Penglibatan : Murid-Murid SK Kampong Bahagia dan SK Pengkalan Ara
Tarikh : 31 Oktober 2014 - 2 November 2014
Tempat : Pusat Kokurikulum Pulau Pangkor, Perak
Antara Aktiviti Yang Dijalankan :
* Berkayak
* Flying Fox
* Memasak (Ikhtiar Hidup) : Buat Onde-Onde dan Masak Air Teh
* Belajar Tatacara Urus Majlis Rasmi
* BBQ
Di antara semua aktiviti di atas, saya paling suka aktiviti memasak dan belajar tatacara urus majlis rasmi. Nampak macam mudah nak memasak onde-onde tetapi sebenarnya yang paling mencabar ialah ketika memasak, angin terlalu kuat sehinggakan api selalu padam. Saya juga ada bantu murid-murid nyalakan api dan yang paling seronok sekali apabila mereka memanggil saya cikgu (walaupun sebenarnya saya bukan cikgu). Rupanya seronok juga bila jadi cikgu sementara inikan. Kumpulan yang saya tolong itulah yang paling banyak dapat masak onde-onde. Tahniah adik-adik semua. Belajar tatacara urus majlis rasmi pun seronok juga. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu cara nak uruskan majlis, sebab itulah saya join aktiviti murid-murid ini. Rupanya banyak perkara yang dilarang untuk dilakukan dalam majlis rasmi dan sekarang saya sudah tau apakah do dan dont's dalam majlis rasmi.
Kesimpulan yang saya dapat belajar dari perkhemahan ini adalah kesemua yang menyertai perkhemahan ini perlu ada jati diri dan ketahanan yang kuat. Jika kedua-kedua ciri ini tiada dalam diri, sudah tentu murid-murid ini tidak dapat menghabiskan perkhemahan ini dengan jayanya. Tahniah semua.
wah..bestnya!
ReplyDelete