Sunday, August 31, 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57, Malaysia

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Alhamdulillah, sudah 57 tahun Malaysia merdeka. Terima kasih ya Allah kerana masih beri keamanan kepada Malaysia sehingga kini. Walaupun kita hidup dengan pelbagai bangsa dan Agama dalam sebuah negara Malaysia yang kecil ini tetapi dengan semangat kita cintakan keamanan, Malaysia masih kekal aman dan bahagia sehingga sekarang. Bersyukurlah kita semua rakyat Malaysia kerana kita dilahirkan dalam sebuah negara yang aman dan sentosa. Semoga perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia akan kekal selamanya.

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.
Selamat Hari Kemerdekaan Ke-57, Malaysia.

Saturday, August 30, 2014

Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya 2014

Assalamualaikum.

Pada 24 Ogos 2014, saya dan keluarga telah mengadakan jamuan rumah terbuka Hari Raya 2014. Menu utama : nasi arab dan ayam goreng berempah. Menu lain-lain : nasi impit, rendang daging, kuih serimuka pandan, air sirap, air teh, kuah durian, roti, pisang, dokong, rambutan, tembikai dan biskut raya. Jamuan diadakan pada pukul 2 petang - 7 petang.






Alhamdulillah, ramai juga tetamu yang hadir. Terima kasih kepada saudara-mara, jiran tetangga, guru-guru sekolah mama, kawan-kawan sepejabat abah dan kawan-kawan saya Ain Naa, Shuhada Mohamed Abdul Hadi, Shera Azamli, Nurul Hidayanti dan Syed Zainuddin Isa yang datang ke rumah terbuka kami. Terima kasih kerana meramaikan suasana rumah terbuka umpama kenduri kahwin. Maaf andai ada yang terkurang daripada kami. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Friday, August 29, 2014

Tips : Cara Mengesan Sifat Sabar Anak-Anak

Assalamualaikum.

Tips yang ingin saya kongsikan ini adalah untuk diuji pada anak-anak. Sebelum ini, saya pernah share tips ini di Facebook saya ketika di bulan Ramadhan. Jadi untuk mengesan samada mereka bersifat sabar atau sebaliknya, saya harap para ibu bapa yang baca tips ini akan baca tips ini sehingga habis.

Satu kajian telah dijalankan di Stanford University sekitar tahun 1960-an yang berkaitan dengan kesabaran iaitu “Ujian MarshMallow”. Dalam ujian ini, sekumpulan kanak-kanak yang kebanyakan anak kepada penuntut-penuntut pasca ijazah dan tenaga pengajar dikumpulkan di dalam sebuah bilik. Mereka dijanjikan 2 buah MarshMallow jika mereka sanggup menunggu 15 minit sehingga petugas kembali ke bilik tersebut. Namun jika mereka enggan, mereka hanya akan diberikan 1 buah marshmallow sahaja. Lebih kurang 1/3 daripada kanak-kanak kecil menunggu 15 minit sehinnga petugas kembali dan diberi 2 buah marshmallow, sementara selebihnya terus menerpa ke arah marshmallow sebaik sahaja petugas keluar “bertugas”, walaupun mereka tahu mereka hanya diperuntukkan 1 marshmallow sahaja.

Kemudian, kedua-dua golongan kanak-kanak ini diselidiki setelah 10 tahun berlalu. Dan perbezaan yang ditunjukkan oleh kedua-dua golongan ini benar–benar ketara. Di satu pihak, kanak–kanak yang “menerpa” ke arah marshmallow sebaik sahaja petugas keluar, membesar menjadi pelajar yang kurang positif. Mereka mudah mendapat “tekanan (stress)”, diselubungi oleh perasaan curiga dan juga iri hati dan cemburu. Mereka menjauhi hubungan sosial dan dibebani perasaan ragu dan keras kepala.

Di satu pihak lagi, kanak-kanak yang sabar menunggu sehingga petugas kembali, lantas mendapat 2 biji marshmallow menunjukkan peribadi yang sebaliknya. Mereka cemerlang dalam hubungan sosial, mempunyai tingkahlaku positif yang lebih baik, tidak surut di bawah beban tekanan (stress), dan mempunyai keupayaan mengendalikan diri yang lebih. Mereka kurang tertekan, tidak mudah rosak akhlaknya dan juga tidak mudah menyerah kalah. Dari segi prestasi kedua-dua golongan ini juga berbeza. Dalam peperiksaan SAT juga berbeza. Golongan kanak–kanak yang kurang sabar hanya mendapat purata nilai markah 500 lebih sahaja untuk kepintaran linguistik dan matematik, tetapi golongan kanak – kanak yang sabar berjaya mendapat purata nilai markah 600 lebih. Nah, beginilah istimewanya individu yang sabar.


