Petua 1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam.
Petua 2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
Petua 3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
Petua 4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
Petua 5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
Petua 6. Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
Petua 7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
lame dah tak buat masker sdiri. :)
ReplyDeleteguna bahan2 semulajadi paling selamat dan berkesan. cuma takes time, but it's worth. skrg sy tgh amalkan guna oat sebagai cleanser :)
ReplyDeletekena rajin ni..ehehe
ReplyDeleteselalunya memang tak berapa rajin la nak buat benda2 ni. hehe..
ReplyDeletenk try petua ni
ReplyDeletethanks sharing solehah
huhuhu..nasib baik laki2 ni takyah nak pening sangat bab2 gini.
ReplyDeletewah... bgusnya..
ReplyDeletennti blh cuba jugak
adoii..
ReplyDeletemasker yg ada pun jarang buat..
mmg jarang amalkan camni...huhu... cantik model...
ReplyDeleteBoleh cuba gak nanti ni
ReplyDeletesemua ni kena rajinkan..hihih
ReplyDelete