Wednesday, October 9, 2013

Tips : Hilangkan Jerawat Di Muka Dalam Sekelip Mata

Assalamualaikum.

Baru petang tadi saya dapat update entri dalam bulan ni. Bukan kerana tiada idea tapi disebabkan oleh Wifi di sini yang agak terbatas untuk saya online apatahlagi blogwalking. Entri ni pun saya draft dalam laptop dulu, kemudian baru saya copy masuk ke sini. Okay2, kita berbalik ke tajuk entri ye.

Masing-masing mesti ada tips kecantikan dan awet muda yang diamalkan sendiri. Seperti saya jugalah, saya pun ada tips kecantikan dan awet muda saya sendiri. Saya mula kenal mengenai dunia mekap dan penjagaan diri sejak umur 13 tahun lagi. Awalkan? Mestilah, sebab dulu saya banyak berkawan dengan kakak senior. Jangan disangka umur semuda saya ni tak boleh berkawan dengan kakak senior. Antara kepentingan bila kita berkawan dengan kakak senior ni, kita akan dapat mengelakkan diri kita sendiri daripada dibuli oleh diorang. Yup sejujurnya saya bagitau yang saya tak pernah dibuli malahan dapat lebih banyak kakak angkat lagi adalah. Untungkan. Jadi, kepada kawan-kawan semua janganlah sombong dengan sesiapa pun sama ada senior ataupun junior.

Bila kita dah berkawan dengan kakak-kakak senior ni, semestinya ilmu mengenai tips kecantikan dan awet muda akan mencurah-curah dapat kepada saya. Walaupun mencurah-curah ilmu tu tapi tiada satu pun yang saya amalkan. Hanya seketul dua tips saje yang saya ikut.haha bukan tak mahu ikut, tetapi tips tu tidak sesuai dengan saya. Tidak semua tips yang kita boleh ikut. Jadi pandai-pandailah kita mencarinya.

Antara tips yang saya amalkan dulu dan sekarang ialah :

1. Ketika di alam persekolahan, saya akan pastikan setiap malam saya akan pakai bedak sejuk ataupun bedak batu benang sila. Ikut suka saya nak pakai yang mana satu. Jika saya rasa nak pakai bedak sejuk pada malam tu, saya akan pakai bedak sejuk dan juga sebaliknya. Tetapi tidaklah pakai dua-dua bedak ni dalam satu masa. Dulu saya pakai bedak sejuk yang jenis putih. Sekarang ni pun saya masih amalkan bedak sejuk tetapi sekarang ni bedak sejuknya dah upgrade warna dan jenisnya. Maksud saya, sekarang ni saya guna bedak sejuk Tanaka. Saya suka guna bedak sejuk Tanaka ni, muka saya akan jadi halus dan putih. Tapi korang jangan pula berhenti pakai bedak sejuk Tanaka ni secara mengejut, ini kerana jika korang berhenti pakai bedak sejuk Tanaka ni, kulit korang akan jadi kering. Jika korang nak hentikan penggunaannya, pakai bedak sejuk warna putih dalam beberapa hari dan kemudian korang boleh hentikan penggunaan kedua-dua bedak sejuk ni. Tetapi jika korang nak hentikan penggunaan bedak sejuk yang warna putih secara berterusan ataupun secara tiba-tiba, tidak mengapa kerana ia tidak akan mengeringkan kulit wajah korang. Ingat tu.

2. Saya tidak pernah menggunakan sabun badan untuk cuci muka saya. No, no, no! Jangan sesekali lakukan ye kawan-kawan. PH kulit badan dan PH kulit wajah tidak sama. Malahan jika korang lakukan tabiat ini, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Kalau dah habis pencuci muka korang sekalipun, mintalah sikit pencuci muka yang sama jenis daripada kawan-kawan korang. Kalau kawan-kawan pun kedekut juga, paksa diorang dengan kejam.haha tak adalah, saya gurau saje. Urmm pandai-pandailah korang bodek diorang. Saya masih ingat lagi ketika zaman sekolah dulu, pencuci muka saya dah habis dan kawan-kawan pula tak guna pencuci muka yang sama dengan saya. Jadi saya ambil ubat gigi untuk cuci muka saya.haha apa ke lawaknya saya ni kan. Nak buat camna, dah terpaksa dan terdesak. Kenangan macamnilah kadang-kadang yang membuatkan saya betul-betul rindu zaman persekolahan dulu. I miss my school.