* Ujian ini menunjukkan tahap kesabaran seseorang anak kecil untuk bersabar mendapatkan sesuatu yang benar-benar dia inginkan pada waktu tersebut. Ujian ini sesuai dijalankan kepada anak-anak kecil yang berumur bawah dari 5 tahun. Cubalah uji pada anak-anak dan lihatlah hasilnya.

Thursday, August 28, 2014

Tutorial : Video Youtube Ditukar Kepada Mp3

Assalamualaikum.

Ada yang tanya saya, bagaimana saya boleh dapat mp3 untuk lagu-lagu yang baru. Maklumlah kadang-kadang itu, belum cukup sehari lagu itu dikeluarkan, saya sudah ada lagu mp3. Sebenarnya saya convert lagu-lagu tu ke mp3. Selalunya, lagu-lagu baru ini akan diupload dalam Youtube dulu. Jadi mudah sajekan nak download. Tidak perlu tunggu lama. Tetapi saya tidak berapa suka download mp3 yang sudah ditukarkan ini kerana kualiti suara jadi kurang. Jadi, kebanyakan lagu dalam laptop saya ini menggunakan album original. Sebab itulah akaun 4shared saya selalu dibanned kerana saya suka upload album original. Oleh kerana itu, sekarang ini saya sudah jarang upload lagu baru di dalam akaun 4shared saya. Nak convert video Youtube ke mp3 mudah sahaja. Apa kata follow langkah-langkah di bawah.

1. Buka Youtube dan carilah video yang nak di'convert'kan ke mp3. Setelah itu, copy link video Youtube itu.

2. Kemudian, klik link SINI.

3. Ikut arahan yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah.



4. Klik "Download" seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah.


5. Download akan dimulakan secara automatik. Tunggu sehingga proses download siap. Mudahkan? Apa lagi, lepas ini korang bolehlah cuba buat. Senang saje.

Wednesday, August 27, 2014

Kepada GSF Sekalian, Gathering Kedua Kita Bakal Diadakan Pada Bulan Disember Ini

Assalamualaikum.

Perhatian kepada semua ahli Group Segar Follower (GSF) sekalian, Big Boss kita iaitu Mama Arina dengan berbesar hati menyuarakan pendapat sekali lagi pada kita semua untuk menganjurkan GSF Gathering buat kali kedua. Kali pertama dulu kita mengadakannya di Melaka dan pada kali ini Big Boss mencadangkan kita buat gathering lagi bertempat di Langkawi, Kedah.

Gathering kedua ini bakal berlangsung pada 25 hingga 28 Disember 2014 (Khamis-Ahad) iaitu 4 hari 3 malam. Kepada ahli GSF yang nak join, sila lapor diri pada Big Boss kita Mama Arina Craft pada hari Sabtu ini. Kepada sesiapa yang masih belum dapat membuat keputusan, boleh lapor diri pada Mama Arina Craft selewatnya pada hari Isnin depan. Kepada ahli GSF yang join gathering ini di Langkawi, wajib tempah baju khas gathering kita. Kepada ahli GSF yang tidak dapat join gathering ini, boleh juga tempah baju ini. Sesiapa yang nak tempah baju boleh bagitau pada Kinara Kinatara.

Mengenai penempatan untuk bermalam pula, saya ada mencadangkan Mama Arina Craft untuk bermalam di The Cabin, Langkawi. Mama Arina ada beri cadangan juga kita bermalam 3 hari 2 malam di The Cabin, Langkawi dan 1 hari 1 malam terakhir gathering bermalam di The Gemalai Village, Langkawi.

Mengenai pemilihan saya di The Cabin, Langkawi kerana harga sebilik untuk 1 malam ialah RM169+breakfast, 10 minit dari lapangan terbang, 40 minit dari jeti Kuah, berdekatan dengan Underwater World, 2 minit dari Pantai Cenang, Langkawi dan berdekatan dengan tempat membeli-belah dan kedai makan. Saya juga memilih The Cabin ini kerana ingin mengurangkan penggunaan transport dan juga melihat pada kriteria penempatan yang Big Boss cadangkan. Mengenai The Gemalai Village pula kita hanya tempah 2 bilik sahaja iaitu bilik untuk lelaki dan bilik untuk perempuan.

