Thursday, April 10, 2014

Tutorial : Daftar Tonton.com.my


Assalamualaikum.

Setelah bertahun-tahun mencuba, akhirnya saya dapat daftar akaun TonTon malam ini. Wah, tak sangka boleh masuk log in dengan sekali daftar sahaja menggunakan emel saya yang lain. Lepas ini, bolehlah layan cerita dalam Tonton. Kepada kawan-kawan lain yang masih tak dapat daftar akaun Tonton ini, saya akan ajarkan di entri ini.

1. Klik link TONTON.

2. Lihat di bahagian atas sebelah kanan, ada "REGISTER".


3. Lepas itu, akan keluar kotak daftar seperti di bawah. Daftar seperti biasa. Di bahagian "Promo Code", hanya tinggalkan dengan tempat kosong begitu saje tanpa tulis apa-apa. Lepas selesai daftar semua, klik "Register".



4. Selepas register, buka akaun emel korang. Macam saya, saya daftar dengan menggunakan emel gmail saya. Bila buka, korang akan dapat satu link pengesahan seperti di bawah. Klik link tersebut. Setelah itu, korang akan terus masuk ke akaun Tonton (tiada log in).


5. Korang update kesemua detail yang ingin diisi dalam akaun Tonton korang itu. Sudah siap. Mudahkan? :)


*Ada orang bagitau, kita hanya boleh daftar Tonton dengan menggunakan akaun Yahoo sahaja. Sebenarnya tidak, korang pun boleh daftar dengan menggunakan akaun Gmail. Id Tonton saya ialah pinkgemstone90. Add la saya jadi kawan korang dalam Tonton nanti ye. Selamat mendaftar.

3 comments:

  1. Dah lama dah ada acc tonton ni..hehee btw nice sharing

    ReplyDelete
  2. Thanks kerana bantu sy utk buat acc di tonton...

    ReplyDelete
  3. Thanks..akhirnye dpt jgk sy buat acc di TONTON...

    ReplyDelete