3. Dulu ketika di alam persekolahan, sejujurnya jerawat sungguh baik hati untuk berkunjung ke muka saya tanpa sebarang lesen daripada saya. Bila dah tumbuh kutil-kutil degil ni, memang merimaskan. Bukan setakat rimas saje, tapi sakit. Bohonglah kalau mana-mana kulit perempuan tak pernah dihinggapi jerawat. Semua pernah kenalah. Sekarang ni, kulitku dah bebas jerawat. Korang nak tau bagaimana saya basmi kesemuanya? Baca tips di bawah ni daripada saya.

# Saya menggunakan kesemua produk Clearasil Ultra dan Clean & Clear untuk membasmi segala ibu dan anak-anak jerawat. Terus-terang saya bagitau, bila guna produk-produk ni membuatkan saya banyak kena tahan sakit. Sakit untuk cantik katakan. Kalau tak sakit, mana boleh cantik. Terutama sekali pabila saya kena bertarung kesakitan bila menggunakan produk Clearasil. Jerawat saya ni memang benci dengan produk Clearasil, sebab tu kesakitan meluap-luap pabila saya menggunakan Clearasil Ultra Vanishing Acne Treatment Cream ke atas jerawat-jerawat saya ni. Masa tu cuma cakap dalam hati "bertahanlah untuk harini kerana nanti jerawat akan mampus".haha Dalam sebulan saya menggunakan krim jerawat ni, jerawat batu dan segala anak-anak jerawat pun hilang. Seronok ok bila tengok muka ni dah tak ada jerawat. Rasa macam tak percaya. Jadi disebabkan keberkesanan krim jerawat Clearasil Ultra ni, saya akan sentiasa sapu krim ni ke atas jerawat yang cuba-cuba untuk tumbuh kembali. Oleh kerana jerawat dah tak sanggup diseksa oleh saya, sekarang ni mereka dah tak nak singgah ke muka saya lagi. Misi berjaya. Sekarang saya pengguna produk Garnier. Alhamdulillah sejak saya menggunakan produk Garnier selama 6 tahun, tiada masalah yang jadi pada muka saya. Dengan ekstrak lemon di dalam produk Garnier, ia bagus untuk menjaga kesihatan kulit muka. Yang penting, Garnier serasi dengan kulit muka saya.

4. Mungkin ada yang sedia maklum yang saya ni alergik buah limau dan seangkatan dengannya. Ye limau musuh nombor satu saya. "Say No To Orange!" Oleh kerana saya ni alergik dengan buah limau, jadi saya ambil insiatif untuk makan Maixara C-Sential yang mengandungi vitamin C, collagen dan glutathione. Sejak saya mengamalkan Maixara ni, segala masalah berkenaan jerawat dapat diatasi juga. Maixara ni berperisa strawberi, jadi sedap untuk dimakan. Saya tetap akan meneruskan pengambilan Maixara ni sebagai supplemen kesihatan dan kecantikan saya.

5. Jika kita bercakap mengenai awet muda ataupun dengan kata lain kulit nampak muda daripada usia sebenar, pasti semua orang menginginkannya. Awet muda ni bergantung kepada keturunan seseorang jua. Jika muka atok nenek kita dulu susah nak dimamah usia, insya-Allah anak-anak dan cucu-cucunya akan seperti mereka juga. Sebab itu, muka saya nampak seperti kebudak-budakan lagi.

6. Sentiasa solat lima waktu. Solat akan membuatkan muka saya berseri-seri kerana dengan air wuduk yang diambil itu tersimpan beribu rahsia kecantikan yang boleh dimiliki. Cuci muka setiap kali sebelum solat. Ini kerana saya nak muka saya sentiasa segar ketika solat. Jadi tak adalah rasa macam mengantuk ataupun malas-malas nak solat. Lagi satu, jangan lupa bila tiap kali kita ingin membasuh muka ketika mengambil air wuduk, kita hendaklah membaca berselawat. Dengan adanya selawat pada basuhan air muka tu, akan menyerikan lagi wajah kita.

