Friday, March 15, 2013

Tutorial : Melajukan Masa Blog Loading

Assalamuaikum.

Seperti yang dijanjikan semalam, saya telah buat satu post di depan fb saya sendiri yang saya telah menjumpai satu tutorial yang sangat mudah dan berkesan yang saya sendiri telah lakukan di dalam blog saya. Wah korang mesti berkobar-kobar nak tau kan. Sabar dulu, sabar ye. Kita baca dulu di bawah ni, apa yang saya post di facebook semalam.

Terima kasih kepada kak Izan Hussain Mia & Sharina Elyana.
Jom lawat blog kak Izan di SINI & blog Sharina di SINI.

Sebelum saya ajar bagaimana nak lajukan loading blog ni, mari kita timbang ketiga-tiga blog terlebih dulu. Mari kita tengok blog mana paling berat. Kepada sesiapa yang tak tahu di mana mau timbang berat blog, klik SINI. Hasil dari timbangan adalah :

Tengok ni korang, kami punya blog tersangatlah berat. Entah apa yang ditanggungnya sampai blog dah sakit bahu. Masa untuk loading nak sampai seminit. Mula-mula, saya pun jadi risau sebab tidak keruan dibuatnya sebab kalau dibiarkan makin sarat blog ni. Tapi masalahnya disebabkan perasaan sayang nak buang macam-macam yang bertanak dalam blog, inilah jadinya. Sekarang tak perlu risau sebab saya ada cara yang paling mudah tanpa korang buang apa-apa yang korang sayang sangat tu. Jom ikut tutorial di bawah. Nanti kita tengok blog siapa paling laju.haha :D

1. Korang copy dulu kod di bawah ni. Copy tau, wajib!

2. Dashboard > Layout. Korang cari bahagian Blog Posts korang di mana dalam layout.

3. Kalau dah jumpa, klik Add a Gadget > HTML/JavaScript dan paste kod yang di copy tadi.

4. Jadi, kod tu berada di sini sekarang.

5. Tarik kotak kod tu untuk dibawa ke bawah kotak Blog Posts.

6. Save! Korang perlu timbang berat blog sekali lagi di SINIKorang dah bersedia nak tengok perubahannya? Jom kita timbang. Keputusannya ialah :

Nah, terus berkurang load time tu.haha yang pasti, saya punya blog paling ringan. Jangan jeles tau. Sebenarnya banyak lagi rahsia yang saya pernah buat dulu untuk melajukan masa blog loading, tapi tak ingatlah pulak. Ini saje cara yang saya ingat. Tapi korang juga boleh cuba kaedah di bawah ini untuk lajukan loading blog.

KAEDAH LAIN UNTUK LAJUKAN LOADING BLOG

• Gunakan warna HTML
Pastikan anda menggunakan warna HTML untuk background blog. Jangan sesekali guna imej photoshop dan sebagainya untuk background blog kerana imej tersebut mengambil masa yang lama untuk loading berbanding warna HTML. Korang boleh ambil warna HTML di SINI.

• Hosting image ke blogspot
Bila anda ingin letak gambar dalam entri, pastikan upload imej tersebut ke blogspot image. Jangan guna imageshack kerana permintaan URL agak perlahan untuk gambar yang dihostkan ke imageshack.

• Kedudukan widget javascript
Jika anda ingin letak widget javascript seperti alexa widget, live feed traffic dan lain-lain. Pastikan anda meletakkan widget tersebut di bawah bahagian blog. Ini untuk memudahkan blog anda loading terlebih dahulu sebelum widget tersebut. Korang tahukan yang widget javascript ni lambat loading.

• Halaman utama
Elakkan halaman utama blog yang panjang berjela-jela sehingga 10-20 entri pada halaman tersebut. Letak 3-4 entri pada halaman utama dah memadai.

• Auto Play Music (lagu pada blog)
Lagu yang dipasang pada blog akan menyusahkan pengguna yang mempunyai kelajuan internet yang perlahan seperti broadband. Pada kelajuan internet yang slow, lagu tersebut tidak dapat buffer dengan cepat dan menyebabkan lagu tersekat-sekat.

• Elak animasi flash pada blog
Jangan gunakan header atau animasi flash pada blog kerana ianya sangat berat. Semua orang inginkan animasi flash pada blog kerana ianya menarik tetapi penggunaan flash agak melembabkan blog.

Ini sajelah yang saya dapat ajarkan. Korang jangan lupa cuba ye... :)

25 comments:

1. wahhh terer la solehah. kena cuba ni. tq share tau. ;)

ReplyDelete
2. owh tutorial ni...sis mmg dah masokkan lama dah... ingatkan smua dah tau... hihi...

ReplyDelete
3. dh try n brjaya hehe thanks solehah sbb share..

ReplyDelete
4. panjangnya entri ni. semput gak nak kasi faham. hoho

ReplyDelete
5. wah cantiknya blog! pinky kaler lg. =)

Jom join giveaway!
http://myartcrafting.blogspot.com/2013/02/newbie-giveaway.html

ReplyDelete
6. nak kena cek dah ada ke belum ni..tq solehah

ReplyDelete
7. nk kene cuba nih...thanks solehah

tag solehah:

http://umikasum.blogspot.com/2013/03/segmen-tambah-followers-laju-laju-part.html

http://umikasum.blogspot.com/2013/03/segmen-add-friend-by-hanis.html

ReplyDelete
8. solehah...dh buat..thanks..

yg widget html tu sy nyer x dpt tarik bwh post..tp yg tengah2...dh buat..nampak perubahan la...thanks...

ReplyDelete
9. okey,..nak cuba buatlah..tq solehah

ReplyDelete
10. wah tengkiu dik tengkiui like it..yeahhh!

ReplyDelete
11. pcl g timbang dulu eh..tq to U n Yumida jgk.

ReplyDelete
12. salam perkenalan...leh try nie...

ReplyDelete
13. wow.. very useful tip here... tqvm for sharing!!!

ReplyDelete
14. akak dah try timbang sebelum masukkan tuto ni..then timbang balik selepas masukkan tuto..akhirnya turun jugaklah sikit hehe..thanks solehah for this tips..

ReplyDelete