Friday, May 3, 2013

Tips : Mencari Jodoh (Bagi Wanita)


  • Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi didunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah' kesedian hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
  • Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya mudah dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki senang pula untuk dipersiakan.
  • Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin dikalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tetapi wasilah (ikhtiar atau jalan) semata-mata.
  • Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu'anda dimatanya.
  • Minta ibu bapa,abang atau saudara mara mencarikan utk anda.
  • Jika anda dirisik secara langsung oleh lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat! Cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah adalah sunnah Rasulullah SAW.

14 comments:

  1. nak minta org tua tolong carikan susah la...

    Malu nak cakap..kikikiki...

    apapun nice tip solehah... :)

    tak salah kita berusaha...tapi jgn melampaui batas.. :)

    ReplyDelete
  2. akk suka berkwn dn bykkN kawan... Pastu jadikan diri kita sbg magnet utk menarik org lain.. Tapi bukan kna gedik.. Gedik buatkan org smkin menjauh...

    ReplyDelete
  3. semoga solehah bertemu jodoh dgn seorang lelaki budiman dan cukup sifat kelelakiannya sbg seorg khalifah Allah

    ReplyDelete
  4. Insya- Allah semoga Allah pertemukan kita dengan jodoh yang baik.

    ReplyDelete
  5. Salam =) Jom join segmen 1st saya =)

    http://duniaitusfera.blogspot.com/2013/05/nak-aku-klik-iklan-korang.html

    p/s: Bagi Allah hati kita dan Allah akan bagi hati kita pada lelaki yang terbaik untuk kita. =) Jodoh tak ke mana..kalau tak di dunia, insyaAllah di syurga.

    ReplyDelete
  6. nice sharing solehha
    moga solehah bertemu jodoh dgn lelaki yg mulia n soleh

    ReplyDelete
  7. moga solehah dan sesape yg tgh bujang tu bertemu dgn pasangan yg baik2.. amin... ;)

    ReplyDelete
  8. wahh !! a very useful tips..

    btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

    insanbiasabiasa@blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Dya ada tlg parent dya cri kan tpi dorg xnk cri..hihi

    ReplyDelete
  10. nice tips solehah..perempuan ni senang je nak dapat jodoh..yang penting usaha...

    ReplyDelete