Assalamualaikum.
Dengan permintaan rakan-rakan di Facebook dan Wechat untuk mengetahui apakah intisari ceramah yang telah disampaikan oleh Ustazah Nor Hafizah Musa ini, saya akan cuba berikan sedikit info yang saya berjaya catitkan di dalam buku nota saya. Semoga apa yang dikongsikan ini membawa banyak ilmu pengetahuan dan menambahkan ketaatan kita kepada Allah. Insya-Allah.
Hi-Tea Bersama Ustazah Nor Hafizah Musa
Tempat : Arena Square Teluk Intan, Perak
Tajuk Ceramah : Baiti Jannati
Tarikh : 2 Mac 2014
Intisari Ceramah "Baiti Jannati"
- Baiti Jannati sering dikaitkan dengan ahli keluarganya yang sentiasa mengamalkan prinsip baiti jannati. Jadi, ustazah sentiasa memastikan keluarga ustazah mengamalkan prinsip baiti jannati.
- Siapakah wanita yang lebih bernilai dan lebih hebat? Adakah bidadari syurga? Jawapannya ialah wanita dunia lebih hebat dari bidadari syurga. Mengapa dikatakan sedemikian? Ini kerana wanita dunia dikatakan hebat bilamana mereka sentiasa taat pada perintah Allah, solat dan taat pada suaminya.
- Selalulah berdoa untuk mendapatkan keluarga bahagia. Apakah doa yang kita boleh amalkan untuk mendapat keluarga baiti jannati? Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا -
Yang dimaksudkan "Qurrata A'yun" ialah bilamana ketika kita memandang anak-anak, kita jadi terpesona dengan sikapnya. Dengan cara yang lain, jika ingin mengetahui adakah mereka telah bergelar sebagai "qurratu a'yun" ataupun tidak, cuba pejamkan mata dan bayangkan wajah anak-anak kita. Adakah kita berasa tenang dengan bayangan wajah mereka? Jika belum lagi, bertindaklah sekarang untuk menjadikan mereka sebagai penyejuk mata.
- Tiada istilah kecewa dan putus asa dalam mendidik anak-anak.
- Antara perkara yang ustazah tidak dapat lakukan sepertimana ibu bapa ustazah buat pada ustazah dulu ialah sering menasihati ustazah dengan Al-Quran. Semasa kecil, ustazah tak tahu mengapa mak ustazah sering menasihati dengan Al-Quran, Al-Quran dan Al-Quran. Ketika mak ustazah di dapur, mak ustazah akan selalu menyuruh ustazah mengaji Al-Quran walaupun mak ustazah sedang memasak di dapur. Jika salah baca Al-Quran ketika itu, apa-apa yang ada di tangan mak ustazah ketika itu seperti sudip ke apa, akan terus hinggap di tubuh ustazah. Sekarang ustazah tahu mengapa mak ustazah mendidik ustazah sebegitu. Rupanya didikan orang tua dulu-dulu amat berguna. Ustazah tidak akan jadi seperti sekarang jika mak ustazah tidak menegur ustazah. Yang paling buat ustazah gembira, ustazah pernah mengucapkan terima kasih kepada mak ustazah kerana beri didikan sebegini. Kesimpulannya, dari Al-Quran memberi pedoman kepada kita di dalam kehidupan dunia ini.
- Pembinaan keluarga yang bahagia adalah bukan sekadar materialistik sahaja tetapi berdasarkan sahsiah yang baik dan perlakuan yang mendapat keredhaan Allah S.W.T. Ini berdasarkan surah Al-Ahzab ayat 28.
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya yang indah, maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan Aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya."
- Apa peranan keluarga yang tertentu dalam pembentukan baiti jannati?
Kesimpulannya : Ketegasan dan ada had dalam dunia hiburan. Jika banyak hiburan, hati jadi keras. Jika hati keras, anak-anak sukar untuk mendengar kata. Jika terlalu banyak hiburan, susah untuk fokus dalam ibadah. Sebab itulah, keluarga sekarang susah untuk mencapai konsep baiti jannati. Hadkan aktiviti anak-anak dari hiburan. Jangan buat mereka terleka dengan hiburan. Tanamkan dalam hati kita untuk membentuk keluarga kita sebagai baiti jannati.
- Bagaimana jika wanita tidak berkahwin sehingga lanjut usia dan tiada jodoh, mendapat pahala dan kebahagiaan juga seperti pasangan yang dapat membentuk sebuah keluarga baiti jannati?
- Kadang-kadang tersentuh ketika mendengar sesuatu ceramah dan seperti mahu cepat-cepat berubah dan bertaubat. Kenapa?
- Resepi dalam pembentukan baiti jannati : Sentiasa mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan, mengawal segala tindakan anak-anak dan pelajari Bahasa Arab. Alangkah bagusnya jika semua orang dapat memahami bahasa Arab. Ketika solat, kita paham dengan semua bacaan dalam solat dan merasai maksudnya.
- Orang Mukmin akan dibangkitkan dengan tiga keadaan iaitu :
- Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesungguhnya umatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya atas sebab bekas-bekasnya berwudu’.
- Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya di bawah teduhan Arasy pada hari tidak ada teduhan, melainkan teduhan Allah ialah seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikannya sedekah itu sehingga tidak diketahui tangan kirinya.”
- “Dan orang-orang yang beriman, sedangkan anak keturunan mereka mengikutinya dengan keimanan, maka kami susulkan anak keturuan itu kepada mereka. Dan kami tidak mengurangi sedikit pun dari amalan mereka.” (At-Thur : ayat 21). Ayat ini bermaksud keluarga beriman akan bertemu bersama-sama di syurga.
- Doa untuk pembentukan keluarga baiti jannati
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّلِحِيْنَ -
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ -
- Jalan untuk membuka semua jalan kesenangan dalam kebahagiaan rumahtangga ialah taubat nasuha yang dilakukan oleh pasangan berumahtangga. Pasangan berumahtangga hendaklah melazimi dan mengamalkan taubat nasuha setiap hari. Berdoa semoga keluarga bahagia, anak sentiasa mendengar kata dan hidup rumahtangga aman dan damai.
Semoga segala intisari yang dikongsikan ini diamalkan oleh semua pembaca.
Sekarang saya berusaha untuk berubah kepada kebaikan.
Tinggalkan perkara yang melalaikan.
Biiznillah.
Sekarang saya berusaha untuk berubah kepada kebaikan.
Tinggalkan perkara yang melalaikan.
Biiznillah.
mashaaAllah semoga kita dpt praktikkan apa yang telah kita pelajari.. betul tak solehah?
ReplyDeleteseronoknya dapat hadir majlis bgini...sgt bermanfaat dan dapat menambah ilmu.. :)
ReplyDeleteseronoknya dapat hadir majlis bgini...sgt bermanfaat dan dapat menambah ilmu.. :)
ReplyDeleteseronoknya dapat hadir majlis bgini...sgt bermanfaat dan dapat menambah ilmu.. :)
ReplyDeleteseronoknya dapat hadir majlis bgini...sgt bermanfaat dan dapat menambah ilmu.. :)
ReplyDeleteseronoknya dapat hadir majlis bgini...sgt bermanfaat dan dapat menambah ilmu.. :)
ReplyDeleteSeronoknya dengar ceramah dan dapat jumpa Ustazah Nor Hafizah Musa
ReplyDelete