Buku Jalanan merupakan satu usaha untuk memaksimumkan penggunaan ruang awam. Dan minggu ini,kami dijemput ke Pesta Buku UiTM di Dewan Kolej Mawar,UiTM Shah Alam.
Aktiviti yang akan berlangsung :
1) Peminjaman dan pemulangan bahan bacaan secara percuma. Peminjam hanya perlu menulis nama, nombor telefon dan tajuk buku yang dipinjam.
2) Diskusi Puisi oleh Allahyarham Usman Awang berjudul "Melayu".
3) Conteng conteng ; membenarkan kanak kanak melukis mewarna dan berimaginasi terhadapat sehelai kertas puteh.
4) Pasar percuma ; barang barang yang terpakai dikumpul dan ditawarkan tukar milik untuk sesiapa sahaja. Baju seluar mainan dan lain lain. Konsepnya sama seperti kitar semula, penggunaan semula.
Jadi, semua dijemput hadhir. Setiap kedatangan anda memberi setitik kegembiraan terhadap kami pihak Buku Jalanan. Jemputlah teman teman, rakan rakan, sahabat sahabat, adek beradek dan orang ramai.
Semestinya saya akan datang pesta buku ni, sebab saya orang Teluk Intan.
Jom kita meriahkan pesta buku ni! :)
saya dok seremban. :p
ReplyDeleteeh! rumah mak cik kite kat teluk intan! Hahaha. Tetibe takde kena mengena pun :P
ReplyDeleteWah best tu solehah..:)
ReplyDeletejauhnya nak pi.....
ReplyDeletejauhnya ai nk p Solehah..maunya 3 jsm setengah ni.hehe
ReplyDelete