7. Sentiasa senyum dan ceria. Tidak mudah melenting. Jika saya rasa seperti nak marah, saya tarik nafas perlahan-lahan dan hembus nafas perlahan-lahan juga. Buat seperti ini sehingga saya rasa tenang.

8. Saya selalu buat urutan kecantikan wajah. Saya akan selalu mencari pelbagai urutan kecantikan wajah di Google. Terdapat pelbagai jenis urutan kecantikan wajah yang pernah saya buat.

9. Tidur mesti cukup iaitu sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jika tidur tidak mencukupi, tekanan boleh terjadi. Bila tertekan, kedut-kedut di dahi pun makin menjadi.

10. Tidak mempunyai hasad dengki. Jika seseorang tu cantik, selalulah puji si cantik tu. Manalah tau Allah akan tambahkan lagi kecantikan wajah pada saya suatu hari nanti. Insya-Allah, Aamine.

Ini sajelah tips daripada saya.
Kecantikan itu adalah hak milik seorang insan.

32 comments:

  1. yea..tak cukup tidur salah satu penyumbang tbesar jerawat...

    huhuh

    ReplyDelete
  2. wah kebetulan banget aku lagi jerawatan akbiat seringnya begadang malam yang tak menetu hiksss... blognya cute yah. hehehe but anyway boleh dong komen komen ria di blog aku... http://bit.ly/19VmYdv

    ReplyDelete
  3. Sweet malam-malam baca petua kecantikan dari Solehan Shamsuddin.

    ReplyDelete
  4. kena pastikan banyak minum air dan tidur yang cukup :P elakkan stress dalam hidup seharian.

    ReplyDelete
  5. dya guna fair and lovely..sejak sekolah dya guna..alhamdulillah.. pencuci muka tu sesuai dgn jenis kulit muka dya..kalau rajin dya akan pakai mask..tapi guna telur putih jadikan mask.. ni pun dya dpt tips dri kwn dya...kwn dya ni xgne pencuci muka lnsung tpi guna mask tu je.. mmg jerawat tak naik pun..muka pun licin je bebas dri jerawat.. :)

    ReplyDelete
  6. salam, sy pkai bedak tanaka 3 hari terus naik ruamn bintik2 merak kt muke, then skrg dh 2 mlm brhnti penggunaan tanaka ni, tp still naik lg bintik2 merah kt muke, maybe saya tak sesuai kot. faktor lain kemungkinan campuran rutin penjagaan kulit. sy masih kekal kn produk yg sma iaitu pncuci, toner, pelembab, bb cream dan loose powder, tiada mslh smpai sy gune bedak tnaka terus naik dan dlm mse yg sma sy ad basuh span loose powder tu, maybe tnaka yg slah or span bedak tu kn? sedih T_T

    ReplyDelete
  7. @Ain Nia tidak semua org sesuai pakai bedak tanaka tu.hentikan penggunaanya klu da ruam2 atau bintik merah tumbuh di muka.

    ReplyDelete
  8. Pegang muka bila tangan bersih ja. Jangan sesuka hati pegang. Hehe. :)

    ReplyDelete
  9. wah nice sharing solehah
    yumida klo nak period sure diserang jerawat

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. akak jarang sgt dpt jerawat.. padahal kerap jugak tdo lmbt.. tp kalo dpt jerawat akk mmg biarkan je.. x picit pun.. atau sentuh.. kotor tau.. akak guna safi.. setia dari dulu.. ;)

    ReplyDelete
  11. tips yg ke-10 tu patutnya letak kat no.2, tips no. 1 semestinya yg ke6. sila rombak...cheeewahhhh....

    CiM ni dah remaja berusia, masih lagi jerawat nak singgah. ntah apa yg diorg bekenan sgt kat muka CiM ni pown taktau lah. mungkin sbb CiM kurang tido kot spt yg solehah ckp tu.

    ReplyDelete
  12. tumpang iklan.. leh jugak tengok cara kurangkan jerawat di sini... http://amisya2.ashadee.com/go/pu3brunei/

    ReplyDelete
  13. Assalamualauikum, tumpang lalu.
    hikhik. nak tnya clearasil ultra boleh beli dekat mna ea? kat guardian xnmpak pun ;(

    ReplyDelete
  14. @Aisyah azizon Cuba cari di Watsons. Jika tiada, cari di tempat jualan produk di pasaraya.

