Facebook
Alamat
K1, Kinta Riverfront, Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak
Waktu
Isnin - Ahad : 11:00 - 00:00
Telefon
(Restoran) : 05-255 4255
En Moaath Almekhlafi (Pengarah) : 013-3833637
Laman Web
Assalamualaikum.
Ahlan wasahlan ila Mat'amul-Yaman wal Arab. Sejujurnya saya agak terkejut bila mereka ucapkan sebegini pada saya ketika sampai di sini. Dalam fikiran saya tertanya-tanya, diorang ni kenal saya ke sampai bagi ucapan selamat datang. Dengan selambanya saya hanya balas dengan senyuman tanpa sebarang kata-kata.
Ketika memijakkan kaki ke dalam restoran, terus saya terbayang makanan yang sedap-sedap di sini. Bukan apa, sebelum saya singgah ke sini saya sempat jenguk page fb restoran ini. Terbayang-bayang terus gambar makanan mereka. Sampai sini, terus kami order makanan dan minuman.
Air Barbican ini adik dan abah saya yang order.
Jadi, saya dan mama order satu set teko air teh pudina (pot of tea and mint).
Salad sayur-sayuran ini mama yang order. Sedap juga salad ini.
Nasi Kabsa Kambing (Lamb Kabsa) - nasi yang warna kuning tu. Adik saya yang order nasi kabsa kambing ini. Harga sepinggan nasi ini ialah RM20. Tapi kami berempat yang lain pula order Nasi Mandi Kambing (Lamb Mandy). Harganya sama dengan Nasi Kabsa Kambing iaitu RM20 untuk sepinggan.
Inilah nasi Mandi Kambing (Lamb Mandy). Nasi ini yang paling sedap saya pernah rasa. Tapi adik saya bagitau, nasi kabsa kambing lagi sedap dari nasi mandi ini. Jadi, untuk lain kalinya saya akan cuba makan nasi kabsa pula. Apa yang penting kedua-dua jenis nasi ini sedap sangat!
Alhamdulillah, kenyang. Lepas makan, saya pergi meronda kawasan persekitaran restoran ini. Ini bahagian luar restoran. Walaupun ringkas, tapi masih kelihatan eksklusif.
Sebenarnya restoran ini boleh tahan besar juga. Ini bahagian kedua untuk tempat makan. Tapi kami bukan makan di kawasan sini tapi kami makan di kawasan tempat makan yang ada air-cond. Kiranya, kita boleh pilih sama ada ingin makan di luar ataupun di dalam restoran.
Tempat yang seperti berkaca itu pula adalah bilik makan VVIP. Jadi sesiapa yang teringin mendapat layanan VVIP, bolehlah tempah bilik itu nanti ye. Tapi harganya mahal sikitlah.
Gambar di atas ini pula ialah kawasan belakang restoran. Sejujurnya, kawasan belakang restoran ini cantik sangat. Saya teringin nak jalan-jalan di kawasan bawah ini tetapi ketika ini sudah lewat malam. Jadi hasrat tak kesampaian, hanya dapat snap gambar dari atas sajelah.
Ini tempat letak kenderaan. Agak luas tempat letak kenderaan ini. Ketika ini nampak seperti tiada kenderaan kerana pelanggan tidak terlalu ramai. Selalunya kalau singgah ke sini di antara pukul 9 malam-11 malam, mesti kawasan ini akan penuh.
Restoran ini berdekatan dengan Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak dan juga Kinta Riverfront, Ipoh, Perak. Jadi agak mudah untuk sesiapa yang ingin datang ke sini kerana lokasinya yang strategik.
Mari semua orang Perak, kita pakat serbu restoran ini. Yang penting, sedap. Saya bagi 5 bintang penuh untuk restoran ini. Tahniah Hadramout Paradise sebab bagi saya jatuh cinta dengan restoran anda! Jumpa lagi di lain hari... :)
Woww..nasi arab is so my fevret!hee. sedap dan yang penting puas hati.
ReplyDeletemakanannya nampak sedap
ReplyDeletemakanannya nampak sedap
ReplyDeletesuasana tempatnyer aman je
ReplyDelete