Apa pendapat ahli GSF semua, korang setuju pada cadangan ini ataupun ada cadangan lain? Jika ada sesiapa yang ingin beri cadangan selain ini, sila contact Big Boss kita ataupun chat sahaja di Facebook Coversation Group kita.

Kepada para readers yang baca entri saya ini, saya juga ingin bertanyakan kepada kalian. Chalet/resort/hotel/motel ataupun penginapan mana lagi yang berbaloi dari semua ini? Mohon beri cadangan kepada kami dengan hanya komen entri saya ini. Terima kasih.

Tuesday, August 26, 2014

Dapat Sampel Lactacyd

Assalamualaikum.

Siapa nak sampel lagi, boleh baca entri ini. Sebenarnya sampel-sampel yang saya post dalam blog ini bukannya saya dapat serentak tau. Tetapi saya sengaja post entri sampel ini secara bersusun. Nanti tak adalah orang tercari-cari entri sampel saya. Bukan apa, kadang-kadang ada juga orang yang suka tebus sampel macam saya. Sudah sampel ini percuma. Jadi tebus sajelah. Bukannya guna duit pun. Jadi bila ada peluang begini, tebuslah sampel-sampel ini selagi ada.


Kali ini saya dapat sampel Lactacyd. Jika tak silap saya, Lactacyd ini sengaja bagi sampel ini pada saya kerana sampel mereka yang dulu masih banyak. Oleh kerana tiada siapa yang tebus lagi, mereka hantar lagi sekali kepada yang pernah tebus sampel ini. Kepada sesiapa yang nak sampel Lactacyd juga, sila layari laman web Lactacyd.

Monday, August 25, 2014

Dapat Sampel Deodorant Dove

Assalamualaikum.

Saya ingatkan saya tidak akan dapat deodorant Dove ini sebab pada masa saya tebus itu punyalah internet saya perlahan sungguh. Nak submit nama dan alamat pun susah. Rupanya dah submit borang tu, siap tekan banyak kali butang submit tau. Harap Dove tak adalah dapat banyak request sampel ini daripada saya. Bukan apa, risau juga nanti bertalu-talu Dove hantar sampel ini ke rumah. Kalau dapat banyak, itu namanya rezeki lebih. Hehe...


Bau deodorant ini wangi sangat. Yang penting, setelah apply deodorant ini ke Cik Katty terus rasa segar. Rasa macam baru lepas mandi je sentiasa. Deodorant ini untuk memutihkan Cik Katty akibat selalu cukur. Jadi kepada sesiapa yang nak, bolehlah cepat-cepat tebus sampel Dove ini sebelum sampel ini tamat. Boleh layari Fb Dove untuk penebusan sampel.

Sunday, August 24, 2014

Dapat Sampel Listerine

Assalamualaikum.

Sejujurnya saya dah tak ingat bila saya request sampel ini. Tengok sekali pos Airpak yang bagi. Bukan apa, selalunya kalau sampel-sampel ini mereka hanya guna pos biasa. Rajinnya Listerine pakai guna pos begini, terima kasih Listerine.



Jika tak silap saya, rasanya saya dapat Listerine ini sebab dapat jawab soalan. Entahlah, saya sendiri dah tak ingat dari mana saya dapat benda ini. Yang penting sudah selamat sampai dan dapat cuba Listerine ini. Best tau.

Saturday, August 23, 2014

Dapat Hadiah Hari Jadi Daripada Kak Eca Dwinky Asha

Assalamualaikum.

Terima kasih kak Eca Dwinky Asha kerana sudi beri hadiah hari jadi sweet sebegini untuk Solehah. Baiknya akak, terima kasih akak. Sebelum ini kak Eca pernah minta alamat dan tanya saiz kasut, jadi disebabkan saya tak nak menyusahkan kak Eca jadi saya buat-buat bagitahu tak tahu. Bukan apa, sejak sudah habis sekolah ini saya tidak pernah dapat hadiah hari jadi daripada sesiapa. Ketika di sekolah menengah dulu banyaklah, kerana saya tinggal di asrama. Setiap kali buka locker baju, terus berterabur kad hari jadi. Maklumlah locker baju dulu kan ada lubang, jadi kawan-kawan, junior dan kakak senior saya buat locker baju saya ini macam sampul surat pula. Terharu kot. Entah manalah kad ucapan semua tu ye. Rasa macam nak cari semula. Harap ada lagilah dalam simpanan. Kalau hadiah hari jadi pula, mereka letak di atas katil. Aduh bestnya dulu-dulu. Rasa nak patah balik ke alam persekolahan lagi je ni...


