Dalam 3 hari itu, saya berjaya untuk tidak beli hp baru. Dalam masa 3 hari itu juga, saya juga ada buat survey hp lenovo jika betul-betul nak 'trade in' HTC saya ini. Apa-apapun, semuanya telah selamat. Selamat duit saya.
Untuk baiki HTC saya ini memang susah. Sebelum install Custom Rom baru, saya kena "unlock bootloader" dulu. Langkah-langkah untuk "unlock bootloader" ini boleh tengok di HTC DEV. Ada banyak langkah-langkah di dalamnya. Yang pasti, tidak boleh salah step tau. Kalau salah ikut step, hp korang tidak akan boleh "unlock bootloader". Buat sampai boleh unlock.
Selepas "unlock bootloader", saya kena cari custom rom yang sesuai. Saya pilih Custom Rom CyanogenMod. Lepas install custom rom semua, saya install kernell untuk membolehkan wifi dan bluetooh custom rom ini berfungsi. Langkah-langkah semua ini korang boleh tengok di forum-forum bahasa Inggeris yang membincangkan langkah untuk install ye. Bukan buat sendiri tau. Baca langkah-langkah install dengan teliti supaya tiada masalah di kemudian hari. Antara salah satu link yang paling berguna untuk baiki HTC Desire C ini ialah di SINI.
Ada yang tanya saya, "Kenapa saya tidak hantar HTC saya ini ke kedai saje?". Ada banyak sebab saya tidak mahu hantar ke kedai. Pertama, waranti sudah habis. Kedua, memerlukan banyak kos untuk baiki. Ketiga, mengambil masa lebih 2 minggu untuk dibaiki. Keempat, bukan semua tukang baiki hp yang tahu baiki software corrupt. Kelima, memerlukan penelitian kerja yang rumit sehinggakan banyak benda yang kecil-kecil kena dibaiki. Jika saya terangkan di sini, memang susah nak diberitahu. Yang penting, semuanya sudah okay. Alhamdulillah.
dalam segala apa keputusan, kita mmg kena byk bsabar..
ReplyDeletebygkan kalau solehah tak sabar, rasanya tentu solehah dah tak pakai phone tukan...