Saturday, March 2, 2013

Saya Dapat Tandatangan Siti Nurhaliza

Assalamualaikum.

Tengah perah otak ni camna nak mulakan entri ni. Maklumlah perkara ni berlaku dalam keadaan separuh minda sedar. Antara nak percaya atau tidak percaya. Ha, okaylah saya cerita sekarang ye. Sebenarnya kisahnya begini.

Alkisahnya berlaku satu ceritera indah ini semalam. Err maksudnya malam semalam la kan. Saya melawat semula sekolah menengah saya. Rasanya tak perlu saya mention nama sekolah menengah saya dulu kat sini. Saya melawat sekolah menengah dengan kawan-kawan sekelas dulu. Maksudnya kawan sekelas ketika tingkatan 5. Diorang bagitau pada malam kami melawat ni juga akan ada satu event. Nama event tu dirahsiakan kepada saya, jadi cuma kawan-kawan sajelah yang tau. Memandangkan saya malas nak balik rumah (padahal dekat saje), saya ajak salah seorang kawan saya ni ke The Store untuk beli baju untuk dipakai pada malam nanti. Setelah kami siap shopping baju, kami balik ke asrama sekolah menengah kami semula. Memandangkan waktu tu masih tengahari jadi kami berehat dulu dan bersiap apa yang patut untuk pergi ke event malam nanti.


Event ni akan bermula pada pukul 9 malam. Jadi selepas solat Maghrib, kami bersiap-siap untuk pergi ke event pada malam ni. Saya dan kawan-kawan pakai baju kurung pink. Tak sangka, semua pakai baju kurung yang sama warna. Macam berpakatlah pulak kan.hehe Terserlah keayuan kami pada malam tu. Ramai orang tengok kami. Malu tau. Tapi yang penting kami dapat pergi :D


Selepas kami dapat tempat duduk, saya tanya kawan saya semula.


Saya : Ni event apa ye?

Kawan : Dear, just wait and see. We want make surprise for you... :)
Saya : Tapi kenapa? =.=
Kawan : Dear, just wait and see. We want make surprise for you... :)

Asyik jawapan yang sama saje saya dapat. Saya dah putus asa dan terus mendiamkan diri. Kira-kira 10 minit lagi event tu akan bermula. Jadi saya main handphone untuk menghilangkan kebosanan.


Selepas 10 minit. Event bermula.


Pengerusi Majlis : Tuan-tuan dan puan-puan, kami berasa berbesar hati pada malam ni kerana terdapat dua orang artis undangan istimewa yang tidak asing lagi di Malaysia akan membuat persembahan pada malam ini. Dipersilakan kepada Hafiz Hamidun untuk membuat persembahannya.


Dengan muka terperanjat saya pun berbisik dalam hati.


Naluri hati saya : Eh, Hafiz Hamidun? Biar betul dia datang sini. (Tiba-tiba hati meronta dan saya bisikkan hati). Sabar, sabar. Nanti selepas dia buat persembahan, saya nak keluar senyap-senyap untuk dapatkan tandatangan dia. Yes that my point! (Sambil senyum dalam hati)


Suasana riang tawa kami layan nasyid Hafiz Hamidun. Saya pun dah lupa tajuk nasyid yang dipersembahkan. Yang kawan saya punyalah seronok kemain, tapi saya cuma tetapkan dalam hati nak tandatangan daripada Hafiz saje.haha teruk kan saya. Maklumlah bukan senang nak jumpa kan... :p


Hampir sejam jugak Hafiz Hamidun buat persembahan dan persembahannya akan tamat dalam beberapa minit saje lagi. Jadi saya berpura-pura untuk pergi ke tandas. Saya rasa inilah masa yang tepat untuk saya keluar. Maklumlah takut nanti ramai pulak yang akan serbu dia jugak.


Sebaik saje saya keluar dari dewan, saya ternampak seseorang. Korang nak tau siapa yang saya nampak di luar dewan? Ehem-ehem, baca tajuk entri ni semula dan korang akan tau siapa orangnya. Ye, saya nampak Siti Nurhaliza. Lebih dari 3 kali saya tengok dan berkata dalam hati "Betul ke Siti Nurhaliza ni?" Saya bukan tak kenal Siti, tapi cuma nak lebih kepastian. Tanpa membuang masa, saya pun terus menghampirinya sambil berkata :


Saya : Maaf. Ini akak Siti Nurhaliza ke?

