Tuesday, March 5, 2013

Menjawab Isu Pencerobohan Dan Mengapa Tidak Tentera?

Ya!!! Memang benar!!! Sejarah telah membuktikan bahawa Kesultanan Sulu pernah memerintah negeri Sabah NAMUN ianya telah lama BERAKHIR dan Sabah telah pun MERDEKA pada 31 Ogos 1963 sebagai NEGERI SABAH dan kemudiannya bersama dengan Sarawak (dan ketika itu disertai oleh Singapura) telah bersetuju untuk menyertai dan seterusnya bergabung bagi membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA (Pada mulanya pembentukan persekutuan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963 namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963). 

Akan tetapi, tiba2 entah dari mana muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram. Entah mengapa setelah sekian lama "menyepi" dan kini "Baginda" secara "tiba2" telah memunculkan bersama para pengikutnya atau lebih dikenali sebagai "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk mengambil alih pemerintahan wilayah Sulu di timur negeri Sabah. Namun begitu "Baginda" telah terlupa sesuatu, "Baginda" mungkin terlupa bahawa pada 22 Januari 1878 di Istana Sultan Sulu, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian (bertulis) dengan William Cowie iaitu wakil daripada Syarikat Borneo Utara British (BNBC) untuk "menyewakan" atau "memajakkan" negeri Sabah serta kawasan Borneo Utara (sedikit demi sedikit) kepada BNBC tetapi dengan syarat, Baginda hendaklah diberi perlindungan daripada ancaman Kuasa Laut Tentera Sepanyol di Filipina (namun ketika penghujung tahun 1700, kesemua saki baki wilayah jajahan takluk Kesultanan Sulu telah diserahkan kepada Sepanyol) BNBC juga telah membayar wang pampasan kepada Sultan Sulu pada ketika itu. 

Ianya jelas bahawa kedua2 pihak telah bersetuju dengan perjanjian tersebut dengan tidak ada sebarang unsur PAKSAAN atau TIPU HELAH. Kemudian diakhirnya, pentadbiran Sabah telah diserahkan dan diambil alih sepenuhnya oleh pihak British untuk ditadbir (Ianya berlaku setelah Tentera Jepun menyerah kalah ketika Perang Dunia Ke-2 baru berakhir). Dan perkara yang paling menarik/aneh sekali ialah, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah (Borneo Utara) dijajah oleh Jepun pada tahun 1941?? Jika benar Sultan Sulu ketika itu masih mempunyai "HAK" di Sabah dan betul2 SAYANGKAN negeri Sabah (sebagai seorang Sultan), pernahkah Baginda berusaha untuk menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan & menyelamatkan Sabah dari serangan Tentera Jepun??? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Kerana dikepulauan Sulu sendiri (tempat dimana Sultan Sulu ketika itu telah bersemayam) juga telah dijajah oleh Jepun.

Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintah Baginda di Sabah & Borneo Utara kepada kerajaan Filipina yang ketika itu ditadbir oleh Presiden Macapagal pada 12 September 1962 yang berhasrat untuk menentang dan menghalang Sabah daripada bergabung untuk membentuk Gagasan Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" serta bersikap "lepas tangan" dalam isu ini. Akhirnya perbuatan itu memakan diri apabila waris keturunan Sultan Sulu terpaksa "mengigit jari" kerana pada tahun 1989, kerajaan Filipina akhirnya telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Dan sehingga sekarang, ramai yang tidak sedar bahawa Kerajaan Malaysia TETAP & MASIH membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, akan tetapi "Baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "Baginda" merasakan dirinya berhak mendapat 50% daripada wang hasil ekonomi negeri Sabah (mungkin "Baginda" tamak). Dan mungkin "Baginda" sekali lagi terlupa, sebelum pembentukan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold (CC) pada Jun 1962 telah membuktikan bahawa majoriti rakyat & penduduk Sabah telah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk Gagasan Malaysia. Mungkin "Baginda" masih belum sedar bahawa penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "Baginda" sebagai "Sultan Sabah" kerana NEGERI SABAH SEKARANG ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! Bukannya 'hak' milik Kesultanan Sulu & Borneo Utara lagi. 