Yeayyy dapat kerongsang Channel daripada kak Eca. Nanti bolehlah kita melaram dengan kerongsang ini. Yang penting, dapat menambahkan koleksi kerongsang peribadi saya. Sayang kak Eca sangat2! :)

Friday, August 22, 2014

Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Negeri Perak Di SMKA Slim River, Perak

Assalamualaikum.

Hari Jumaat yang lepas, saya telah mengikuti mama saya ke SMKA Slim River, Perak untuk melihat anak murid sekolah mama memasuki Pertandingan Kalam Jamaie ataupun dikenali sebagai Koir. Kalam Jamaie disebut dalam bahasa Arab untuk Koir/Choral Speeking. Yang bezanya, Kalam Jamaie ini dipertandingkan dalam Bahasa Arab. Bukan calang-calang sekolah yang boleh masuk tau. Semuanya ada saringan peringkat daerah. Pertandingan kali ini adalah untuk peringkat Negeri Perak.





Okay, di bawah inilah anak-anak murid mama. Berbaju biru dan bertudung pink. Comel-comel semuanya. Baju dan tudung mereka ini dijahit khas oleh seorang ustazah di sekolah mama. Sebab itulah, baju mereka ini cantik belaka.



Mama bersama anak-anak muridnya.
Mama datang ke sini untuk beri semangat kepada mereka.


Yang berbaju ungu di dalam gambar bawah inilah ustazah pembimbing mereka. Tak sangka ustazah ini mampu membawa anak-anak muridnya masuk sehingga ke peringkat Negeri. Terbaiklah ustazah. Pertandingan ini dibuat pada waktu malam, bermula dari pukul 8 malam.





Ramai juga para ibu bapa yang hadir ke sini. Saya datang ke sini dengan tujuan untuk merekod video persembahan Kalam Jamaie anak-anak murid mama. Akan tetapi, disebabkan internet saya tidak berapa laju jadi saya tak dapat upload video itu ke sini. Hanya gambar sajelah jadi tatapan korang ye.



Tangan saya masih sakit selepas menjadi pembantu tanpa gaji untuk merekod video mereka ini. Penat tidak terkata. Yang penting, dengan kehadiran saya ke sini dapat menambah entri blog saya. Eh, mestilah saya share. Saya kan blogger.

Thursday, August 21, 2014

Kurma 'Medjool Dates' Pemberian Sultan Perak

Assalamualaikum.

Saya rasa entri ini sepatutnya sudah lama dipublish sejak awal Syawal, tetapi oleh kerana saya terpaksa beri laluan kepada entri lain terlebih dahulu maka saya publish entri ini lambat dari hari sepatutnya.


Nak dijadikan cerita, kurma ini kami dapat daripada Sultan Nazrin Shah di awal Syawal tahun ini. Pasti korang pelik bagaimana saya dapat kurma ini kan. Sebenarnya kurma ini diberikan kepada semua staff yang rapat dengan OBJ Teluk Intan. OBJ ini singkatan kepada Orang Besar Jajahan. Abah saya berkawan rapat dengan OBJ, jadi OBJ telah beri kurma ini kepada abah. Dan kami sekeluarga dapatlah merasainya.


Kurma ini tidak sama seperti kurma yang kita nampak dijual di kedai tau. Kurma ini bersaiz besar sehinggakan sebiji kurma ini boleh membuatkan kita terus kenyang. Yang penting, sedap tidak terkata. Harga kurma ini adalah... (tak jumpa pula harganya). Teringin pula saya nak cari di kedai, tapi tak jumpa pula. Bila saya google, Alhamdulillah rupanya masih boleh kita beli di Malaysia secara online. Ada satu laman web menjual kurma ini dengan harga RM55 (1 kg), RM105 (2 kg) dan RM150 (3 kg). Mahalkan? Tetapi berbaloi. Alhamdulillah.

