Assalamualaikum.
Alhamdulillah ya Allah kerana saya dilahirkan di Malaysia. Saya bersyukur sepanjang saya menjadi rakyat Malaysia banyak kesenangan yang saya dapat di sini. Kawan-kawan, kita patut bersyukur sepanjang kita tinggal di Malaysia, kita hidup aman damai dan punya segalanya yang mungkin tiada di negara lain. Saya suka mengenali pelbagai negara di dunia ini kerana dengan itu saya sedar yang selama ini saya miliki pelbagai kesenangan yang tidak dapat saya ungkapkan.
Di kesempatan ini, saya ingin bercerita mengenai pengalaman kawan karib saya ketika berada di luar negara. Sekarang ni dia bertugas di Yaman. Sepanjang dia bercerita, perasaan sedih menyelubungi diriku seperti daku mahu pergi ke sana sekarang juga dan tarik tangan dia untuk pulang ke Malaysia. Tapi apakan daya, komitmen kerja lebih penting daripada segalanya. Semoga dia diberi kekuatan untuk tetap bekerja di sana. Tahun ini adalah tahun pertama dia bekerja di sana, masih ada 4 tahun lagi untuk dia berada di sana. Sungguh terseksa hati saya setiap kali mengira hari untuk dia pulang ke Malaysia. Inikan sehari, kalau bertahun. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ni.
Dia cerita, setiap hari di pejabat tempat dia kerja ada saje masalah yang mereka kena hadapi. Masalah elektrik, internet, air dan bunyi. Inilah selalunya masalah yang mereka kena hadapi setiap hari. Masalah lain tu saya tak tahulah.
Masalah Elekrik & Internet : Penjanaan elektrik di negara Yaman tak sama dengan negara Malaysia. Di Malaysia, kita beruntung kerana kita mempunyai empangan yang dapat menjana elektrik di negara kita. Jika di Yaman, mereka kena guna generator besar untuk cas elektrik untuk sesebuah bandar. Generator tu seperti generator yang selalu digunakan oleh peniaga pasar malam di negara kita ni. Tetapi generator yang digunakan oleh sesebuah bandar di Yaman ni bersaiz besar. Jadi, elektrik tak selalu ada. Sekejap putus, sekejap ada. Maksudnya, lampu sentiasa berkelip-kelip dan kipas kadang-kadang ter'off' sendiri. Oleh kerana elektik sekejap ada, sekejap tak ada maka internet pun sentiasa putus. Kadang-kadang tu saya nak online dengan dia pun sedikit terganggu. Saya selalu pesan pada dia supaya sentiasa sabar dengan ujian seperti ini. Inilah hidup, kena terima segala kekurangan. Jadi jika elektrik dan internet tak ada, rakyat Malaysia janganlah merungut ye. Sebenarnya ada negara lain yang lagi susah untuk dapatkan elektrik. Bersyukurlah kita kerana dapat elektrik yang sentiasa lancar.
Masalah Air : Boleh dikatakan masalah air ni setiap hari ada di sana. Kadang-kadang dah jadi rutin jika tak dapat mandi. Lagi satu, korang mesti tau yang setiap malam mereka kena panaskan air terlebih dulu. Eh, mesti korang pelikkan. Kalau korang nak tau, mereka di sana kena panaskan air pada setiap malam supaya dapat mandi di siang hari. Di Malaysia, jika kita tak panaskan air pun kita masih boleh sentuh air tu. Untuk pengetahuan korang, di Yaman sumber air mereka adalah dari gunung. Selalunya jika air yang datang dari gunung ni terlalu sejuk. Jadi saya selalu ingatkan dia mengenai hal ni pada setiap malam.
Masalah Bunyi : Tadi saya ada bagitau mengenai generator kan. Bunyi yang saya maksudkan tu adalah bunyi dari generator. Setiap kali saya webcam dengan dia, memang akan dengar bunyi generator tu. Tu pun bukan hari-hari saya webcam. Bila dia free saje. Dia bagitau, dia dah lali dengan bunyi generator ni. Kalau saya, ntahlah. Mungkin saya akan jadi macam dia juga.haha Belum lagi masuk dengan pelbagai bunyi lagi di sana.hurm sabar sajelah.
Buat masa ni, inilah antara masalah yang dia kena hadapi pada setiap hari. Yang lain tiada masalah. Sewa rumah free, bil elektrik dan air pun free. Cuma makan saje kena bayar. Untunglah dia kan, semua ditanggung kerajaan Malaysia. Ada sesuatu yang paling menggelikan hati saya pabila dia bagitau yang sekarang ni dia kerap makan nasi Arab dan menghampiri zon sama saiz dengan orang Arab.haha takpelah awak, asalkan awak bahagia.
setiap negara ada baik dan buruknya..bak kata orang lebih baik di negara sendiri kan..kalau dok negara orang kena belajar dengan keadaan dan cara hidup yang lain.sabar je la yg penting.
ReplyDeleteNegara kita tak alami masalah2 semua tu, tapi negara kita ada masalah lain misalnya perang politik yg tak pernah habis...
ReplyDeletehujan emas di negara org, hujan batu di negara sendri. lebih baik di negara sendiri.. huhu.. alhamdulillah..
ReplyDeletebiasalah tu..setuju dgn komen2 kat atas ni~
ReplyDeletesbb tu kita kena bersyukur, tak semua negara sama macam Malaydia. walaupun kita nampak 'teruk'....tapi tak seteruk mana...kannnn....
ReplyDelete