    ReplyDelete
  15. Bisa coba penghilang jerawat bernanah sekaligus bopengnya... liat deh info lengkap sekaligus video testimoninya https://www.facebook.com/infocantikdansehat

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.tumpang segala tumpang.kat mne yek bolee dpt clearasil ? Sbb watson dkt tmpat sy takde.mcm mne rupa clearasil yg awak pakai tu ea ? Wujud lagy ke clearasil dkt mlaysia ni ?

    ReplyDelete
  17. Saya ada masalah parut jerawat.jerawat kalau singgah cme time bendera merah.dah habes bendera merah dia still ade dah tak reti berambus n then die and leave a scars.how ro find clearasil cause at guardian and watsons not have it.then, mcm mne rupa dan bentuk clearasil yg awak pkai tu ek.? Slain guardian n watson kat mane lagi bole cari.hope dpt tlg ?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.tumpang segala tumpang.kat mne yek bolee dpt clearasil ? Sbb watson dkt tmpat sy takde.mcm mne rupa clearasil yg awak pakai tu ea ? Wujud lagy ke clearasil dkt mlaysia ni ?

    ReplyDelete
  19. Sesiapa yang ingin tanya saya mengenai Clearasil, sila emel saya di pinkgemstone90@gmail.com

    ReplyDelete
  20. salam..lpas sy start pkai foundation,muka sy dah start naik jerawat dan skrg dah susah nk hilang..mcm2 produk guna tp xjadi.. :( sedih betol.. mane boleh dpt clearasil tu ek? brapa harga? nak cari cepat2 ni :)

    ReplyDelete
  21. akak boleh tak tunjuk gambar produk akak yg clearsil tu? Please >_<

    ReplyDelete
  22. Sesiapa yang ingin tanya saya mengenai Clearasil, sila emel saya di pinkgemstone90@gmail.com. Saya tak dapat nak share apa2 dalam ni.

    ReplyDelete
  23. sy cube buat yg di atas .. hilangkan jerawat memakai ubat gigi . jerawat nya hilang . tapi lepas pakai , mukanya nampak kering sgt , terasa mcm berlapis . lepas tu mengupas ! mcm mane ni .. malu nak keluar rumah .help me !!

    ReplyDelete
  24. try tgk blog www.magicskincareofficial4u.blogspot.com hari tu beli satu set sbb terpengaruh dengan kawan2 memula tak percaya sebab dah fedup nak pakai produk2 nie..tapi tahan jugak pakai alhamdulillah jerawat lenyap dalam masa seminggu jer..Alhamdulillah ...just nak kongsi sbb paham sangat perasaan bila jerawat mencanak naik

    ReplyDelete
  25. Saya ada masalah jerawat & parut kat muka dulu..5 tahun lepas. sy guna produk pencuci muka A's first facial cleanser. sangat berkesan. beberapa hari nampak dah kurang parut-parut hitam kat muka. skang alhamdulillah..samoai skang kulit muka sy licin n cerah tanpa parut n jerawatlg. kwn2 pun da ramai pkai jugak. sbb dulu dorg tegur sy pkai ape nk pakai jgk. kalo parut tu memang bleh hilanglah..

    ReplyDelete
  26. thnx :) sya akn cuba ikut petua akak... :) tpi ssah ckit,,sya ni adalah jugak ssah ckit nk kawal marah sya ni..haha..org sekeliling suka tgk sya mrh xD n nk tdo 8 jam..xdpt...pling lama 5 jam je sbb trlalu bnyk homework T^T n kdg2 2 jam sehari je sya tdo,,sbb tu jerawat bnyk dtg,,tgn pun gatal nk pecahkn xD

    ReplyDelete
  27. Serius malu if byk jerawat kt muka.. Tambah2 jerawat batu.. Self confidens pon kurang..Jom usha2 supplemen terbaik utk atasi masalah ni dan cantikkan muka

    Dapatkan juga produk utk cantikkan kulit muka yang betul

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum.
    Suka utk war2kan,bg adik2 yg bermslh dgn jerawat, cuba pakai bedak batu benang sila. bedak tu tradisioanl tu. boleh dptkan drpd kak hawa 019-2002855.

    ReplyDelete