Assalamualaikum.
Atas kehendak ramai yang teringin nak buat flower pot ice cream ini, dengan rela hati terbuka saya post resepi aiskrim flower pot ini ke dalam blog saya. Resepi ini sangat mudah kerana tidak perlu menggoreng, merebus ataupun sebarang aktiviti memasak. Jom cuba, jom cuba. Mudah sangat.
Bahan-Bahan
2. Cawan polysterin (beli yang saiznya muat dimasukkan ke dalam pasu ini).
3. Aiskrim jagung (perisa terpulang pada kehendak individu).
4. Biskut oreo.
5. Daun pudina (sebagai hiasan).
Langkah-Langkah
2. Lepas itu, ambil aiskrim jagung dan masukkan ke dalam cawan polysterin tadi. Aiskrim jangan terlalu banyak sangat sebab nanti nak tabur biskut oreo di atas aiskrim.
3. Kemudian hancurkan biskut oreo dengan tangan dan taburkan di atas aiskrim.
4. Letakkan daun pudina di tengah atas sebagai hiasan umpama ada daun yang sedang tumbuh.
5. Siap. Mudah, ringkas dan cepat. Cubalah rasa. Sedap tidak terhingga. Selamat mencuba.
sedap nampak ^_^ http://ijahoney.blogspot.com/
ReplyDeletehuwaaaaa nak tryyyy .. slalu nina buat float je .. eskem campo ngn air coke ..
ReplyDeletesimple sangat resepi nya hehe...thanks share
ReplyDelete