Wednesday, August 20, 2014

Beli Novel Cerita Cinta Ahmad Ammar & Buku Rahsia Solat Tahajjud

Assalamualaikum.

Berjaya juga saya dapatkan novel Cerita Cinta Ahmad Ammar ini. Bukan apa, merata saya mencari dan tak ketemu. Tetapi setelah saya cuba mencari novel ini di Kedai Buku Popular di Aeon Manjung, Perak akhirnya dapat juga saya beli novel ini. Novel ini belum habis saya baca, baru separuh saya siap baca. Sebenarnya saya bukan pencinta novel, tetapi saya beli buku ini kerana saya nak tahu kisah hidup Ahmad Ammar. Harga novel ini ialah RM 23.000/SM & RM 26.00/SS. Jom beli, novel ini "bestseller" tau.



Buku Rahsia Solat Tahajjud ini pula, mama saya yang beli. Saya ini hanya tumpang membaca sajelah. Apabila saya di kedai buku, hanya segelintir buku yang saya suka. Buku berunsur ilmiah, keagamaan dan berciri kewanitaan adalah ciri-ciri buku yang saya suka. Korang suka baca buku jenis apa?

Tuesday, August 19, 2014

Jawapan Kepada Persoalan Mengenai Ummaland

Assalamualaikum.

Oleh kerana di Facebook saya terlalu ramai yang inbox saya bagaimana senangnya saya daftar akaun Ummaland ini, jadi saya fikir nak bantu korang jawab sebarang soalan yang mengelirukan mengenai Ummaland.

1. Bagaimana daftar Ummaland?

Jawapan : Sebelum ini saya daftar Ummaland degan menggunakan Apps Store. Terpulang pada semua sama ada mahu daftar melalui laman web ataupun Apps Store. Tetapi apa yang saya tahu, jika daftar akaun Ummaland melalui Apps Store adalah lebih mudah. Jika tidak mahu membebankan memori hp, hanya install Apps Store Ummaland untuk daftar akaun Ummaland ini. Setelah selesai, uninstall semula Apps Ummaland ini. Nanti boleh sign in Ummaland melalui laman web. Mudahkan?

Daftar melalui website.

Daftar melalui Apps Store. Install apps Ummaland ini dan daftar akaun Ummaland.

2. Apakah yang perlu ditulis untuk "Who's your creator"?

Jawapan : Allah.


3. Adakah fungsi Ummaland sama dengan Facebook?


Jawapan : Ya.


4. Apakah id akaun Ummaland saya?


Jawapan : Solehah Shamsuddin


Pada masa sekarang, sudah ada 8 orang kenalan dalam akaun Ummaland saya. Semuanya kenalan baru. Buat masa ini, saya approve semua orang yang add saya kerana saya tahu semua yang add saya adalah orang baik. Tetapi sedang saya refresh home akaun Ummaland saya, saya ternampak di bahagian Friend Suggestions sudah ada pengguna Ummaland yang berani upload gambar tidak menutup aurat. Gambar profile pun gambar tidak bertudung. Jadi kepada sesiapa yang berkenaan, silalah padam gambar itu sebelum saya bagitahu pada pihak Ummaland untuk tutup akaun yang berkenaan.

Jika masih terdapat soalan yang ingin ditanya, sila komen entri ini. Terima kasih.

Monday, August 18, 2014

Berjaya Lagi Menjadi Pemenang Fasa Kedua Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekali lagi bersyukur ke hadrat Allah kerana saya disenaraikan lagi di dalam senarai Pemenang Fasa Kedua Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga. Saya menang lagi dan itulah orang kata rezeki ada di mana-mana. Jika kita rajin, Insya-Allah Allah akan beri. Sejujurnya, entri untuk fasa kedua ini sangat sukar untuk saya buat kerana saya sudah terlalu banyak buat review untuk Ephyra ini sehingga saya sendiri memerah otak untuk melihat perubahan yang dialami saya serta berusaha untuk bekerjasama sekali lagi dengan Ephyra. Terima kasih Ephyra kerana beri kepercayaan sekali lagi pada saya untuk mencuba Ephyra. Dan yang penting, saya pengguna tegar Ephyra.

