Assalamualaikum.
Penyakit meroyan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Akan tetapi, bukan perempuan saje yang boleh terkena penyakit meroyan ini. Ada 10% lelaki juga yang akan terkena penyakit meroyan ini selepas isterinya bersalin. Jadi lelaki di luar sana pun kena berhati-hati juga ye. Di dalam entri saya kali ini, saya akan share serba sikit tips untuk mengelakkan diri kita dari terkena penyakit meroyan. Jika penyakit meroyan tidak dirawat, si pesakit boleh mencedarakan orang lain ataupun dengan cara lain si pesakit mampu membunuh orang lain. Antara tips untuk diri wanita mengelakkan dirinya sendiri dari terkena penyakit meroyan ini ialah :
2. Jaga pemakananan semasa mengandung sehingga selepas bersalin. Pastikan cukup zat. Contoh : Jika mak mertua bagitau jangan makan sayur ini nanti sejuk, maka makanlah sayur yang tidak akan bagi kita sejuk. Jangan biarkan diri kita terkurang apa-apa zat dari piramid pemakanan kerana ketika mengandung, bayi di dalam perut memerlukan banyak zat dari kita dan selepas bersalin, anak memerlukan banyak zat ketika menyusu.
3. Pastikan si ibu cukup tidur. Ini kerana jika kekurangan waktu tidur, peratusan untuk si ibu dapat penyakit meroyan amat tinggi.
4. Beri sokongan pada isteri. Suami, keluarga belah suami dan keluarga belah isteri mestilah beri sokongan yang kuat kepada si isteri. Sering menasihati isteri supaya tabah jika keguguran anak ataupun selepas kematian anak (selepas bersalin).
5. Selalu rujuk pada doktor supaya diri kita terhindar dari penyakit meroyan.
Jangan pandang ringan dengan penyakit meroyan. Jika tidak dirawat, akan mengundang padah.
selamat pagi isnin...terjah sini setelah sekian lama tak jenguk :)
ReplyDeletenice info!
ReplyDelete