Sunday, December 15, 2013

Hanis Zalikha - Covergirl Mingguan Wanita Bulan Disember 2013


Dunia blogging melonjakkan nama Hanis Zalikha Zainal Rashid dalam carian Google Malaysia. Gadis tinggi lampai seusia 23 tahun ini juga pernah tersenarai menjadi individu paling dicari di laman maya mengatasi populariti Datuk Siti Nurhaliza pada tahun 2010. Dua tahun selepas itu, Hanis mula dikenali sebagai pelakon di samping menyinar dalam dunia pengacara.

Walaupun di sana-sini orang memperkatakan tentang dirinya, begitu juga dengan tawaran berlakon dan pengacara yang datang silih berganti, Hanis tidak pernah bersikap tamak. Jadual kerjanya diatur dengan teliti. Apatah lagi dirinya kini sudah bernaung di bawah Astro.

“Biasanya saya tak ambil mana-mana kerja dalam satu-satu masa. Saya atur jadual biar berjalan dengan lancar. Penghujung tahun ini adalah proses untuk saya menyudahkan kerja-kerja yang sudah diikat kontrak untuk tahun ini. Tahun baru nanti saya akan mulakan dengan projek baru pula.

“Semangat saya cukup tinggi untuk memberi sepenuh komitmen terhadap kerjaya baik lakonan mahupun pengacara. Dalam bidang lakonan, saya semakin fokus. Sebab itulah sebolehnya sebelum penggambaran bermula saya minta disediakan kelas lakonan.

“Kelas sebegini dikendalikan oleh pelakon-pelakon senior. Saya begitu teringin mengikuti kelas lakonan bersama Elly Suriati mahupun Fatimah Abu Bakar. Saya perlu fokus dan memperbaiki seni lakonan saya dari semasa ke semasa,” luahnya sambil membiarkan wajahnya dirias kemas oleh Norezz Idris.

Rutin kecantikan

Daripada kisah pengembaraan, ke cerita cantik. Pasti ramai yang mahu tahu apa rahsia pelakon Memberku Hawa ini kekal menawan. Akuinya dia juga mempunyai rutin  kecantikan yang diamalkan sejak dari dulu lagi.

Selain gemar minum teh hijau, Hanis juga tidak amalkan mengambil minuman sebelum tidur. Katanya, ia boleh menyebabkan mata menjadi sembap. Dia juga mengamalkan tidur terlentang agar ketegangan di wajah terpelihara. Amalan minum madu dengan air panas juga antara yang dipraktikkan.

“Semua ini saya peroleh daripada mama. Dia mengajar kami biarlah tidak cantik, yang penting perlu kelihatan kemas kerana kita tidak tahu dengan siapa kita akan jumpa,” tuturnya yang mengakui membeli belah mampu menjadi terapi untuknya melepaskan tekanan.


Untuk edisi kali ini majalah Mingguan Wanita terlajak laris sehinggakan saya kena cari di merata kedai untuk mendapatkannya. Jumpa juga akhirnya dan terus grab majalah ini. Yeay! Blogger, jom beli...

4 comments:

  1. pembawa aura di era baru ... semoga hanis terus suksess .

    ReplyDelete
  2. Semoga terus maju :)

    ReplyDelete
  3. tinggi lampai dan cantik orgnya.. mmg sesuai wajahnya terpampang di majalah2.

    ReplyDelete