengok warnanya tu dah bagi saya tergoda. Dan inilah bentuk donutnya ...



Roomate balik bilik. Sekali nah dia belikan donut viral ni haa. Ni surprise ke apa ntahla. Akhirnya hilang kempunan saya harini. Donut ni korang boleh rasa di Kuala Kangsar saja tau. Rugi sesapa yang tak rasa lagi. Meh cepat beli! <3 #donut🍩#donutviral #kualakangsar #perak


Tengok ni, roomate saya tersangat sweet. Dia belikan donut banyak cenggini haa. Allahu, rasa terharu sesangat. Macam tau saja akaknya ni tengah kempunan. Adik Baiah, tenkiu ye sebab bagi akak rasa donut-donut ni. Saya cuma makan donut perasa pandan dan blueberry saja. Perasa hat lain, saya bagi orang lain makan. Satu donut ni dijual dengan harga standard, RM0.50 sahaja. Murah kan? Apa kata jomla beli bebanyak. Lokasi jualan di gerai niaga Mini Area Chandan Puteri. Sapa yang tak tahu kedudukan lokasi donut ni dijual, meh pm Facebook saya.

Sunday, January 22, 2017

Blog Solehah Shamsuddin Menjelajah Ke Eiffel Tower, Paris

Assalamualaikum.

Pertama sekali baca tajuk, amboi gempak kemain bak hang.  Tapi memang betul pun blog ini dah menjelajah ke ibu kota cinta, Paris. Hanya tuan empunya blog saja belum menjelajah ke bumi Paris. Ok sebelum saya teruskan entri ini, pertama sekali saya nak minta maaf kepada semua follower dan reader saya kerana membiarkan blog ini sunyi tanpa entri. Tapi saya rasa blog ini tak sunyi pun, sebab bila saya tengok keyword yang sampai ke blog ini, ada sesetengah entri yang masih hot sehingga sekarang.

Berbalik kepada tajuk entri, saya nak ucapkan terima kasih kepada Faizal Fredley kerana sudi membawa blog saya dan blog rakan-rakan blogger yang lain ke Paris. Bermula dari encik Faizal buka peluang untuk kami semua sertakan link blog memasing untuk snap pic blog di hadapan banggunan yang kami idamkan, masa tu saya rasa inilah masa yang saya impikan selama ni. Walaupun blog saya dah jejak ke bumi Paris, tapi impian saya untuk jejak kaki ke sana juga mendalam. Dan inilah gambarnya ...


Update from my insta:


Taraa! Blog dah sampai Paris, tapi ownernya belum sampai lagi! Terima kasih @faizalfredley kerana bawa blog saya menjelajah ke ibu kota cinta Paris ✈️🇫🇷 #EiffelTower #Paris


Blogger-blogger sekalian, boleh saya tau sapa lagi blogger yang request pada En.Faizal Fredley? Share link entri korang di komen entri ini ye. Tenkiu.