Monday, February 10, 2014

Review Setelah Minum Ephyra Kali Ke-2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, cukup hari ini saya telah habis minum Ephyra. Terima kasih Ephyra & Eyriqazz.com kerana memberi saya peluang untuk merasai Ephyra. Rasanya yang sedap seakan-akan rasa sugus oren, amat sesuai untuk diminum untuk menambahkan kesihatan luaran dan dalaman badan.


Kali ini saya dapat 3 kotak Ephyra.
Setiap kotak ada 10 sachet. Jumlah semuanya ialah 30 sachet.
Menyamai 1 kotak premium Ephyra.



Sehari saya minum 1 sachet. Sedap. Yang penting, banyak kelebihannya.
Antara kelebihan Ephyra akan saya kongsikan di bawah.


Review Saya Mengenai Ephyra

  • Kadar metabolisme saya semakin bertambah dan sistem pelawasan berjalan lancar. Sebenarnya, saya tidak mahu mengulas perkara ini terlalu panjang kerana sebenarnya saya ini bukannya jenis pencinta makan buah-buahan. Jadi bila dah tahu keadaan begini, korang paham-paham sajelah ye. Saya perlukan supplemen seperti Ephyra untuk membantu saya. Alhamdulillah, semuanya ok sekarang.
  • Rambut saya kurang gugur selepas minum Ephyra. Nak dikatakan tidak gugur terus, tak adalah sampai begitu sekali. Sebelum ini rambut saya kerap gugur, terutama sekali ketika saya sikat rambut. Kadang-kadang risau juga bila tengok keadaan rambut begini. Sekarang ini, terdapat banyak perubahan yang ketara pada rambut saya. Terutama sekali ketika mandi, rambut sudah kurang gugur. Sekarang, saya sudah tidak risau lagi.
  • Mengurangkan masalah resdung. Ini mengagumkan. Baru saya sedar yang sekarang ini saya sudah tiada alergik pada udang laut dan ketam. Semasa kotak pertama dulu, saya tak tahu sama ada akan berkesan pada pengambilan Ephyra yang pertama kali atau tidak, sebab saya tidak makan udang laut dan ketam ketika itu. Tetapi pabila saya balik kampung atok ketika cuti Hari Raya Cina dulu, saya ada cuba-cuba makan ketam dan udang laut (sebab kempunan), tiba-tiba saya tersedar alergik saya dah hilang. Rasa nak meloncat gembira bila tahu saya dah boleh makan makanan laut ini. Maklumlah, saya dah lama kempunan nak makan ketam dan udang laut. Nanti, bila ada masa terluang saya nak pergi restoran yang jual ketam lembut dan makan sepuasnya. Ayat ini macam balas dendam saje kan.haha

Terima kasih Ephyra kerana beri saya peluang mencuba.
Doakan saya murah rezeki supaya nanti saya boleh beli Ephyra.

2 comments:

  1. Hi all!
    Berminat nak mencuba Ephyra?

    Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

    Yours truly,
    Izza (Pengedar Sah Ephyra)
    0192198619
    izza_grrl@hotmail.com

    ReplyDelete