Assalamualaikum.
Tetiba terasa rindu pada housemate saya dulu dan sekarang saya nak imbas kembali kenangan lalu bersama mereka. Jika kenangan ini dapat berulang kembali, saya akan pastikan yang kenangan ini tak akan berakhir sampai bila-bila.
Kenangan Bersama Di Lata Kekabu & Tasik Raban
HUTAN LIPUR LATA KEKABU. Terletak di Lenggong, Perak. 1 jam 30 minit untuk sampai ke sini dari rumah sewa kami.
Cantikkan air terjun ni. Air terjun ni deras dan kami tak digalakkan untuk bermandi-manda di kawasan ni. Had kedalaman air, paras dada orang dewasa. Kami mandi juga di kawasan ini, tapi sekejap sajelah. Maklumlah, kami pun takut bila tengok air terjun ni berderau-derau turun dari atas.
Ini pula bahagian separuh deras. Di sini boleh mandi, tapi kena berhati-hati kerana batu di sekitarnya licin.
Kawasan ni pun boleh mandi juga. Had kedalaman air di sini ialah paras pinggang orang dewasa.
Kawasan ni boleh dikatakan selamat kerana airnya tidak terlalu deras. Jadi, kami bermandi-manda di sini la. Sesuailah dengan kami yang tak tahu berenang ni.hehe
Tempat ni jauh untuk kami pulang singkat ke rumah sewa. Oleh kerana kami bermandi-manda sehingga lewat tengahari, mestilah kami lapar selepas tu. Jadi kami ambil keputusan untuk singgah ke Tasik Raban pula untuk menjamu selera.
Tempat ni jauh untuk kami pulang singkat ke rumah sewa. Oleh kerana kami bermandi-manda sehingga lewat tengahari, mestilah kami lapar selepas tu. Jadi kami ambil keputusan untuk singgah ke Tasik Raban pula untuk menjamu selera.
Inilah Tasik Raban. Selesai kami makan, kami main bot kayuh pula. Pertama kali kami main bot kayuh ni. Gayat juga pada mulanya, maklumlah tak pernah cuba.hehe
Inilah kami. Semuanya pakat posing ayu.
Cuba teka mana satu saya? :)
Selepas puas bermain, kami terus pulang ke rumah sewa. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan lancar. Yang penting, kenangan dan pengalaman ketika hari tu akan sentiasa tersemat di dalam hati ini.
wah macam menarik tempat ni... terasa nak pergi pulak...
ReplyDeletebeznye solehah
ReplyDeletetringat yumida masa abis spm dulu
gathering ngan member lama kat air terjun
sambil bbq..beznye!
lata kekabu..lamanya tak pegi....
ReplyDeletebest kan tempat ni... :)
indahnya pemandangan...rasanya akak dah pergi..ingat2 lupa..
ReplyDeletecantik tmpt tu.. x penah lg smpai sana.. kenangan manis kan tetap hidup dlm ingatan kan..
ReplyDeleteAbg eq kalau berjauhan dengan kawan2 baik selalu send sms sebagai pengganti diri... :)
ReplyDeleteTerima kasih singgah ke blog abg eq...
-eqbalzack-
Dah lama tak main bot kayuh.. Last main masa kat matrik dulu.. Tahun 2003.. Hehehe..
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
cantik gak tempat ye solehah....teringin pulak nak sampai ke sana...;)
ReplyDeletecantiknyr tempat...best wooo layan bot kayauh....
ReplyDeletewah..tk pernah pergi, so kena pergi ni. cantik, masih virgin lagi....tang kayak tu yg tk tahan. lama dah CiM tk mengayuh ni
ReplyDeleteWah cantiknya Lata Kekabu & Tasik Raban ini. Boleh pergi juga nanti time balik sana.
ReplyDeletetasik raban ni dll..tempat dating akak...hahah..wah dh cantik sekarang yer..nnt balik kg nak ajak hbby g cni lah
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.