Tuesday, April 2, 2013

Tips : Menghilangkan Batuk

a. BATUK SERATUS HARI - Ambil akar pokok kemunting cina yang bunganya berwarna putih (bukan warna ungu). Asahkan pada bontot pasu (bubuhkan sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya. Minum air tersebut 2 kali sehari. Dalam masa 2 atau 3 hari ia akan sembuh.

b. BATUK BIASA (BRONKITIS) - Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari dan garam sedikit. Kemudian kunyah-kunyah dan telan airnya. Selepas 5 minit rasa gatal akan hilang.

  • Tanda-Tanda Batuk Biasa:


1. Batuk yang kerap dan diikuti pula oleh pengeluaran kahak yang banyak.

2. Pernafasan seseorang itu akan terganggu dan menjadi sukar untuk bernafas.

3. Keadaan batuk (bronkitis) yang berpanjangan boleh menyebabkan lelah dan susut berat badan.

  • Cara-Cara Mengelak:


a. Bernafas diudara yang segar dan bersih.

b. Asap rokok adalah gangguan yang paling utama bagi penghidap batuk jenis ini.

c. Elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok orang lain.

c. BATUK REJAN PADA KANAK-KANAK - Batuk ini adalah batuk yang tidak mahu berhenti-henti, biasanya berlaku pada kanak-kanak. Ambil air perahan daun peria dan beri minum pada anak tersebut. Oleh kerana air perahan ini terlalu pahit, kahak-kahak akan keluar. Buatlah berulang kali jika perlu.

d. BATUK (suara serak/kahak pahit) - Ambil bawang besar 2 biji, buangkan kulitnya dan tumbuk tumbuk atau dimesinkan sehingga hancur. Kemudian tapiskan dan ambil airnya dan minum sekadar 3 sudu besar. Minum 2 kali sehari. Amalkannya 2 hari berturut-turut.

UBAT BATUK MUJARAB - Makan buah kudu yang sudah masak dengan garam. Gatal-gatal, serak dan batuk akan hilang.

24 comments:

  1. tips berguna. kite pun tengah batuk2 nie. bilalah nak hilang --"

    ReplyDelete
  2. wah macam2 jenis batuk yer solehah? anyway, berguna tips ni and thanks for sharing...

    ReplyDelete
  3. banyak jenis batuk ea. baru tahuu

    ReplyDelete
  4. mana nak cekau kemunting & cikur tu???saya biasanya minum air gula-gula hacks je.hehe

    ReplyDelete
  5. @Si Matatajam buah kudu tu buah mengkudu. kudu tu dalam bahasa Jawa, kak :)

    ReplyDelete
  6. @Farah Waheda Wahid haah sebenarnya batuk da bagai jenis, sume xsme :)

    ReplyDelete
  7. @aReLaN kemunting cina tu sejenis herba. kalau nak beli, cuba cari di kedai yang jual herba. kalau cikur pula, bentuknya macam halia. kadang2 org panggil cikur tu kencur, kecur ataupun cekur. mana-mana pun boleh dipanggil. selalunya ia digunakan dalam masakan orang jawa. kalau jagau tak tau cikur tu pe, tanyalah org jawa ye :)

    ReplyDelete
  8. eh silap panggil lak.haha maaf arelan :)

    ReplyDelete
  9. nice tips
    aah kan...kengkdg sllu rasa tekak gatal pastu olwes nak rs batuk

    ReplyDelete
  10. banyakkan petua org2 jawa..hehe.. buah pun tak pernah dgr namanya.. tapi kalau guna petua tradisional mmg senang dr makan ubat batuk cuma kemalasan utk sediakan bahan2 ja..ehehe

    ReplyDelete
  11. cikur..ke cekur ekk..
    solehah tau tak cikur tu ape?

    bagus tips ni solehah...=)

    ReplyDelete
  12. @Aine Ainun kadang2 org panggil cikur tu kencur, kecur ataupun cekur. mana-mana pun boleh dipanggil. selalunya ia digunakan dalam masakan orang jawa. kalau akak tak tau cikur tu pe, boleh cari di pasar. da org jual :)

    ReplyDelete
  13. ooo.. klu mcm tu bolhlh cuba lain kli.. dpn rumh ni ada kmntg cina :)

    ReplyDelete
  14. @solehah shamsuddin saya ade hantar email kat awk, please check, :) thank youuuuu.

    ReplyDelete
  15. bagus berkongsi tips. boleh cuba. :)

    ReplyDelete
  16. Thank you dear for the tips.. Memang tengah batuk2 pun ni.. Dah masuk 2 minggu.. Huhu~~

    ReplyDelete
  17. cara tradisional mcm ni la biasanya lebih mujarab kan... ;)

    ReplyDelete
  18. tq solehah..anak2 kak MV mmg senang kena batuk

    ReplyDelete
  19. ‎​TђƋήK••ƴ<3Ʋ••({})({}) for the info

    blogwalking!
    http://aan-shared.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Nice tips solehah...
    kalau ade sesiapa yg batuk bolehlah cuba tips ni.. :)

    ReplyDelete
  21. mcm susah je nak cari bahan2 tu.huhu~

    ReplyDelete