Friday, March 29, 2013

Tips : Menghilangkan Kutu Rambut

Pilihan 1 : Ambil beberapa biji bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut kepala dengan kain selama 1 jam sebelum dicuci.

Pilihan 2 : Gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan kira-kira 5-10 minit dan bilas dengan air bersih. Rambut akan kembali sihat dan bebas kutu.

Pilihan 3 : Ambil beberapa biji ubat gegat dan tumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan setengah cawan minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala dengan kain. Selepas 15 minit, bilas rambut.

Pilihan 4 : Sapukan cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.

Pilihan 5 : Sapukan minyak zaitun pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.

Pilihan 6 : Sapukan sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit. Selepas itu syampu rambut anda.

8 comments:

  1. petua yg sis dah penah dgr seblm ni...teringat dulu zaman budak mmg ada kutu..berjangkit ngan budak india.. hihi

    ReplyDelete
  2. x tau plak ada petua tuk kutu ni...thx for sharing..

    ReplyDelete
  3. Minyak tanah pun boleh hilangkan kutu rambut? Baru tahu! Takut berbau pulak nanti rambut, sebab bau minyak tanah kuat. :D

    ReplyDelete
  4. Dulu kecik2 adalah kutu..
    skarang ni xde dah...

    ReplyDelete
  5. tip yg menarik...kecik2 dulu selalu jugak dengar petua nie...

    ReplyDelete
  6. mesti kutu tu pening ble pakai bawang putih tu. hehe.

    ReplyDelete
  7. @9n0L4 ha ha ha mau x pening

    ReplyDelete
  8. hahahah mau x pening

    ReplyDelete