Friday, August 29, 2014

Tips : Cara Mengesan Sifat Sabar Anak-Anak

Assalamualaikum.

Tips yang ingin saya kongsikan ini adalah untuk diuji pada anak-anak. Sebelum ini, saya pernah share tips ini di Facebook saya ketika di bulan Ramadhan. Jadi untuk mengesan samada mereka bersifat sabar atau sebaliknya, saya harap para ibu bapa yang baca tips ini akan baca tips ini sehingga habis.

Satu kajian telah dijalankan di Stanford University sekitar tahun 1960-an yang berkaitan dengan kesabaran iaitu “Ujian MarshMallow”. Dalam ujian ini, sekumpulan kanak-kanak yang kebanyakan anak kepada penuntut-penuntut pasca ijazah dan tenaga pengajar dikumpulkan di dalam sebuah bilik. Mereka dijanjikan 2 buah MarshMallow jika mereka sanggup menunggu 15 minit sehingga petugas kembali ke bilik tersebut. Namun jika mereka enggan, mereka hanya akan diberikan 1 buah marshmallow sahaja. Lebih kurang 1/3 daripada kanak-kanak kecil menunggu 15 minit sehinnga petugas kembali dan diberi 2 buah marshmallow, sementara selebihnya terus menerpa ke arah marshmallow sebaik sahaja petugas keluar “bertugas”, walaupun mereka tahu mereka hanya diperuntukkan 1 marshmallow sahaja.

Kemudian, kedua-dua golongan kanak-kanak ini diselidiki setelah 10 tahun berlalu. Dan perbezaan yang ditunjukkan oleh kedua-dua golongan ini benar–benar ketara. Di satu pihak, kanak–kanak yang “menerpa” ke arah marshmallow sebaik sahaja petugas keluar, membesar menjadi pelajar yang kurang positif. Mereka mudah mendapat “tekanan (stress)”, diselubungi oleh perasaan curiga dan juga iri hati dan cemburu. Mereka menjauhi hubungan sosial dan dibebani perasaan ragu dan keras kepala.

Di satu pihak lagi, kanak-kanak yang sabar menunggu sehingga petugas kembali, lantas mendapat 2 biji marshmallow menunjukkan peribadi yang sebaliknya. Mereka cemerlang dalam hubungan sosial, mempunyai tingkahlaku positif yang lebih baik, tidak surut di bawah beban tekanan (stress), dan mempunyai keupayaan mengendalikan diri yang lebih. Mereka kurang tertekan, tidak mudah rosak akhlaknya dan juga tidak mudah menyerah kalah. Dari segi prestasi kedua-dua golongan ini juga berbeza. Dalam peperiksaan SAT juga berbeza. Golongan kanak–kanak yang kurang sabar hanya mendapat purata nilai markah 500 lebih sahaja untuk kepintaran linguistik dan matematik, tetapi golongan kanak – kanak yang sabar berjaya mendapat purata nilai markah 600 lebih. Nah, beginilah istimewanya individu yang sabar.


* Ujian ini menunjukkan tahap kesabaran seseorang anak kecil untuk bersabar mendapatkan sesuatu yang benar-benar dia inginkan pada waktu tersebut. Ujian ini sesuai dijalankan kepada anak-anak kecil yang berumur bawah dari 5 tahun. Cubalah uji pada anak-anak dan lihatlah hasilnya.

No comments:

Post a Comment