Saturday, March 8, 2014

Tips : Kurus Badan Versi Saya

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya ingin bagitahu bahawa tips saya ini tidaklah sehebat semua orang yang senang kurus tetapi tips ini adalah tips daripada saya sendiri tanpa sebarang ubatan yang merbahaya. Sejujurnya dulu saya pernah makan ubat kurus, tapi saya tidak mahu sentuh ubat kurus itu lagi kerana atas faktor kesihatan yang memudaratkan saya dulu. Bahaya juga makan ubat kurus ini. Henti, henti. Jangan ambil ubat kurus. Bahaya tau. Sekarang saya ada tips yang saya amalkan sendiri dan alhamdulillah berat badan saya berkurang sedikit demi sedikit dan stabil. Jom baca tips saya ini.

Tarian Zumba

Siapa pernah cuba tarian Zumba? Walaupun tarian zumba ini sudah pelbagai, saya masih tetap setia dengan tarian zumba yang dikolaborasikan oleh Linda Edler. Jom add Fb Linda Edler dan like page Linda Edler. Tarian Zumba yang dicipta oleh Linda Edler ini sangat mudah dilakukan. Yang penting, tarian ini ceria. Tarian Zumba yang selalu saya ikuti adalah di bawah ini. Lakukan setiap hari, saya pasti selepas korang berzumba nanti memang habis lenjun badan korang bermandi peluh. Amalkan setiap hari. Jika ingin senang, download video ini terus. Nanti boleh buka setiap hari.


Bersauna Bersama Sauna Belt

Tidak saya nafikan sebenarnya sauna juga penting untuk proses menguruskan badan. Terutama sekali selepas bersauna bersama sauna belt ini. Jika nak pergi spa sauna memang mahal, tapi dengan adanya sauna belt ini jimat duit saya. Murah saje sauna belt ini. Dalam berpuluh ringgit saje. Tidak sampai RM30 pun. Memang banyak penurunannya. Yang penting, kena disiplin dan amalkannya.

Jogging & Senaman Sit-Up

Jogging selama 15 minit tanpa henti dan senaman sit-up sebanyak 20 kali sehari. Lakukan kedua-dua ini setiap hari. Hasilnya nanti amat memuaskan hati.

Kurangkan Pengambilan Nasi

Nasi adalah musuh utama. Sekarang, saya telah berjaya hadkan pengambilan nasi ke separuh pinggan sahaja. Ye bukan mudah sebenarnya untuk saya kurangkan pengambilan nasi, saya memerlukan masa selama sebulan untuk membiasakan keadaan sebegini. Maklumlah nafsu. Tapi sekarang alhamdulillah saya berjaya hadkan. Lepas ini, target saya untuk tidak makan nasi selama sebulan-2 bulan. Doakan saya ye.

Kerap Minum Air

Minum air dalam 2-3 liter sehari. Dengan kerapnya pengambilan air akan meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Sediakan botol air masing-masing jika nak tahu kita betul-betul minum air 2-3 liter sehari. Senanglah untuk kita disiplinkan pengambilan air untuk tubuh badan.

Ambil Sarapan Pagi, Tinggalkan Makan Malam

Sarapan pagi tidak boleh ditinggalkan. Sekali tinggalkan, memang merana hidup. Jika kita tinggalkan sarapan pagi nanti kita asyik nak makan saje satu hari tu. Betul tak cakap saya ni? Tetapi jika korang tinggalkan makan malam tidak mengapa. Makan malam memang tidak elok. Jadi, jika mahu diet, tinggalkan makan malam dan amalkan sarapan pagi.

Hanya ini tips yang saya amalkan setiap hari. Saya masih tidak tahu berapa kg berat saya sudah turun. Berat makin ringan berbanding dulu. Lepas ini, nak beli penimbang digital baru boleh tengok perubahannya. Siapa tahu penimbang digital yang bagus dan harganya yang berpatutan? Tolong bagitahu saya. Terima kasih.

2 comments:

  1. nak tinggalkan makanan malam tu susah,,haha

    ReplyDelete
  2. Menarik tips ni! seiring dengan amalan saya setiap hari. sekarang saya cuba sambil minum Callysta Bali Coffee secara semulajadi dan insyaallah saya akan cuba sekali dengan tips ni sekali

    ReplyDelete