1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.
2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.
3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.
4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.
5.
Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi
Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya)
sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. Kemudian hembuskan
pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu.
6.
Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali
diikuti ayat 19 dari surah As-Syura. Dia memberi rezeki kepada sesiapa
yang Dia kehendaki dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar.
8.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah
Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah
kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada
Allah supaya kamu berjaya".
9.
Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan
kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika
anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang
berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
10.
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang
bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan
kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan
kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
11.
Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku,
jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku.
Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
nice sharing of tips dear... ^_^
ReplyDeletetq kongsi solehah
ReplyDeletetime kasih. nanti nak praktikkan kat baby yang nak kuar awal bulan 6 ni.hehehe..yang first tu pernah ada dalam drama apa ntah. tapi si anak tiri bacakan kat ayah tiri dia la. ;P
ReplyDeletebole amalkan nnti bila ada anak...hihi...
ReplyDeletetp skng ni buat kat ank kucing bole tak? hahahhaa...
nice sharing solehah
ReplyDeleteinsyaAllah akan dipraktikkn utk anak2 nnti
moga dimurahkan rezeki mendptkn cahaya mata. amin.
terima kaseh sudi berkongsi solehah.... :)
ReplyDeleteinshaAllah soon when marry. will practic this. nice sharing
ReplyDeleteboleh cuba utk anak buah ni. ;)
ReplyDeletesharing is caring :)
ReplyDeleteboleh buat panduan ns depan ni
sesuai juge utk mak anak atau bapak anak yg degil. hehehe.
ReplyDelete