Untuk kali ini, 10 pemenang telah dipilih. Setiap 10 orang pemenang itu akan diberikan wang tunai RM200 serta cenderahati Ephyra. Cenderahati Ephyra yang dimaksudkan ialah mug Ephyra (edisi terhad). Nanti bila hadiah sudah sampai, saya akan buat entri sekali lagi. Juga tidak dilupakan, saya juga akan mendapat 1 kotak Ephyra (pek percubaan-10 sachet) kerana menjadi 20 peserta terawal yang buat entri review sebelum ini. Alhamdulillah, dapat minum Ephyra lagi.

Semua detail telah diberi, hanya tunggu hadiah sampai ke rumah.
Terima kasih kepada pihak penganjur dan pihak penaja.

Sunday, August 17, 2014

ღ Happy 24th Birthday, My Sweetheart ღ



Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to my sweetheart,
Happy Birthday to you.



Malam tadi sekitar pukul 12.00 pagi setelah saya nyanyikan lagu hari jadi dalam Bahasa Melayu pada seseorang, tiba-tiba airmata saya mengalir tidak terkata. Eh sepatutnya orang yang dapat ucapan yang menangis, tetapi saya pula yang menangis. Biasalah, jika hati sendu beginilah jadinya. Tiada kegembiraan yang dapat digambarkan melainkan hanya berjaya buat orang lain gembira dengan ucapan ikhlas daripada kita.

So, this is my special entry for your sweet birthday.

" There isn't a sweeter soul than you who has been born into this world. Here's to the best day of your year. "

I am so lucky to have a wonderful person like you in my life. Be inspired to keep track of the small happy moments in your day and feel awesome when you with me. You'll find yourself smiling a lot around here. Capturing those precious moments lets you preserve those irreplaceable memories of your loved.

Wednesday, August 13, 2014

Selesai Perbaharui Kad Aeon Untuk 2 Tahun

Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita, sudah setahun rupanya kad Aeon saya ini tamat tempoh. Jadi saya terus perbaharui semula kad Aeon ini untuk dua tahun. Jadi kad ini saya boleh guna sehingga Disember 2016. Oleh disebabkan masa tu ada promosi jika perbarui kad ini, jadi saya pun terus perbaharuikannya. Dapat diskaun untuk perbaharui kad dan majalah PEARL AEON.



Di Perak, selalunya saya pergi ke Aeon Manjung. Sebabnya Aeon Manjung ini best, macam-macam ada. Maklumlah Teluk Intan dan Manjung dekat saje. Jadi, senang nak datang sana dan saya pun perbahurui kad ini di sana jugalah. Raya kalini kami ke sana lagi kerana pada mulanya saje nak jalan-jalan di Manjung. Tapi nampaknya makan saje yang lebihnya. Shopping tak ada langsung. Lepas ini, kena workout banyak-banyak. Fuh...

Sunday, August 10, 2014

Ummaland Laman Sosial Muslim & Islamik

Assalamualaikum.

Pernah dengar apa itu Ummaland? Pada mula saya dengar nama Ummaland ini, saya ingatkan permainan tau. Rupanya ia merupakan  sebuah laman web seumpama Facebook. Ciri-cirinya hampir sama dengan Facebook. Oleh itu, kepada semua pengguna Ummaland tidak akan merasa kekok untuk pertama kali menggunakan laman ini. Tetapi yang kurangnya, laman Ummaland ini terlalu lambat loading. Tak mengapalah, mungkin kerana laman ini baru lagi. Insya-Allah saya yakin pencipta laman ini akan dapat berusaha meningkatkan mutu laman ini suatu hari nanti.


Kepada sesiapa yang ada akaun Ummaland, mohon add akaun saya Solehah Shamsuddin. Buat masa ini, saya masih tiada kawan dalam akaun ini. Dan kepada sesiapa yang ada masalah untuk log ini akaun Ummaland ini di laman web, boleh cuba install apps Ummaland dari Play Store ke dalam hp. Ini kerana, saya dapat lihat jika menggunakan applikasi ini di hp lagi mudah untuk log ini. Jom sokong Ummaland.

Friday, August 8, 2014

Mari Sebarkan Template "SUPPORT GAZA"

Assalamualaikum.

Pasti korang semua sudah tahu mengenai template "Support Gaza" ini. Saya sengaja share lagi di sini kerana ada kawan-kawan yang minta template ini. Oleh kerana saya tak larat nak reply inbox dan emel kawan-kawan, jadi saya share di sini pula ye.


