Tuesday, October 28, 2014

Akaun Facebook Peserta Da'i Pendakwah Milenia Musim Kedua

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta Da'i Pendakwah Milenia Musim Kedua yang berjaya menjayakan program ini dengan jayanya. Walaupun saya tidak dapat menonton program ini pada setiap siri dan juga pada episod terakhirnya, tetapi saya masih menonton program ini di Tonton. Rasanya belum terlambat lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Da'i Nik Ahmad Farhan yang menjadi juara untuk Da'i Pendakwah Milenia Musim Kedua. Tahniah juga buat Da'i Ammar (pemenang kedua) dan Da'i Izzhar (pemenang ketiga).

Ada orang bagitau saya, saya sudah friend dengan kesemua peserta Da'i Musim Kedua ini. Ermm, sebenarnya tidak. Hanya Da'i Ammar, Da'i Izzhar, Da'i Wan, Da'i Elyas dan Da'i Dayana sahaja yang sudah. Yang lain belum accept friend request. Jadi kepada sesiapa yang teringin nak berkenalan dengan mereka, bolehlah cuba add Facebook mereka ini.


Kemungkinan untuk menghantar friend request ke Facebook mereka ini sudah penuh. Jadi kawan-kawan semua boleh follow ataupun like fanpage, twitter dan instagram mereka yang ada disertakan dalam fanpage Da'i Pendakwah Milenia TV3.

Friday, October 17, 2014

Update Entri Blog Dengan Blogger Apps

Assalamualaikum.

Korang ada masalah dengan kesuntukan masa untuk update entri blog? Kepada sesiapa di sini yang ada masalah dengan masa untuk update entri, sila baca entri ini ye.


Pada mulanya, saya tidak pernah terdetik untuk install applikasi Blogger ini. Tetapi sejak saya ada masalah dengan masa dan kesusahan untuk sentiasa membawa laptop ke sana-sini untuk update entri blog dan ditambah pula dengan kesibukan saya sebagai pelajar, jadi saya mengambil insiatif untuk install applikasi ini di dalam hp saya. Jadi pabila ada waktu lapang, saya akan cuba menaip entri sedikit demi sedikit supaya siap satu entri yang ingin di'share'.



Dengan terhasilnya entri ini, adalah usaha saya supaya tidak menyepikan blog saya dari pengunjung setia blog saya. Oleh itu, kepada sesiapa yang nak install apps Blogger ini, hanya klik di SINI.



Kepada sesiapa yang tidak tahu bagaimana untuk menggunakan applikasi ini, sila inbox Facebook saya dan saya akan cuba beri tunjuk ajar.

Monday, October 13, 2014

Happy Sweet 24th, My Sweetheart

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to my sweetheart,
Happy Birthday to you.

  
Selamat hari lahir yang ke-24, buah hatiku. Wah, dah masuk 24 tahun buah hati saya ini. Sekejap saja masa berlalu dan pejam celik semua sudah 7 bulan kita berkenalan. Alhamdulillah Allah masih menjaga perkenalan kita ini dan semoga Allah sentiasa menjaga kita berdua selama kita berkenalan. Dengan entri ini saya buat untukmu. Baca sampai habis ye, buah hatiku.


Untuk buah hati tersayang. Sudah lebih 7 bulan kita berkenalan dan kita juga pernah bergaduh, pernah menangis, pernah merajuk, pernah marah dan pernah tersinggung hati. Tapi oleh kerana hati ini mudah memaafkan orang, semua kesalahan itu mudah dilupakan dan sudah luput dalam ingatan. Tapi ada sesuatu yang paling tidak boleh dilupakan ialah saat kita berkenalan. Pada mula-mula saya menjawab panggilan telefon daripada awak, awak dah kena marah dengan saya. Bukan apa, ini semua salah saya kerana terlupa nak save nombor awak. Garangkan saya pada waktu tu? Hehehe...