Siti Nurhaliza : Ye saya. (sambil pusing memandang saya)
Saya : Err err biar betul ni. Akak Siti depan saya.
Siti Nurhaliza : Ye dik. Kenapa ye dik? Janganlah buat muka terkejut macamni. Rileks-rileks sudah. (sambil melemparkan senyuman pada saya)
Saya : (Dengan spontan terus saya hulurkan buku dan bagitau) Akak, boleh ke saya nak tandatangan akak? :)
Siti Nurhaliza : Boleh :) (sambil ambil buku saya dan terus bagi tandatangan)
Saya : Terima kasih akak.
Siti Nurhaliza : Sama-sama. Okaylah akak nak buat persembahan dah ni. Jaga buku tu elok-elok ye. Jumpa lagi :)

Saya terus meluru masuk ke dewan semula untuk tengok persembahan Siti Nurhaliza. Sepanjang persembahan, Siti Nurhaliza asyik melemparkan senyuman pada saya. Kawan-kawan saya jadi pelik, kenapa saya juga tersenyum sorang-sorang. Sebenarnya kawan-kawan saya tak tau pada ketika itu di dalam hati ni ada tersembunyi satu perasaan yang sangat bahagia kerana berjaya mendapat tandatangan daripada insan yang sememangnya saya teringin untuk jumpa dari dulu lagi iaitu Siti Nurhaliza.


Sedang saya mengelamun, tiba-tiba kawan saya rampas buku yang ditandatangani oleh Siti Nurhaliza tadi. Kemudian, dia ternampak ada tandatangan Siti Nurhaliza di dalam buku tu. Saya cuba untuk mendapatkan buku tu kembali, tetapi malangnya saya terjatuh dari kerusi yang saya duduk. Dushhh!


(Menjerit) Adui sakitnya pinggang ni!... (Terus terjaga dari tidur).

Tiba-tiba, adik saya ketuk pintu bilik sambil bertanya :
Adik : Kakak buka pintu ni kakak. Kakak ok tak ni?
Saya : (Dengan keadaan masih tersentak, saya cuma jawab) Ye, kakak ok =.=

(Dalam hati) Ya Allah, saya hanya bermimpi. Rupa-rupanya, tandatangan tu hanya tandatangan palsu yang termeterai dalam hati ni. Tapi kenapa saya selalu mimpikan Siti Nurhaliza. Kenapa ye, kenapa? 


p/s : Sehingga sekarang saya masih tertanya dalam hati. Mengapa saya selalu mimpikan Siti Nurhaliza? Apakah maksud tersirat di sebalik mimpi-mimpi ni? Pelik...

11 comments:

  1. hehe.. mati2 fikir btul2 dpt tndatgn siti. :D

    ReplyDelete
  2. Alahai sian Solehah..mimpi rupanya... Akak pun berbunga riang ja hati ni masa bergambar ngan Siti Nurhaliza kat atas puncak gunung Mat chinchang beberapa tahun yg lalu... Siti mmg sweet dan sopan santun tau..

    ReplyDelete
  3. suspens mimpi solehah tu...dah terbayang2 wajah ayu ct senyum kat solehah..

    solehah..nk tanye..camne solehah buat kotak widget GFC tu jd 2 baris je follower? sy nk bt camtu...org kata leh ringankan blog. ade tutorial x?

    n 1 lg soklan..camne nk buat tajuk widget yg ade berkotak gitu? yg de kaler pink n bunga rose. dulu sy pnh bt tp x menjadik...

    ReplyDelete
  4. @Yumida Huda oh boleh je solehah tolong ajarkan. solehah ubah GFC tu jadi dua baris sbb guna kod. tapi solehah kna ajar akak satu persatu supaya akak paham camna nk wt. susahla nk ajar kt sini. nt solehah ajar akak dlm fb ye. n akak tnye pasal widget yg berkotak dan ada bunga rose tu ye. oh itu kena wt dlu.maksudnya kena buat sendiri dalam photoshop ataupun sofware editing2 yang akak da. baru leh letak dlm blog. ha, akak msg jela fb solehah ye. sbb ssh nk ajar kat sini

    ReplyDelete
  5. hihi.. siyes ckp.. awal2 dah tau solehah mesti cuma mimpi je.. tp mana la tau akn jd kenyataan.. solehah minat ct yer?? huhu

    ReplyDelete
  6. dh sangka dh mesti mimipi sbb mudah sangat jumpa ct tuu..hiihhi sakit tak jatuh katil

    ReplyDelete
  7. Perghhhhh...!
    Nur ingatkan betul2 laaa solhehah dapat jumpa ct...

    nur percaya sebab hafiz hamidun mmg de datang perak semalam kan....

    rupanya mimpi...adehh//!

    ReplyDelete
  8. punyela excited cikna baca rupanya mimpi. huhu..

    ReplyDelete
  9. Dalam mimpi pown jadiiii...hehehehe.....takpe, kalau realiti pown CiM tak jeles, sbbnya.... CiM tak minat cikCT tu

    ReplyDelete
  10. hahahqa...nasib Mv tak minat siti.

    ReplyDelete