Untuk mengambil template ini, hanya perlu save gambar ini. Kemudian barulah boleh edit. Kepada kawan-kawan yang tidak tahu bagaimana nak edit, bolehlah minta tolong saya. Jika ingin minta tolong saya edit, saya hanya boleh edit bahagian nama sajelah. Yang lain-lain tu, saya minta maaf.



Ini template saya. Kebanyakan orang hanya tulis nama mereka sahaja, tapi saya edit dengan nama penuh saya kerana nama saya ini pendek. Saya sudah, anda bila lagi?


Dan akhirnya, ia menjadi background untuk desktop Mac saya.

My name is SOLEHAH SHAMSUDDIN.
I'm from MALAYSIA and I #SupportGAZA.

Thursday, August 7, 2014

Magnific Beri Gelaran "Top Bloggers on Twitter" Untuk Saya

Assalamualaikum.

Dalam bulan ini Magnific ada menyenaraikan Twitter saya di dalam senarai "Top Blogger On Twitter". Alamak, sejak bila saya popular di Twitter ini. Setahu saya, saya nak online Twitter pun jarang inikan pula nak jadi Top Blogger di Twitter. Orang bagitau, inilah rezeki. Dan baru saya tahu sekarang kenapa kadang-kadang ada pembaca blog saya yang datang dari UK. Rupa-rupanya datang dari senarai yang dibuat dalam Twitter Magnific ini.



Magnific ini tempat terkumpulnya pelbagai blogger dan online shop dari seluruh negara. Pabila saya check semula senarai yang mereka buat, hanya saya seorang yang tersenarai dalam Malaysia. Dalam fikiran saya, bagaimana mereka boleh tahu Twitter saya ini. Setahu saya, saya tidak pernah sama sekali follow ataupun share link blog saya pada mereka. Adakah mereka stalk blog saya juga? Ramai betul stalker blog saya ini ye.

Untuk Magnific, terima kasih kerana memasukkan saya dalam senarai "Top Blogger On Twitter". Jika bukan kerana Magnific, pasti blog saya tidak akan dikenali di luar Malaysia. Jom follow Twitter Magnific

Wednesday, August 6, 2014

Permainan "BombGaza" Sudah Dipadam Oleh Google Dari Play Store

Assalamualaikum.

Semalam saya ada share status mengenai "If you use Android hp, please flag this game as inappropriate" di timeline Facebook saya.





Alhamdulillah, akhirnya applikasi permainan "BombGaza" sudah dipadam oleh Google di dalam Apps Store pada hari ini. Terima kasih Google kerana terima permohonan kami. Memang jahat pencipta game ini. Semoga Allah beri hidayah pada dia untuk memeluk Islam. Aamine.

Artikel Dari Time.com :

Google Removes ‘Bomb Gaza’ Game From Play Store


Terima kasih juga kepada semua yang buat report untuk game ini. Alhamdulillah.

Monday, August 4, 2014

Seminggu Berhari Raya, Seminggu Juga Blog Menyepi

Assalamualaikum.

Wah, rupanya dah seminggu hari raya Aidilfitri berlalu. Dan seminggu juga blog saya ini menyepi. Bukan sebab malas nak update, tapi tiada masa mahu update. Setiap hari ada saje tetamu yang datang ke rumah sehingga ke hari ini. Berharap tunggu di rumah dan sambut tetamu, manalah tahu ada orang datang untuk meminang ke tetapi harapan itu sekadar mimpi. Heee... okay, inilah ceritera saya di Aidilfitri buat seminggu yang lepas.

Raya Pertama

Punyalah semangat saya seterika baju raya saya dan famili di hari raya pertama supaya dapat beraya dengan saudara-mara di kampung opah (belah abah), rupanya tiada seorang pun balik ke kampung opah. Jadi kami hanya beraya dengan anak-anak makngah yang tinggal berdekatan kampung opah sajelah. Walaupun raya pertama agak hambar, tetapi kami tetap gembira sebab hari raya pertama juga kami balik ke kampung atok (belah mak). Rindu makngah dan maklong sebab sudah sebulan tak balik ke sana. Seminggu sebelum raya, makngah sudah telefon kami bertanyakan bila nak balik raya. Katanya rindu. Sesampainya di kampung atok, keadaannya sama juga. Keluarga makteh dan paksu tak balik juga, jadi agak sunyi juga ketika tu. Cuma keluarga pakngah dan kami saje yang ada. Tidak mengapalah, yang penting saya dapat lepaskan rindu dengan sepupu saya, kak Huda. Rindu betul kat dia. Dia ini blogger baru juga tau. Baru buat blog, klik SINI untuk tengok blog dia.

