Thursday, February 14, 2013

Tutorial : Bagaimana Ingin BerIklan Secara Percuma?

Assalamualaikum.

Kepada sesiapa yang ada produk untuk dijual dan tidak tahu bagaimana ingin promosikan produk korang tu, korang perlulah baca entri ini sehingga habis kerana saya akan bagitahu cara yang paling mudah dan ringkas untuk korang lakukan. Teringin nak tau bagaimana? Okay saya akan ceritakan bagaimana korang boleh promosikan.

Pernah dengar mengenai Laku? Ala, Laku.my... Website ini merupakan website Malaysia Marketplace. Sebenarnya saya tak pernah jenguk website ni sebelum-sebelum ni. Maklumlah saya bukan businesswoman. Jadi keinginan nak memasukkan diri ke sana sangatlah tipis. Tetapi untuk korang yang mempunyai bisnes, tiba-tiba saya merajinkan diri untuk membuat entri mengenai ni.

Kepada sesiapa yang sememangnya teringin nak tau mengenai website ni, korang klik SINI ye. Korang akan dapati website ni seperti di bawah. Ada berbagai kategori di situ. Jika korang nak lihat jenis-jenis produk yang diiklankan secara percuma di sana, korang hanya perlu klik perkataan yang merah. Contohnya ; jika korang nak lihat iklan mengenai rumah, cuma klik perkataan "House". Korang akan dapati terdapat banyak iklan yang dipromosikan di sana.


Sekarang, saya akan ajarkan pula bagaimana korang boleh beli barang yang dipromosikan di sana. Mudah saje, ikut apa yang saya ajarkan ye. Setelah korang klik perkataan "House" yang ditunjukkan di atas, korang akan dapati bahagian iklan seperti di bawah. Kemudian, korang boleh cari produk yang korang ingin beli. Contoh : Pemasangan CCTV dan ALARM SYSTEM1 Malaysia. Jadi, korang hanya perlu klik seperti di bawah.



Setelah klik, korang akan mendapat segala butiran mengenai iklan. Jadi, korang boleh telefon no.hp pengiklan untuk membeli produk mereka. Mudah kan? Oleh itu, segala urusan niaga di antara korang dan pengiklan adalah rahsia. Tapi bagaimana pula untuk kita mengiklankan produk kepunyaan sendiri? Jadi, ikut cara yang akan saya ajarkan ni.

Korang lihat di sidebar kiri website Laku.my. Korang nampak perkataan "Post Free Ad"? Korang klik di situ dulu ye.


Baca peraturan iklan di bawah supaya iklan korang tidak dipadam.

Remember


You are not allowed to post ads on the same product or service more than once simultaneously.
No pure marketing ads.
If you want to modify your ad, delete it and insert a new one.
Ads which do not follow the rules will be deleted.

.: Sila isi borang yang diberikan :.


Selepas siap, sila klik "Continue". Siap!

p/s : Korang rajin-rajinkanlah diri untuk lihat produk yang dipromosikan di sana. Boleh dikatakan produk di sana berkualiti juga. Oklah, selamat mencuba! :)

11 comments:

  1. bagus jugak ni. thanks solehah. ;)

    ReplyDelete
  2. nice sharing dear...before this x pernah pun dengar pasal Laku.My ni... ^_^ boleh lah jenguk2 nanti...

    ReplyDelete
  3. lebih kurang mcm mudah.my juga ne...nak search2 job la kat sana.hehehe

    ReplyDelete
  4. byk tuto yg solehah kongsikan.. terer solehah ni.. thanks... ;)

    ReplyDelete
  5. Orang yg bisnes online...bolehlah nie...

    ReplyDelete
  6. wahhhh satu info yang daku betul2 suka..solehah tq naa..mmg tak pernah tahu nie ada laman web laku..yang akk tahu mudah,fb n blog,twitter..tapi akk mmg tak tahu ada laku..harus alik rumah nnt ku terjah!

    ReplyDelete
  7. wahhhhh....bagus info ni. dulu CiM bisnes online, klau perasan ada satu blog jual batu garam dan juga emas. tp skang kami dh ada pelanggan ttp untuk batu garam dn barangan lain. blog tu just utk info shj. lagi 1 blog jual emas pown sama juga, hanya sbg rujukan klau ada sesiapa nk beli emas mereka akan terus call shj.

    ReplyDelete
  8. bgus buat mereka yg berniagakan.... :)

    ReplyDelete
  9. Bagus info ini.....tqvm 4 sharing dis :)

    ReplyDelete