Assalamualaikum.
Ramai yang dah tahu perangai saya kalau update di blog pasti lebih lambat dari di Facebook. Biasalah tu. Seperti biasa kawan-kawan Facebook saya sudah lama tahu mengenai kek lapis ini. Kek lapis ini dibelikan oleh adik saya.
Adik saya Qasim baru pulang ke rumah dari Kuching, Sarawak pada hari Selasa 22 Julai yang lepas dan tengok ni dia bawa apa. Dia bawa 9 paket kek lapis Sarawak. Perghhh ni nak meniaga ke apa dik oit! 2 lagi paket dah dibuka dan disimpan dalam peti sejuk. Dia kata, inilah raya namanya kakak oit! Dan tiba-tiba dia buat surprise bagi keychain kucing comel ni dari Kuching. Alolo sweetnya. Tq lovely ♥
Berkisah dengan hari raya nanti, saya sudah buat scheduled post untuk ucapan hari raya di blog ini. Jadi kemungkinan saya akan beraya dalam seminggu dan seminggu tu juga saya tak update blog. Jangan pula rindu-rindu saya ye, lepas raya mesti banyak benda yang saya nak cerita dalam blog ini. Selamat hari raya! :)
No comments:
Post a Comment