Assalamualaikum.
Korang ada masalah dengan kesuntukan masa untuk update entri blog? Kepada sesiapa di sini yang ada masalah dengan masa untuk update entri, sila baca entri ini ye.
Pada mulanya, saya tidak pernah terdetik untuk install applikasi Blogger ini. Tetapi sejak saya ada masalah dengan masa dan kesusahan untuk sentiasa membawa laptop ke sana-sini untuk update entri blog dan ditambah pula dengan kesibukan saya sebagai pelajar, jadi saya mengambil insiatif untuk install applikasi ini di dalam hp saya. Jadi pabila ada waktu lapang, saya akan cuba menaip entri sedikit demi sedikit supaya siap satu entri yang ingin di'share'.
Dengan terhasilnya entri ini, adalah usaha saya supaya tidak menyepikan blog saya dari pengunjung setia blog saya. Oleh itu, kepada sesiapa yang nak install apps Blogger ini, hanya klik di SINI.
nad pun guna ni..tapi awat macam lain je..hehee
ReplyDelete