Tetapi apa yang pasti, sebenarnya bukan dari sini kita berkenalan. Tetapi semuanya bermula dari blog saya ini. Terima kasih kerana berani contact saya, terima kasih kerana selalu pujuk saya, terima kasih kerana selalu mendengar masalah saya dan terima kasih kerana selalu menenangkan hati saya. Pada mulanya saya fikir, mampukah awak bertahan dengan saya selama ini. Tetapi rupanya awak lebih tau penawar segalanya yang selalu awak gunakan untuk mententeramkan saya.


Maaf kerana tiada hadiah barangan berharga yang boleh diberikan. Akan tetapi saya hanya mampu berikan kenangan terindah buat awak selagimana saya boleh berikan. Saya berdoa semoga awak dimurahkan rezeki, sentiasa maju jaya dan semoga perkenalan kita kekal selamanya. Belajar rajin-rajin ye :)

Sunday, October 12, 2014

Buffered Earnings Ke-13, 14, 15, 16, 17, 18 & 19

Assalamualaikum.

BE that still running... RWG - Ice Age Adventure, SUNSILK Silhouette, RHB Now - Let's Transaction, Proton PCC, SME Micro Finance, Zurich Insurance Contest.

BE credited... Sanofi Lactacyd Phase 2. Credited for zero.

If you see all those BE in my blog, please click for me. Thanks Nuffnang for the new BE. I hope the new BE can earn more earnings. Go go Nuffnang.

Saturday, October 11, 2014

Setiap Kesakitan Itu Pasti Ada Penawarnya

Assalamualaikum.

Ini pertama kali saya post entri guna apps Blogger. Jadi jika entri ini elok, kemungkinan selepas ini saya akan cuba update entri guna hp ASUS saya ini saja.

Berkenaan entri semalam, saya ada bagitau yang sekarang ini saya dalam cuti rehat. Sebenarnya saya sakit... Eh2, nantilah dulu. Saya cerita dari awal ye. Pada bulan lepas, saya tahu yang pada dada saya ada tumbuh sesuatu yang pelik. Ketumbuhan itu kecil. Tapi selepas saya makan ketam, tiba-tiba saya terasa di kawasan situ gatal. Merah juga jadinya. Semakin hari makin membesar. Saya tak adalah syak apa-apa kerana saya selalu berfikiran positif. Akan tetapi yang paling merungsingkan saya, tiba-tiba tumbuh bisul pada ketumbuhan tu. Ya Allah, punyalah tak lena tidur saya jadinya. Sampai saya mesej mama dan bagitau perkara ni. Mama telefon saya dan suruh saya balik. Esoknya saya terus balik. Nak dijadikan cerita, saya balik pada hari rabu lepas. Jadi kesakitan ini terasa pada hari Selasa lepas. Kira sudah 3 hari saya berada di rumah.

Rabu (Pagi) : Selepas saya habis kelas (kelas batal), saya terus packing beg dan menunggu kedatangan mama dan abah untuk ambil saya dengan kereta. Saya tak sangka, itulah pertama kali saya jadi selemah-lemahnya. Nak angkat beg dan buku pun asyik jatuh saja ketika saya nak pergi ke kelas dan pulang dari kelas. Nasiblah ada kawan saya, dialah tolong saya angkatkan buku dan nasihat saya supaya bertahan. Ini kerana sakit saya itu membuat saya terlalu lemah.

Sesampainya mama dan abah di hadapan asrama, saya mesej abah untuk angkat beg saya. Saya nampak terdapat linangan airmata dari mata abah ketika jumpa saya. Masuk saja kereta, nampak mama pula baru lepas menangis. Dalam hati saya, saya cuba tenangkan diri untuk berfikiran positif. Jadi dalam kereta, saya cuba menahan airmata kerana terlalu sakit dan sebolehnya saya taknak menangis di hadapan mama dan abah. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, saya cuba tidur dan Alhamdulillah Allah beri saya tidur yang lena.