"Baginda" seharusnya menghormati "hak" penduduk Sabah kerana MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUAT PILIHAN. HAK rakyat Sabah harus DIHORMATI dan akan terus DIPERTAHANKAN buat selama2nya!! Namun perkara yang paling menjadi persoalan sekarang ialah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN LEBIH KINI "TERHEGEH2" DAN "BERIYA2" BENAR HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" PEMERINTAHAN KEATAS SABAH?? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2 JIKA BENAR KERAJAAN FILIPINA INGIN "MENYINGKIRKAN" "BAGINDA"?? TIDAK SALAH RASANYA JIKA "BAGINDA" MAHU KEMBALI KE WILAYAH ASAL YANG PERNAH DATUK "BAGINDA""PINJAMKAN" SUATU KETIKA DAHULU NAMUN TERNYATA CARANYA SUDAH SALAH!! APAKAH "BAGINDA" MEMILIH UNTUK "MENYERANG" PADA WAKTU SEKARANG KERANA DIFIKIRKAN PADA KETIKA INI MALAYSIA SUDAH PUN BERADA DALAM KEADAAN HURU HARA?? HAKIKATNYA SEKARANG NEGERI SABAH ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH... SELAMANYA MALAYSIA!!!!!!! 

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika polis sebagai pemerintah operasi bermakna :

1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

  • Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
  • Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.
  • Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu - tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan).
  • Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (Ketua Almaunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung. Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau dituduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat Wall nya sering dicerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad Datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan). Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (Tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izin-Nya bocor juga).

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT, manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sebagai tiger platoon dari 2 Bn PGA. Komando di bawah ATM adalah kumpulan gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK, 22 RGK, 11 RGK dari Tentera darat. PASKAL pula dari TLDM. PASKAU dari TUDM. Ia tertakluk dalam majlis keselamatan negara (MKN) arahan NO.18. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.

12 comments:

  1. sebab tu tentera tidak dibernarkan masuk campur lagi...

    kalau tidak, malaysia akan diistihar perang...

    takut kot dgn perang2 ni...sellau tgk negara org je...ni negara sendiri jadi, rasa mcm mimpi je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye cik nur. Solehah pn xnk dgn perang2 ni. harap2 isu ni dpt diselesaikan segera. ayah Solehah pnh jd askar dlu, dy pn gtau hal yg sama dgn atas. kita xleh gne tentera dlu sbb kita bkn berperang tp cme diceroboh. dyorg ceroboh umpama lanun yg sll nk ceroboh Negara kita.

      Delete
  2. HAISH
    MOGA SEMUANYA BERAKHIR DGN CEPAT.AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita berdoa semoga isu ni dpt diselesaikan segera. Amin...

      Delete
  3. HAISH
    MOGA SEMUANYA BERAKHIR DGN CEPAT.AMIN

    ReplyDelete
  4. tyvm..pendedahan bg mrk yg pandai ckp-ckp blkg pasal pasukan keselamatan Negara kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Sy pn xsuka org yg ckp sembarangan n tuduh pasukan keselamatan Negara kita. padahal diorg sndiri xtau kenapa polis digunakan dalam isu ni, bukannya tentera.

      Delete
  5. org malaysia suka perang..maen counterstrike..tgk rambo..kumpul dvd die hard..so dri movie dorng tgk askar2 je yg bgus polis plak msti asyk mkn donat..american brain wash..huhu..

    ReplyDelete
  6. Bila orang awam bercakap (mengajar) tentang peperangak kepada tentera, macam tu la jadinya. Macam-macam versi cerita keluar. Paling sedih tohmahan dan cercaan kepada pihak berkuasa. Kita sebagai orang awam tahu apa dengan undang2 perang? silap tindakan, nyesal kita nanti.

    ReplyDelete
  7. setuju dgn komen nur.. kalo tentera yg turun padang mmg sebijik mcm perang dulu kala ar.. alahaiii bila smua nih akn berakhir?!!

    ReplyDelete
  8. tapi sultan sulu skg kena ingat perjanjian datuk moyang dorang ialah meyewakan sabah sehingga tia matahari & bulan....lagipun sultan sulu yg ni dah jauh ...

    ReplyDelete
  9. ntah apa sultan sulu tu...dia lupa sejarah ler tu

    ReplyDelete