Raya Kedua

Di awal pagi lagi maklong sudah menyuruh abah untuk sembelih ayam. Walaupun saya pernah sembelih ayam, tetapi jangan haraplah untuk saya buat lagi. Saya pernah belajar sembelih ayam ketika di sekolah menengah dulu. Itulah kali pertama dan terakhir untuk saya sembelih ayam kerana saya menggigil selepas tengok darah menitis selepas ayam disembelih. Nasiblah ayam tu sah dimakan. Kalau tak, sia-sia sajelah saya sembelih.

Inilah ayam yang abah sembelih tu setelah saya siap togelkan bulunya. Aww, melentik pula saya tengok ayam ni. Heee...


Adegan selepas sembelih ayam di hari raya kedua.

"Tengok ni, lentik tak I?", kata si ayam jagau.

Selepas saya selesai cabut bulu ayam ini, saya 'posing'kan ayam ini. Makngah geli hati bila tengok saya buat camni. Ayam ni dah jadi arwah, dah jadi rendang ayam.

Pada waktu tengaharinya pula, kami sekeluarga ke Pinang Tunggal. Kami ke sana bukan untuk jalan-jalan tetapi untuk melawat mak saudara kami di sana. Dan yang paling penting dapat jumpa sepupu saya. Punyalah lama kami tak jumpa, sampai di sana macam-macam kami sembang. Selalu sembang di Facebook sajelah sebab masing-masing jauh dan sibuk. Di hari raya inilah kami dapat meluangkan masa.

Raya Ketiga & Raya Keempat

Di hari raya ketiga dan keempat, keluarga sepupu saya (anak sulong makteh) balik ke kampung dan masa ni memang best. Saya dan adik bongsu melayan karenah anak-anak sepupu kami pada hari ini. Yang tak tahan tu, siap minta saya snap gambar mereka. Jadi layankan sajelah.

Pada hari inilah saya sibuk melayan anak sepupu sampaikan saya nak online pun asyik terbantut saje. Line wifi sentiasa nazak dan anak-anak sepupu pula asyik guna hp saya untuk main game dan tengok Youtube. Jadi maklong yang ini jugalah kena beralah dengan mereka.

Yang paling best, dapat mandikan dan bagi makan pada mereka. Seharian jugalah saya ni jadi ibu tumpang mereka bertiga ni. Beruntungnya korang dapat maklong yang suka budak-budak ni ye. Dan bertuahnya saya dapat anak-anak sepupu yang manja ni.









Habis segala bakul kain jadi mainan mereka bertiga ni. Dan hp yang anak sepupu saya pegang itulah hp saya. Seharian jadi harta mereka. Tapi bila ada orang telefon dan mesej saya, mereka akan bagi hp saya ini. Jadi privacy sentiasa terjaga. Maklong sayang korang bertiga. Muaahhh...


Sebelum mereka balik ke Melaka, saya buat muka sedih sebab mereka dah nak balik. Yang paling sweet, mereka pujuk saya sambil usap kepala saya "Maklong janganlah sedih. Nanti kaklong, kakngah n Rumaisha akan datang sini lagi. Nanti kita main sama-sama ye". Rasa nak menangis lagi adalah masa mereka pujuk tu. Alahai, tiba-tiba mood rindu datang pula ni...

Raya Kelima

Jika tak singgah ke Ban Pecah, memang bukan orang kampung kami ye. Untuk ke sini, dalam masa 1 minit pun boleh sampai. Punyalah dekat Ban Pecah ini dengan kampung atok. Jadi kepada sesiapa yang tak tahu kampung atok saya ini, bolehlah jadikan Ban Pecah ini sebagai rujukan. Menghadap laut dengan angin yang kuat begini, memang saya suka.


Adik-adik sibuk mengutip kulit siput sampai tak sedar saya snap gambar diorang.haha



Subhanallah, cantiknya laut ini. Sungguh tenang suasana ketika ini.

Ini sajelah coretan saya buat kali ini. Selepas ini, saya nak sambung beraya di rumah jiran pula. Mood raya tak habis lagi. Raya kan seminggu. Heee... :)