Keesokan pagi hari Khamis, mama bawa saya ke hospital dan saya hanya dirawat di bahagian pesakit luar. Doktor menyuruh saya untuk check darah dan Alhamdulillah tiada apa-apa yang negatif. Doktor hanya beri ubat demam, antibiotik, ubat bengkak dan ubat tahan sakit. Cuma saya pelik, ketumbuhan apa yang ada pada dada saya. Disebabkan saya ingin tahu, saya pergi ke klinik pula. Dan dari klinik, saya baru dapat jawapan. Sebenarnya ketumbuhan itu kemungkinan datang dari saya kecil dulu tapi ia membesar sekarang. Doktor menamakannya sebagai kiloits. Eh betul ke ejaanya ni? Asalkan namanya sama je tau. Jadi ketika di klinik itu, doktor pecahkan bisul dan biarkan ketumbuhan itu. Doktor bagitau, jika ia membesar lagi, tolong bagitau dia. Ok doktor.

Kesimpulannya di sini, penyakit saya tidak merbahaya jika tidak terlalu besar dan jika ia membesar, ia akan membuat saya lebih sakit. Jadi operation bergantung pada tahap ketahanan saya. Tetapi apa yang saya tau, kadang-kadang ketumbuhan ini menyakitkan saya dan kadang-kadang tidak. Jadi rasanya, saya dah lali dengan kesakitan. Sebab itu saya tidak kisah dan tidak mahu buat operation. Apa-apapun, saya berharap kawan-kawan doakan saya supaya sakit ini beransur reda. Biiznillah.




Friday, October 10, 2014

Muncul Kembali

Assalamualaikum.

Long time no see my blog. Hampir sebulan juga saya tidak update blog saya dan terasa kekok juga mulanya bila nak sambung update. Fuhhh baru sekarang ada masa nak mengadap blog ini. Biasalah, student life. Sejak saya bergelar degree student ni, nak buka laptop pun tiada masa. Dengan assignment banyak lagi tak buat, rasa nak menangis pun ada. Kelas memanjang, nak buat assignment pun haru-biru lagi. Kalau nak kata saya perlu buang semua stress memikirkan assignment dan exam yang tiada kesudahan lagi ini, rasanya masih tak boleh lagi. Ini pun saya curi-curi masa supaya tak adalah nanti tercatat rekod yang sudah sebulan saya tidak update blog. Mana boleh begitu, saya kan blogger tegar. Blogger tegar mestilah sentiasa update. Harap status blogger tegar itu masih sesuai untuk saya. (sebenarnya dah tak layak. hahaha...)

Nak dijadikan cerita, pada mula saya mendaftar semester 1 sehinggalah sekarang ini saya masih tiada masa terluang. Nak shopping online pun tak menyempat. Kepada pelawat setia blog saya, pasti tau saya seorang pelanggan tegar online shop. Setiap kali update, mesti mengenai shopping. Kan3? Tetapi rasanya, selepas ini kemungkinan saya akan kongsikan serba sedikit mengenai subjek ataupun pelajaran yang saya belajar untuk semester 1 ini. Jadi, nanti kita bolehlah berkongsi ilmu sesama kita semua. Bolehkan kawan-kawan? :)

Sebenarnya tujuan sebenar saya update entri ini adalah kerana ingin menceritakan sesuatu yang terjadi pada saya sekarang. Dan sejujurnya sekarang ini saya dalam cuti rehat kerana sakit. Mengenai sakit saya ini, saya ceritakan esok ye. Manalah tau korang ada sakit yang sama macam saya. Bila fikirkan mengenai penyakit saya ini, hanya Allah yang tahu betapa kuatnya saya untuk menanggungnya.

Sakit itu nikmat,
Sakit itu penghapus dosa (kafarah),
Sakit itu ujian,
Sakit itu bukti cinta Allah,
Sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu.

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya.