Assalamualaikum.
Pertama sekali, maaf sesangat saya dah jarang update blog ini kerana saya lebih utamakan apa yang lebih utama. Berkenaan dengan tutorial haritu yang saya janjikan dalam Facebook, di sini saya sediakan entrinya. Seperti biasa kepada sesiapa yang tak paham mengenai tutorial ini, ajukan soalan pada saya ye. Jangan diam-diam malu pula. Okay nah cuba dulu ye. Ini untuk Microsof Word 2007.
1. Buka link di SINI. Selepas itu, klik 'Download'.
2. Selepas itu, install software yang didownload tadi.
3. Di bahagian depan taskbar laptop/komputer, di sebelah kanan bawah ada setting language kan. Pastikan setting language laptop/komputer sudah diset kepada AR (Saudi Arabia). Jika setting language "jawi-keyboard-sirim" tidak keluar, restart laptop/komputer semula.
4. Selesai restart, tengok semula di depan taskbar laptop bahagian language. Nanti akan ada "jawi-keyboard-sirim". Klik padanya.
5. Buka microsoft word. Memandangkan pelekat jawi Melayu tidak dijual lagi, gunakan software "On-screen keyboard" yang sudah sedia ada dalam laptop/komputer masing-masing sebagai panduan untuk korang menaip huruf jawi. Untuk menaip huruf jawi, huruf-huruf jawi akan muncul apabila butang Shift ditekan (pada keyboard).
Contoh menaip : KUCING
Kaf Wau Cha Ya Nga : Kaf (;) Wau (,) Cha (Shift+a) Ya (n) Nga (Shift+s)
Boleh ke kawan-kawan semua? Kalau tak boleh, inform saya ye. Mungkin ada sesetengah laptop tidak boleh menggunakan software ini. Kepada sesiapa yang tidak boleh install tu, maafkan saya sebab tidak boleh tolong. Kalau ada versi lain nanti, saya akan inform lain ye. Selamat mencuba.

No comments:
Post a Comment